Wednesday, May 31, 2017

Generasi muda perlu kreatif, inovatif realisasikan TN50


SEGAMAT 30 Mei – Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bukan sekadar pernya­taan aspirasi sebaliknya persiapan generasi muda melangkah ke dunia maju menjelang tahun 2050.

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, generasi muda perlu memberi banyak idea, bertindak pantas, kreatif dan inovatif dalam merealisasikan aspirasi TN50.

“Semua aspirasi yang di­terima daripada perspektif belia ini mungkin juga satu cadangan serta hala tuju yang lebih terpe­rinci bagi memastikan ia diteri­ma sebagai sebahagian proses pembentukan program dan dasar kerajaan.

“Proses ini juga sebagai satu usaha untuk kita membina masa depan bagi hadapi segala kemungkinan dan sebab itu kerajaan meminta golongan muda dan belia ini terlibat dalam sesi dialog TN50 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam Sesi Dialog TN50 Pering­kat Daerah Segamat di Dewan Seri Temenggung Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Jementah, di sini baru-baru ini.

Sesi dialog itu menampilkan wa­kil 
Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anas Alimor sebagai moderator disertai Pengerusi Ja­watankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Pene­rangan negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Sesi tersebut merupakan kali pertama diadakan di daerah ini disertai 1,500 penuntut UiTM Johor, Kolej Komuniti, pelajar sekolah serta golongan belia profesional di daerah ini.

Anuar yang juga Mantan Presiden MBFM berkata, selain input golongan belia, panda­ngan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kepimpinan peringkat negeri atau kebangsaan diperlukan untuk bersama-sama menggerakkan usaha tersebut.

“Ini kerana dasar TN50 mesti dibangunkan dan diterjemahkan dengan cara yang menekuni semangat kolektif rakyat Malaysia dengan mengambil kira pandang­an dan cadangan semua pihak.

“Bagaimanapun, dalam usaha kita untuk mencapai wawasan serta dasar TN50 ini, terdapat dua perkara yang tidak boleh dilupakan iaitu agenda orang Melayu dan Islam yang sekian lama menjadi dasar di negara ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Friday, May 26, 2017

Tuesday, May 16, 2017

Monday, May 8, 2017

Majlis Perasmian ISKANDAR UMP



Pada petang 5 Mei 2017 (Jumaat), telah berlangsung Majlis Perasmian Sekretariat Ikatan Siswa Anak Darul Ta'zim (ISKANDAR) di Dewan Banquet, Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Kampus Pekan. 

Majlis ini diadakan bagi merasmikan penubuhan Sekretariat ISKANDAR di UMP serentak pelancaran logo baharu ISKANDAR. 

Penubuhan Sekretariat ISKANDAR UMP telahpun diluluskan oleh Pejabat Naib Canselor UMP pada 21 November 2014. 

Majlis ini dirasmikan oleh Tn Hj Ab. Wahab Bin Ridwan, Pengurus Besar YPJ. Turut hadir sama Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Prof Dato' Dr Daing Nasir Ibrahim dan Encik Abd Rahman Hj Safie, Penasihat ISKANDAR. 


Tahniah kami ucapkan kepada kepimpinan dan semua ahli ISKANDAR UMP. 

   
Layari FB rasmi ISKANDAR UMP >>> https://www.facebook.com/iskandarump/

Friday, May 5, 2017

MAJOR UPSI - Annual Grand Meeting (AGM) 2017

Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor

Kepada semua mahasiswa Johor di UPSI, 

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Anak Johor UPSI (M@JOR) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau Annual Grand Meeting (AGM) sepertimana
 ketetapan berikut :

     Tarikh   : 16 Mei 2017 (Selasa)
     Tempat : Dewan Kolej Za’ba (KZ), UPSI 
     Masa   : 8.00 – 11.00 malam
     Tema   : Merah Biru

Barisan kepimpinan M@JOR UPSI dengan berbesar hati ingin menjemput semua anak-anak Johor UPSI untuk turut serta menghadiri AGM ini. 

Mata (point) MyCat dan makanan disediakan untuk semua yang hadir. 
Kami turut membuat cabutan bertuah bagi menambahkan lagi kemeriahan AGM ini.

Sila isi google form di bawah sebagai sebagai pendaftaran kehadiran anda.
>>> https://goo.gl/forms/rDobIAwvZXXlXYWC3

Terima kasih 

Tuesday, May 2, 2017

Monday, May 1, 2017

Yayasan Pasir Gudang Sedia Membantu



PASIR GUDANG, 30 April – Badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan di sini boleh mendapatkan bantuan daripada Yayasan Pasir Gudang bagi melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata yayasan itu tidak hanya semata-mata menyediakan bantuan untuk infrastruktur saja.

Katanya, jika NGO dan persatuan menganjurkan aktiviti yang boleh membantu meningkatkan keceriaan masyarakat, mereka boleh mendapatkan bantuan daripada yayasan terbabit.

“Sekiranya ada program yang baik, yayasan ini akan menyumbang untuk menjayakannya.

“Ini kerana Kerajaan Negeri mahu menggalakkan semangat kesukarelaan dalam kalangan rakyat,” katanya ketika berucap pada Karnival Muafakat Zon Air Biru di Taman Air Biru di sini, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim dan Ahli MPPG, Datuk A Rahim A Latif yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Sementara itu, Mohamed Khaled mengingatkan orang ramai bahawa Johor boleh menjadi negeri yang berjaya, jika semua pihak bersama-sama menjaga negeri ini.

“Jadilah sebahagian daripada ‘Team Johor’ dan jayakan negeri kita agar rakyat akan mengecapi kesejahteraan.

“Jika ini menjadi amalan dan nilai, aspirasi Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri maju dan kuasa ekonomi selatan akan tercapai kerana permuafakatannya,” katanya. - JAUHAR