Friday, December 28, 2012

Iskandar Malaysia Pusat Seni dan Budaya


JOHOR BAHRU, 18 Dis - Iskandar Malaysia akan muncul sebagai pusat kebudayaan dan kesenian sejajar dengan kekayaan warisan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negeri ini.Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) berhasrat mewujudkan satu persekitaran di Iskandar Malaysia bagi mengembangkan seni dan budaya.

Wednesday, December 26, 2012

UTM Kongsi Teknologi Bot Gentian Kaca


KOTA TINGGI, 25 Dis - Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan penduduk terutama golongan nelayan di Pengerang, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama kerajaan negeri menganjurkan program khidmat masyarakat dan pemindahan teknologi melalui Program Pembinaan Bot Nelayan, di sini baru-baru ini.

Tuesday, December 25, 2012

Kerjasama UPM, Mitsubishi Pelihara Hutan


UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Mitsubishi Corporation terus mempamerkan komitmen dalam usaha menganjurkan program penanaman pokok bagi kali yang ke-21 di UPM Kampus Bintulu, Sarawak baru-baru ini.

Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Talip Zulpilip berkata, usaha UPM dan Mitsubishi Corporation memulihara hutan melalui program itu boleh mencapai matlamat untuk mewujudkan kelestarian alam sekitar.

Thursday, December 20, 2012

IPT JADI EJEN TRANSFORMASI


JOHOR BAHRU 9 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi akan menyarankan institusi pengajian tinggi (IPT) mewujudkan program yang akan menyerlahkan identiti mereka selaras dengan menjadi salah satu ejen transformasi masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu masih dalam peringkat pertimbangan sebelum diumumkan kepada semua 80 universiti dan kolej universiti yang ada di negara ini tahun hadapan.

Wednesday, December 19, 2012

HUTANG KERAJAAN NEGERI MENURUN


KOTA ISKANDAR, 13 Dis - Hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan terus menurun daripada RM1.4 bilion pada 2010 kepada RM482 juta pada 2011.

Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata sebahagian besar daripada penurunan itu adalah disebabkan oleh pengambilalihan hutang bekalan air oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di samping kemampuan Kerajaan Negeri sendiri untuk menjelaskan bayaran balik hutang yang telah matang mengikut jadual.

Tuesday, December 18, 2012

BIASISWA MyBrainSc


Permohonan Skim Biasiswa MyBrainSc Kementerian Pengajian Tinggi bagi Sesi 2012/2013 telah dibuka pada 16 Disember 2012 hingga 16 Januari 2013. 

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League. 

Permohonan perlu dibuat secara atas talian. 
Sila klik link ini untuk memohon: https://payloan.mohe.gov.my/MyBrainSc/index.php 

Info lanjut, sila hubungi:
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Tel: 03-8870 6000
Emel: mybrainsc@mohe.gov.my

Monday, December 10, 2012

TAQWIM SEPT 2012 - JULAI 2013


(klik pada gambar)

Petunjuk: 
1. KPO - Kursus Pengurusan Organisasi
2. AGM - Mesyuarat Agung Tahunan
3. RJD - Kem Rekreasi Jati Diri 
4. KSAJ - Karnival Sukan Anak Johor
5. FEKAZ - Fiesta Kebudayaan Zapin Johor 
6. Kotak Merah - Program Terbuka IPT

p/s: Taqwim ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, bergantung pada perubahan yang dilakukan oleh mana-mana persatuan di bawah GAJ. Sila hubungi wakil IPT atau Penyelaras. [Klik sini]

Saturday, December 8, 2012

JOHOR BENTANG BAJET LEBIHAN 2013


NUSAJAYA, 7 Dis - Ekonomi Johor kini semakin mantap apabila sekali lagi bajet mencatatkan lebihan untuk dua tahun berturut-turut.

Bajet 2013 yang dibentangkan di Dewan Negeri hari ini menganggarkan lebihan pendapatan RM4.40 juta berbanding lebihan dalam Bajet tahun 2012 berjumlah RM1.21 juta. 

Wednesday, December 5, 2012

Monday, November 26, 2012

Pendaftaran Pemilih Parlimen Belia Malaysia


Pilihan raya Parlimen Belia Malaysia dijangka Mac 2013

PUTRAJAYA, 22 Nov - Pilihan raya Parlimen Belia Malaysia (PBM) dijangka dilaksanakan pada Mac tahun depan, secara dalam talian, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Saturday, November 24, 2012

Friday, November 23, 2012

Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2012


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2012. Para pelajar yang telah mendaftar bagi kemasukan Januari dan Jun 2012 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik adalah dipelawa untuk memohon biasiswa politeknik tajaan JPA ini.

Sultan Johor Gesa Majukan Muar


MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meminta kerajaan negeri menyediakan pelan pembangunan Bandar Muar yang menyeluruh dengan mengekalkan bangunan yang bersejarah dan memanfaatkan kelebihan Sungai Muar.

Baginda bertitah, Bandar Muar adalah kawasan yang kaya dengan sejarah pentadbiran kerajaan dan pembangunan bandar itu yang tersusun bermula pada tahun 1880-an semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar. 

Sunday, November 11, 2012

GERBANG MAHKOTA JOHOR

GERBANG MAHKOTA | Mercu Tanda Kedaulatan Kesultanan Johor

1960: Didirikan di Pantai Lido & Kompleks Kastam Tambak Johor sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ismail pada 10 Februari 1960. Pelan dan pembinaannya, dilukis dan diselia oleh Mohamed Hamzah, Arkitek JKR Johor.

Lebih 100,000 Sambut Hari Keputeraan Sultan Johor


MUAR 5 Nov. - Lebih 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja yang akan diraikan selama lima hari lima malam di bandar ini bermula 22 November ini.

Pegawai Daerah Muar, Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata, sambutan dimulakan pukul 6 petang pada 21 November dengan majlis tahlil dan doa kesyukuran sempena pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja di Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini.

Saturday, November 10, 2012

Mercu Tanda Bandar Muar


MUAR – Muar bakal memiliki satu monumen mercu tanda Bandar Diraja yang akan menjadi identiti bandar itu apabila diisytiharkan secara rasminya sebagai Bandar Diraja pada 22 November ini, sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.

Pegawai Daerah Muar, Abdul Rahman Dewan berkata, pada monumen itu terdapat empat gading gajah yang di atasnya ada kubah masjid dan dilengkapi dengan tulisan ‘Daulat Tuanku’.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini pernah bertitah mengumumkan untuk menjadikan Muar sebagai Bandar Diraja pada sambutan Maulidur Rasul, 5 Februari lalu.

Sultan Johor Mahu Sistem Saliran Dinaik Taraf


BATU PAHAT - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, mahu sistem saliran dan perparitan di kawasan Batu Pahat dapat ditukarkan dengan konkrit dan perlu diselenggara dengan baik.

Titah baginda yang ringkas itu jelas memberikan makna yang cukup mendalam dan membuktikan keprihatinan baginda Tuanku agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Sultan Ibrahim tiba di pusat pemindahan itu kira-kira jam 12.20 tengah hari dengan kenderaan yang dipandu sendiri baginda ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh, di sini, semalam.

Thursday, October 11, 2012

Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK)


KEPAK 2012 Platform Terbaik Membina Kerjaya

JOHOR BAHRU 6 Okt. - Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak 2012) yang berlangsung di Stadium Pasir Gudang di sini sejak semalam dilihat sebagai salah satu platform terbaik untuk mencari kerja.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati rata-rata pengunjung yang hadir lebih tertumpu di gerai yang menawarkan peluang pekerjaan selain bidang kemahiran bagi memenuhi keperluan pasaran kerja.

Sunday, September 30, 2012

Tunku Temenggong Johor dilantik Pemangku Raja


JOHOR BAHRU, 29 Sept - Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim hari ini dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, di negeri ini.

Pengisytiharan pelantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu dibacakan Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman dalam istiadat pengisytiharan Pemangku Raja di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Friday, September 28, 2012

BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013)


Pembentangan Belanjawan 2013 (BAJET 2013) oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen pada 28 September 2012.

Berikut adalah antara kandungan Bajet 2013 yang di"HIGHLIGHTS"kan.

FOKUS 1: MENGARANG AKTIVITI PELABURAN

Insentif Untuk Nelayan

12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan - manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan - perlindungan hingga RM100,000

FOKUS 2: MEMPERKASA PENDIDIKAN & LATIHAN
Memperkasa Pendidikan Dan Latihan

Wednesday, September 26, 2012

NATIONAL TALENT ENHANCEMENT PROGRAMME (NTEP) OLEH ISKANDAR MALAYSIA

KAMI TELAH MENERIMA SATU EMEL KHAS DARIPADA ISKANDAR MALAYSIA.

:: Peluang Latihan & Pekerjaan Di Semua Sektor Di Dalam Iskandar Malaysia Melalui Program NATIONAL TALENT ENHANCEMENT PROGRAMME (NTEP) ::


Mahasiswa Diseru Manfaatkan Kepakaran Bantu Capai Status Negara Maju


JOHOR BAHRU, 24 Sept - Mahasiswa di negara ini diseru memanfaatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing untuk membantu negara mencapai status negara maju. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata dengan wujudnya lebih banyak institusi pengajian tinggi di negara ini berbanding pada masa lalu, tidak mustahil generasi masa kini mampu merealisasikan hasrat berkenaan.

Mahasiswa Johor UPSI berbakti di Kampung Orang Asli


Jutaan tahniah kepada rakan-rakan Majlis Anak Johor (MAJOR) UPSI di atas penganjuran Program Integrasi Pendidikan Bersama Masyarakat Orang Asli di tiga buah kampung iaitu Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kampung Orang Asli Pasir Intan dan Kampung Orang Asli Kempas Menang, yang telah diadakan pada 30 Ogos hingga 2 September 2012 yang lalu. 

Klik pautan berikut :

Album Gambar: Facebook
Video: Youtube

p/s: Kepimpinan Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT sedang menyusun pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat Peringkat Negeri Johor.
Kepada Johor Kami Berbakti !!

Tuesday, September 11, 2012

22,500 KDS1M diserahkan kepada mahasiswa UM


KUALA LUMPUR, 10 Sept - Sejumlah 22,500 Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diserahkan kepada pelajar Universiti Malaya (UM). 

Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

15,318 Kad Diskaun Siswa 1Malaysia diserahkan kepada mahasiswa UKM


BANGI, 7 Sept - Sejumlah 15,318 Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), membolehkan pemilik kad menikmati diskaun satu hingga 60 peratus untuk barangan terpilih.

Majlis penyerahan kad itu disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

KADS1M diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Julai lepas.

Monday, September 10, 2012

Thursday, September 6, 2012

Sultan Sir Ibrahim Menolak Gelaran Yang di-Pertuan Agong

[Siri Dalami Sejarah Kenali Bangsa - Sultan Sir Ibrahim Menolak Gelaran Yang di-Pertuan Agong]


Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Tuesday, August 28, 2012

Sejarah Penciptaan Bendera Malaysia

[Siri Dalami Sejarah Kenali Bangsa - Sejarah Bendera Malaysia]

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. 

Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. 

Wednesday, August 15, 2012

28 Sekolah Agama Johor Berdaftar Sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


JOHOR BAHRU - Dalam suasana dunia yang semakin terbuka dan mencabar, kualiti pendidikan agama Islam perlu dipertingkat dan pengurusan agama juga perlu dijalankan dengan lebih tersusun, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda bertitah, tumpuan perlu diberikan bukan sahaja kepada pelajaran dan kurikulum pelajar, tetapi juga kemudahan tempat belajar yang selesa.

Saturday, August 11, 2012

Sekolah Agama Kerajaan Johor


Sejarah Pendidikan Agama Johor 
Sekolah Agama Kerajaan Johor merupakan sekolah-sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. 

Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu secara percuma bagi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah. 

Wednesday, August 8, 2012

Bendera Johor Yang Berdaulat


Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera ini sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack (bendera British). Inilah hikmah kebijaksanaan Kesultanan Johor untuk memastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan. 

Tuesday, July 24, 2012

Bantuan Pembiayaan Pelajaran 2012 [Biasiswa & Pinjaman]


1.0 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
1.1 Pengenalan YPJ : [LINK 1.1]
1.2 Permohonan Pinjaman Boleh Ubah : [LINK 1.2]
1.3 Syarat Am Permohonan : [LINK 1.3]
1.4 Panduan Permohonan : [LINK 1.4]
1.5 Borang Permohonan Online : [LINK 1.5]
1.6 Panduan Mengisi Borang Online : [LINK 1.6]
1.7 Kaedah Bayaran Balik : [LINK 1.7.1] [LINK 1.7.2]
1.8 Hubungi YPJ : [LINK 1.8]

2. Perbadanan Islam Johor (PIJ)
2.1 Pengenalan PIJ : [LINK 2.1]
2.2 Bantuan yang disediakan : [LINK 2.2]
2.3 Pengumuman permohonan : [LINK 2.3]
2.4 Muat turun borang permohonan : [LINK 2.4]
2.5 Hubungi PIJ : [LINK 2.5]

Saturday, July 21, 2012

Video Montaj Program Khidmat Masyarakat

SALAM TA'ZIM MAHASISWA JOHOR

Gabungan Anak Johor (GAJ) bertekad untuk bergerak aktif dalam merancang dan melaksanakan program serta usaha-usaha ke arah pembangunan mahasiswa Johor yang intelek dan berwibawa serta membantu Kerajaan Negeri Johor dalam mempertingkatkan taraf hidup masyarakat dan kemajuan negeri Johor. 

Wednesday, July 18, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H/2012M

Assalamualaikum kepada seluruh Mahasiswa Johor, 
muslimin-muslimat di Johor khususnya dan di seluruh negara. 

Alhamdulillah, sama-sama kita rafa'kan rasa syukur ke hadrat Ilahi. 
Dengan nikmat dan rahmat-Nya, kita diberi peluang lagi untuk menjalani kehidupan ini sebagai hamba-Nya, dengan segala nikmat anugerah dilimpahkan-Nya. Dan bersyukur kerana kita dipertemukan lagi dengan bulan mulia yang penuh keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak.

Friday, July 13, 2012

Tahniah! Anda Penentu Masa Depan Keluarga, Masyarakat dan Negara

Assalamualaikum. 
Salam Ta'zim Mahasiswa Johor. 


Hari ini 13 Julai 2012 (Jumaat), status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2012/2013 sudah boleh disemak mulai jam 12.00 tengah hari melalui saluran hebahan rasmi di Portal UPU

Saturday, July 7, 2012

Sekolah Agama Johor akan Dibiayai Kementerian Pelajaran


MERSING - Pembiayaan bagi sekolah-sekolah agama di Johor akan diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa akan datang yang belum ditetapkan.Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata dengan pengambilalihan itu, Kerajaan Negeri akan menggunakan peruntukan sekolah agama bagi kerja-kerja membaik pulih dan meningkatkan fasiliti seperti menggantikan kerusi dan meja.

Friday, July 6, 2012

Menyingkap Sejarah Perkembangan Daerah di Johor

Artikel Holistik KENALI JOHOR ini diterbitkan pada Ogos 2007. 

Menyingkap kembali sejarah perkembangan 8 buah daerah di Johor iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Pontian, Kluang, Muar, Batu Pahat dan Segamat. 

Daerah di Johor bertambah menjadi 10 buah daerah pada tahun 2008 apabila Ledang dan Kulaijaya diisytiharkan sebagai daerah baru pada 9 Jun dan 21 Jun oleh Almarhum Sultan Iskandar. 

JOHOR BAHRU - Permata Selatan/Pintu Masuk Selatan Negara. 

Tuesday, June 19, 2012

Berbakti Kepada Masyarakat Jadi Keutamaan Mahasiswa Johor

SALAM TA'ZIM MAHASISWA JOHOR

Pengenalan
Gabungan Anak Johor (GAJ) bertekad untuk bergerak aktif dalam merancang dan melaksanakan program serta usaha-usaha ke arah pembangunan mahasiswa Johor yang intelek dan berwibawa serta membantu Kerajaan Negeri Johor dalam mempertingkatkan taraf hidup masyarakat dan kemajuan negeri Johor. 

Bertunjangkan pada tujuan utama untuk menabur jasa dan menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat dan negeri Johor, seluruh organisasi mahasiswa Johor di bawah GAJ sentiasa merancang dalam menganjurkan program yang bermatlamat agar mahasiswa Johor pulang berbakti di negeri sendiri. Lebih-lebih lagi, bagi mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi yang berada di luar Johor. Jauh merantau di negeri orang, semangat berkobar untuk berbakti. 

Sunday, June 17, 2012

Mahasiswa Johor Desak Universiti Malaya Ambil Tindakan Terhadap Haziq Biadap

Mahasiswa Johor mendesak agar pentadbiran Universiti Malaya (UM) memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang mahasiswa UM yang membuat kenyataan di laman twiter peribadinya yang begitu menghina DYMM Sultan Johor. 

Perkara ini terus mendapat kecaman dan ketidakpuasan hati masih lagi dizahirkan oleh majoriti Mahasiswa/Rakyat Johor. Kenyataan provokasi 'mahasewel' ini di laman sosial tersebut dilihat sebagai satu hasutan kepada pihak awam agar menentang sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini. 

Saturday, June 16, 2012

Biadap! Mahasiswa Johor Desak 'Mahasewel Hina Sultan' Mohon Maaf

Belum pun reda dengan isu YB Nizar yang disiasat polis kerana mempertikaikan Sultan Johor membida plat WWW1, muncul pula seorang lagi 'Mahasewel' yang sesuka hati membuat kenyataan yang boleh dianggap sebagai menghina Tuanku Sultan. 

Menariknya, medium yang sama digunakan seperti YB Nizar iaitu melalui laman Twitter. Semalam, kami siarkan printscreen twitter 'mahasewel' ini di Page Facebook kami. (klik sini)

Thursday, June 14, 2012

Sultan Johor Murka ! Nizar Kena Minta Maaf Dengan Seluruh Rakyat Johor


Kelmarin, 12 Jun, Nizar buat sidang media di lobi Parlimen untuk mohon mengadap Tuanku bagi meminta maaf selepas Himpunan 30 ribu rakyat Johor tempoh hari. Hari ini sempena merasmikan pembukaan Dewan Undangan Negeri Johor, Tuanku bertitah khas untuk beliau. 

JOHOR BAHRU - "Dia Kena Minta Maaf Dengan Seluruh Rakyat Johor," Titah Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa merasmikan pembukaan Dewan Undangan Negeri Johor pagi ini.

Sunday, June 10, 2012

Istana Pasir Pelangi Saksi 30 Ribu Rakyat Johor Berhimpun Ikrar Taat Setia

30,000 rakyat Johor berhimpun di istana ikrar taat setia kepada Sultan 


JOHOR BAHARU 10 Jun - Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. 

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada 2 petang. 

Saturday, June 9, 2012

Majlis Kepimpinan Gabungan Anak Johor IPT 2012-2013


PENASIHAT : TUAN HAJI MOHD JAMAL BIN ALI (019-6222564) 
KETUA PENYELARAS : MOHD NAJIB BIN SAMINGIN (017-7382852)

ZON TENGAH
PENYELARAS : MOHD SENIN BIN MAHMOOD (019-5271840)
UKM : MOHD SYAFIQ AKMAL BIN KASIMUN @ KATMON (017-7469767)
UM    : MOHD AMIR ABDULLAH BIN MOHD AMIR NAJIB (013-7729507)
UPM  : MUHAMAD AMZAR SABRI BIN AZHAR (013-4318136)
UPSI   : MUHAMMAD FAISAL BIN SAMSUDIN (013-7579167)
USIM : MOHD YAZID BIN PAIJAN (013-7433402)
KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA : MUHAMMAD SHAMSUDDIN BIN PAIJAN (013-6862135)
UiTM : SHAH ALAM - LEO HUZAIR SHARIFUDIN (019-3051530)
             N.SEMBILAN - AFIQ KAMAL (017-7508494)
             MELAKA - MUHAMMAD NURSYAHMI BIN ALIMAN (010-2794137)
             JOHOR - MUHAMMAD DANIEL BIN AZHARI (017-6509246)
             P.PINANG - MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAMLAN (017-7551310)

ZON SELATAN
PENYELARAS : MUHAMMAD AIZAT BIN NOR RAHMAN (013-9704305)
UTM    : AZIZUL HAMZI BIN FITRI ZAQUAN TAN (019-7716577)
UTHM : MOHD HAZIQ BIN SAADON (010-8286283)
UTEM : AZIEDA WANGI BINTI DOLHADI (013-4202384)

ZON TIMUR
PENYELARAS : MUHD KHAIDZIR BIN KHIRUDDIN (012-7801415)
UMT     : MOHD FADLI BIN HUSSIN (013-7391273)
UMP     : MOHD HAFIZI BIN ZAMRI (017-3193614)
UMK     : MUHD HAFIEZZ BIN YACOB (014-5121855)
UNISZA : MUHAMMAD IQBAL BIN ISMAIL (012-2226994)

ZON UTARA
USM   : MUHAMMAD ARIFF JAMAL (013-7029647) 
UUM   : MOHAMAD AZIM MOHD NOOR (013-7337327)
UNIMAP : AHMAD FIKRI BIN MOHAMED JAFFAR (013-3099830)

ZON BORNEO
UNIMAS :
 NORSYAM BIN SARMEN (017-7089344)


p/s: Kepada rakan-rakan dari UIAM, UPNM, UMS dan UiTM lain-lain kampus serta rakan-rakan dari mana-mana IPTS, jika ada sesiapa yang berkomitmen tinggi ingin menjadi wakil Anak Johor di IPT masing-masing, sila tampilkan diri. Hubungi Penyelaras di atas. Terima kasih. Salam Ta'zim. 

*Kemaskini oleh Penyelaras: Mei 2012 - Mei 2013.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55

Ditulis pada 4 Jun 2012 oleh Portal MEDKOM

Perpaduan jadikan Islam dilihat teguh di mata dunia 

Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Persada, Johor Bahru.
Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Persada, Johor Bahru.
JOHOR BAHRU: Persefahaman di kalangan masyarakat di negara ini dapat mewujudkan perpaduan ummah dan memperkukuhkan ikatan persaudaraan, sekali gus berupaya menjadikan Islam dilihat teguh di mata dunia.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata Islam menitikberatkan amalan bekerjasama dan mempunyai persefahaman kerana ia adalah satu-satunya cara yang boleh mewujudkan suasana aman dalam kalangan masyarakat.

“Dengan kembali kepada ajaran al-Quran, persengketaan dapat dielakkan dan permusuhan boleh dihindarkan, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-anfal ayat 46 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu bersengketa, maka kamu akan gagal (lemah) dan hilang kehebatan kamu."

“Hal ini bertepatan dengan tema majlis pada malam ini, iaitu “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, malam ini.

Pasir Gudang Lokasi Kedua UiTM di Johor

Ditulis pada 16 Mei 2012 oleh Portal Rasmi Kerajaan Johor.


JOHOR BAHRU 15 Mei - Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal dibuka di Pasir Gudang pada tahun hadapan akan menjadi cawangan UiTM kedua di negeri ini selepas kampus pertama dibina di Segamat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, projek UiTM Pasir Gudang yang memakan belanja RM308 juta itu bakal menampung kira-kira 4,000 pelajar peringkat diploma bidang kejuruteraan awam, elektrik, kimia dan mekanikal, di samping peluang praktikal terbaik kerana Pasir Gudang merupakan kawasan perindustrian. 

Friday, June 8, 2012

Johor Bahru Hos Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF)

Ditulis pada 7 Jun 2012 oleh Portal MEDKOM

Setiausaha Pertubuhan WIEF, Tan Sri Ahmad Fuzi (kiri sekali), Pengerusi Pertubuhan WIEF, Tan Sri Musa Hitam (dua dari kiri), Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman (dua dari kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil sedang melakukan gimik pelancaran laman sesawang WIEF ke-8 sempena sidang akhbar WIEF di Hotel Thistle.
Setiausaha Pertubuhan WIEF, Tan Sri Ahmad Fuzi (kiri sekali), Pengerusi Pertubuhan WIEF, Tan Sri Musa Hitam (dua dari kiri), Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman (dua dari kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil sedang melakukan gimik pelancaran laman sesawang WIEF ke-8 sempena sidang akhbar WIEF di Hotel Thistle, Johor Bahru.
JOHOR BAHRU: Johor Bahru akan menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ke-8 yang akan berlangsung mulai 4 hingga 6 Disember 2012 dengan sasaran 1,500 peserta.

Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata Johor Bahru sesuai untuk penganjuran WIEF berikutan pembangunan rancak yang sedang berlaku di dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia termasuk dari segi infrastruktur, logistik dan kedudukan strategiknya.

Sultan Johor Menang Bidaan Plat WWW1

Kenyataan oleh: Fanpages Kesultanan Johor
28 Mei 2012. 


Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat.

Selamat Maju Jaya dalam Peperiksaan Akhir !


Kami di pihak Majlis Kepimpinan Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT mengucapkan "Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada rakan-rakan mahasiswa anak Johor sekalian."

Manfaatkan segala ilmu yang diperolehi pada semester ini, semester lalu dan semester yang akan datang, sehingga tamat pengajian dan apabila di alam pekerjaan nanti. Semoga kita semua mampu melakukan yang terbaik dan mencipta kejayaan demi diri kita sendiri, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Selamat Maju Jaya. Ma'at Taufiq Wan Najah Fil Imtihan. Kepada Allah Berserah.

~ GEMILANG ANAK JOHOR ~