Tuesday, March 26, 2013

BAKTI SISWA JOHOR 2013 - FASA 2


BAKTI SISWA JOHOR 2013 
FASA 2: APRIL (Segamat) 

Kumpulan ke-7 (Rujuk link: Fasa 1) SISWA ANAK JOHOR dari Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI dan Anak Johor UPM digerakkan bagi melancarkan khidmat masyarakat di Kg Spang Loi, Batu Anam, Segamat pada 5 hingga 7 April depan. 

Biasiswa Peneraju Tunas Potensi


Biasiswa ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi yang memberangsangkan serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di dalam atau di luar negara. Biasiswa penuh ditawarkan termasuk yuran penuh akademik, elaun sara hidup, dan sokongan pembangunan insaniah.

Friday, March 22, 2013

Panduan Memilih Kursus Melanjutkan Pelajaran

Tahniah diucapkan kepada semua calon STPM & SPM 2012 yang telah menerima keputusan peperiksaan baru-baru ini. Semoga pencapaian lebih cemerlang di peringkat Negeri Johor. 

Apa jua keputusan yang anda perolehi, percayalah bahawa anda adalah salah seorang yang telah mencipta kejayaan untuk diri sendiri. Dan selepas ini, anda bakal menempuh pelbagai cabaran untuk survival hidup anda dalam usaha mengejar lebih banyak kejayaan demi matlamat keluarga, masyarakat dan negara. 

Ikuti panduan ringkas ini untuk anda memilih kursus pengajian bagi memohon kemasukan ke IPTA/IPTS. 

Tuesday, March 19, 2013

Keputusan STPM di Johor Meningkat

JOHOR BAHRU, 19 Mac – Seramai 5,127 daripada 5,311 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 mencatatkan keputusan lulus penuh dengan sekurang-kurangnya satu prinsipal bagi mata pelajaran.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.42 peratus (%) berbanding tahun 2011 yang mencatatkan seramai 4,578 calon mendapat keputusan yang sama.

Monday, March 18, 2013

UiTM Sedia 50,000 Tempat


UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) menawarkan 50,000 tempat di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah untuk ambilan perdana pada Mei ini.

Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof. Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, maklumat terperinci berkaitan program pengajian dan syarat kemasukan boleh diperoleh semasa Ekspo Selangkah ke UiTM 2013.

Saturday, March 2, 2013

TIP DAN PANDUAN TEMUDUGA (2)

Di awal temuduga
  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga; 
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul; 
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi; 
  • Bersikap tenang dan tidak gementar; 
  • Jangan menguasai sesi temuduga; 
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;