Saturday, March 16, 2019

Politeknik Ibrahim Sultan ditutup, 131 mahasiswa mangsa pencemaran toksik

PASIR GUDANG, 15 Mac - Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di sini ditutup bermula kelmarin selepas 131 penuntutnya mengalami sesak nafas, peduh mata, loya dan muntah-muntah akibat pencemaran Sungai Kim Kim.

PROSES saringan kesihatan turut dilakukan dalam kawasan kampus selepas penuntutnya mengalami pening kepala, muntah, loya dan sesak nafas di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. 
Semua penuntut sudah diarahkan pulang ke rumah masing-masing manakala sebahagian yang tidak pulang atas beberapa faktor lain telah dipindahkan ke asrama Politeknik Mersing di Mersing.

Ketua Unit Komunikasi Korporat PIS, Abdul Razak Salim berkata, kesemua 131 penuntut yang terkesan dengan pencemaran tersebut dihantar untuk pemeriksaan lanjut di beberapa hospital kerajaan di negeri ini dan Melaka.

“Daripada jumlah itu 13 orang telah di wad di beberapa buah hospital termasuk Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) selain hospital di Batu Pahat dan Hospital Segamat serta Hospital Besar Melaka.

“PIS telah menutup operasinya buat sementara waktu sehingga ada makluman terkini daripada pihak kementerian.

“Para pelajar dan kakitangan sudah dinasihatkan untuk pulang ke rumah masing-masing dan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung dipindahkan ke asrama Politeknik Mersing. Penghuni kuarters iaitu staf PIS juga tinggal sebilangan kecil,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau memohon jasa baik pihak Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk membuat rondaan di kawasan kampus PIS.

Bencana alam sekitar itu turut memaksa 111 buah sekolah rendah dan menengah selain 92 tadika dan taska ditutup di daerah ini untuk keselamatan para pelajar sekali gus sebagai langkah mencegah peningkatan pesakit. - UTUSAN ONLINE

Wednesday, March 13, 2019

Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta'zim 2019 - Permohonan dibuka!


Kerajaan Negeri Johor melalui Permodalan Darul Ta'zim (PDT) bersama Yayasan Zarith Sofiah menyediakan bantuan biasiswa bagi Program Ijazah Sarjana (Master's Degree) di IPTA melalui Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta'zim 2019 kepada calon-calon Anak Johor yang berkelayakan.

SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN
  1. Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian Ijazah Sarjana yang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus / penyelidikan / campuran secara sepenuh atau separuh masa di IPTA sahaja.
  2. Pemohon mestilah menetap di negeri Johor.
  3. Keutamaan adalah kepada pemohon yang lahir di negeri Johor.
  4. Tiada had umur ditetapkan.
  5. Bagi pemohon yang tidak bekerja dan sekiranya pemohon / keluarga berdaftar dengan ‘e-kasih’ maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Daerah berhampiran.
  6. Pendapatan isi rumah pemohon yang sedang bekerja haruslah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
  7. Tempoh mengikuti pengajian Ijazah Sarjana mestilah berbaki lebih dua semester daripada tempoh permohonan.
  8. Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau mana-mana bantuan kewangan pendidikan daripada mana-mana agensi Kerajaan Negeri Johor sebelum ini.
Muat turun Borang Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT 2019 >>> Muat turun sekarang !

Muat turun Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga/Pasangan >>> Muat turun sekarang !


Tarikh tutup permohonan pada : 31 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 
Pejabat Sektor Perhubungan Strategik dan Tugas Khas
Permodalan Darul Ta'zim
No. 5 Siar Jauhar, Bangunan Sultan Ismail,
Kota Iskandar, 79100 Iskandar Puteri
Johor Darul Ta’zim, Malaysia
Tel : +607-5570 404 / 405
Fax : +607-5570 406
Email: general@pdt.com.my

Thursday, March 7, 2019

Nor Hasrul antara pensyarah muda UTM


JOHOR BAHRU - "Sebenarnya saya tidak pernah terfikir jadi pensyarah kerana pada asalnya saya mahu jadi jurutera," cerita Dr Nor Hasrul Akhmal Ngadiman, 29. 

Menariknya, Nor Hasrul Akhmal berjaya menjadi pensyarah kanan di Sekolah Kejuruteraan Mekanikal Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada usia 26 tahun dan kini antara pensyarah muda di institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan.

Menurutnya, laluan kerjayanya mungkin lebih awal apabila dia berjaya lulus Peperiksaan Tahap Satu (PTS) ketika di tahun tiga dan berjaya naik ke tahun lima tanpa perlu belajar di tahun empat seperti kebanyakan murid lain. 

"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2006, saya diterima melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Johor sebelum ditawarkan menyambung pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri) di UTM. 

"Alhamdulillah, selepas tamat ijazah Sarjana Muda, saya ditawarkan UTM melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di bawah program PhD Fast Track UTM. 

"Semasa dalam program itu, saya terpilih ke Korea selama enam bulan dan syukur tamat pengajian pada 2016 sebelum kemudian ditawarkan menjadi pensyarah kanan di UTM. Saya kira tawaran tersebut merupakan rezeki dan perlu diambil untuk uji kemampuan diri," katanya kepada Sinar Harian. 

Mengajar pelajar lebih berusia 
Anak bongsu daripada lima beradik ini turut mengakui berdepan pelbagai cabaran apatah lagi perlu mengajar pelajar lebih berusia dari umur sendiri. 

"Bagaimanapun, semua pelajar saya horma saya. Kalau lebih berusia, kebanyakannya memiliki banyak pengalaman dalam bidang industri. Jadi, dari situ saya suka berkongsi pendapat dengan mereka. 

"Kalau bersama pelajar lebih muda, saya turut anggap seperti kawan-kawan supaya mereka tidak rasa janggal untuk bertanya di dalam atau di luar kelas," katanya yang berasal dari Kota Tinggi. 

Minat aktiviti sukarela 
Sejak di bangku sekolah lagi, anak kepada pesara tentera, Ngadiman Mahad, 67, dan suri rumah, Saodah Baok, 63, minat aktiviti kesukarelawan dan aktif berpersatuan selain kerap dipilih menjawat pelbagai jawatan penting yang sekali gus mendedahkan bakat kepimpinan. 

"Ketika belajar di UTM, saya pernah memegang jawatan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012 selain Presiden Anak Johor UTM pada 2010. 

"Dari situ, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah saya anjur dan ikuti yang semakin lama menambah minat saya serta dianggap seperti hobi untuk mengisi masa. 

"Malah, aktiviti kesukarelawan saya masih diteruskan hingga kini. Saya kini merupakan Pengerusi Gerak Remaja 4B Johor, Pengerusi Sukarelawan Anak Muda Tenggara dan Ketua Belia Taman Kota Jaya," katanya.


Sungguhpun sibuk dengan tuntutan kerjaya serta keluarga, ia tidak menghalang Nor Hasrul Akhmal berbakti kepada masyarakat, malah beliau semakin bersemangat apabila dapat membantu golongan memerlukan. 

"Pada saya semua aktiviti bersama masyarakat tidak menjadi halangan kerana saya percaya ALLAH akan sentiasa bantu kita. Apabila sudah minat, tidak timbul perasaan penat. 

"Malah, saya jadi lebih bersemangat dan gembira apabila melihat senyuman mereka dalam kalangan memerlukan dibantu. 

"Antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah program motivasi bersama pelajar yang mana saya masukkan elemen sains dan teknologi, servis motosikal, gunting rambut percuma, sumbangan kepada ibu tunggal serta golongan memerlukan dan sebagainya," ujarnya yang memiliki seorang anak lelaki berusia lapan bulan, Salahuddin Yusuf, hasil perkongsian hidupnya dengan Si Ruqayyah Abd Razak, 28. 

Beliau turut menasihatkan kepada generasi muda supaya berlumba dalam hidup ini kerana persaingan itu bukan orang lain, tetapi daripada diri sendiri. 

"Kita perlu menjadi lebih baik dari semalam dan jangan berhen keka rasa penat. Teruslah bekerja keras dalam diam dan biarlah kejayaan membukkan kemampuan kita," katanya yang kini menjadi penyelia bersama untuk ga pelajar PhD dan empat pelajar Sarjana di fakultinya. - Sinar Harian