Sunday, June 25, 2017

" SALAM AIDILFITRI 1438H "

" SALAM AIDILFITRI 1438H "

Berhati-hatilah memandu kereta walau dimana destinasi raya korang semua.

" Suburkan nilai muafakat dan kesatuan hati dengan berkunjung-kunjungan, bersalam-salaman & bermaaf-maafan. "

Raikan dalam suasana harmoni, gembira & riang ria.

"Syawal Dirai Muafakat Diberkati"

MAAF ZAHIR BATIN

Tulus ikhlas :
Pertubuhan Mahasiswa Johor
Dan Ahli-ahli Gabungan

   




#teamrayajohor
#rayasiswajohor

Monday, June 5, 2017

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ SESI 2/2017 (DIPLOMA)

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ SESI 2/2017 
(BAGI PELAJAR TARAF DIPLOMA UNIVERSITI AWAM, KOLEJ-KOLEJ DI BAWAH KUMPULAN PENDIDIKAN YPJ DAN KOLEJ MARSAH SAHAJA) 

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)

Dimaklumkan bahawa permohonan Pinjaman YPJ Sesi 2/2017 bagi peringkat Diploma telah dibuka mulai 04hb sehingga 22hb JUN 2017

Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Pinjaman Pelajaran. [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut] 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 
  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Tawaran kemasukan atau sedang menuntut di Institusi Pengajian sebelum membuat permohonan ; 
  3. Ditawarkan kepada pelajar DIPLOMA SEPENUH MASA (semua Universiti Awam, kolej-kolej di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ dan Kolej MARSAH sahaja) ; 
  4. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA ; 
  5. Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu (1) tahun ; 
  6. Pemohon tidak menerima apa-apa penajaan/pembiayaan sama ada pinjaman atau biasiswa dari agensi-agensi lain ; 
  7. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM8,000.00 sebulan [ Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan paling rendah dengan jumlah tanggungan 3 dan ke atas ]. 
CARA MEMOHON :

LANGKAH 1: (MENGIKUT TEMPOH WAKTU PERMOHONAN DIBUKA)
PERINGKAT PERTAMA : Pemohon membuat PRA PERMOHONAN secara online : (klik) Mohon Sekarang !
Pada peringkat ini, pemohon mengisi permohonan online sahaja. Pemohon tidak perlu menghantar dokumen sokongan ke YPJ sehingga pemohon menerima SMS mengatakan layak ke peringkat kedua. (SMS adalah 2 minggu dari tarikh tutup permohonan)

LANGKAH 2 : 
PERINGKAT KEDUA : Pemohon akan menerima SMS pemakluman berjaya ke peringkat seterusnya. AKSES pautan (link) ke permohonan penuh pinjaman akan dihantar kepada pemohon melalui Emel. Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat diri dan menyemak maklumat di dalam sistem permohonan pinjaman tersebut mengikut arahan yang telah diberikan di dalam emel dan seterusnya mencetak SLIP PERMOHONAN RASMI. 

LANGKAH 3 : 
PERINGKAT KETIGA : Pemohon dikehendaki menghantar DOKUMEN SOKONGAN beserta SLIP PERMOHONAN RASMI ke YPJ dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh SMS & EMEL yang diterima. HANYA DOKUMEN YANG LENGKAP SAHAJA AKAN DIPROSES. 

Pemakluman kepada pemohon yang berjaya akan dihantar secara SMS dalam tempoh 2 bulan selepas YPJ menerima maklumat dan dokumen yang lengkap. 

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR 
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya) 
  1. SLIP PERMOHONAN Pinjaman (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar ; 
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga [ Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan-Pinjaman YPJ 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ; 
  7. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan). 
  8. Salinan Sijil SPM ; 
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah. 
Keterangan lanjut, layari https://www.bantuanpendidikanypj.com/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 14 HARI BEKERJA DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN UNTUK KE PERINGKAT KEDUA, PERMOHONAN ADALAH DI ANGGAP TIDAK BERJAYA. 

" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Sunday, June 4, 2017

PEMASHOR UM - SELAMAT MAJU JAYA !


SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN AKHIR 

Ucapan selamat menghadapi peperiksaan akhir Semester 2, Sesi 2016/2017 kepada semua mahasiswa Universiti Malaya, khasnya anak-anak negeri Johor Darul Ta'zim. 

Semoga segala urusan dipermudahkan sepanjang minggu peperiksaan. Dengan berkat usaha dan doa, kita akan memperoleh kejayaan. In Shaa Allah. 

Selamat berjuang !

"Bermuafakat Demi Johor"

#PEMASHORUM #MuafakatJohor #FinalExam

YPJ - PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2017 (DIPLOMA)

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2017 
(BAGI KEMASUKAN PELAJAR BAHARU TARAF DIPLOMA UNIVERSITI AWAM SAHAJA)

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) 

Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA bagi kemasukan pelajar baharu tahun 2017 taraf DIPLOMA telah dibuka mulai 04hb sehingga 22hb JUN 2017. 

Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA. Jika sebelum ini permohonan adalah melalui BORANG yang dimuatturun di laman web YPJ atau didapatkan di kaunter YPJ, kaedah baharu terkini ialah permohonan dibuat secara atas talian (online). [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut] 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 

  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Surat Tawaran kemasukan ; 
  3. Ditawarkan kepada pelajar DIPLOMA SEPENUH MASA (Universiti Awam Sahaja) yang TELAH mendaftar kemasukan tahun pertama pada tahun 2017 ; 
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah satu (1) tahun atau lebih ; 
  5. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000.00 ; 
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja dalam setahun untuk setiap taraf pengajian ; 
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain ; 
  8. Tarikh permohonan : 04 hingga 22 Jun 2017 (Segala dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pihak YPJ dalam tempoh tersebut). 


CARA MEMOHON :

LANGKAH 1 :
Isikan lengkap Borang Permohonan secara online : (klik) Mohon Sekarang !

LANGKAH 2 :
Cetak SLIP PERMOHONAN yang telah lengkap diisi. Setelah cetak, klik butang HANTAR.


LANGKAH 3 :
Lengkapkan "Bahagian D". Pemohon dikehendaki menandatangani borang permohonan tersebut dan seterusnya mendapatkan pengesahan (tandatangan) daripada Wakil Rakyat. Sekiranya kedua-dua tandatangan ini tidak dilengkapkan, maka permohonan dianggap sebagai tidak lengkap dan seterusnya tidak akan diproses.

LANGKAH 4 :
Hantarkan SLIP PERMOHONAN yang telah dilengkapkan bersama-sama dokumen sokongan ke pejabat YPJ sebelum tarikh tutup permohonan 22 Jun 2017.

LANGKAH 5 :
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 1.5 bulan (45 hari bekerja) dari tarikh tutup permohonan dan dokumen lengkap diterima.


SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR 
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya) 
  1. SLIP PERMOHONAN Bantuan Pendaftaran (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  5. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja. [Nota: 1. Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima. 2. Pelajar perlu membuka akaun Bank Islam jika tiada. ] 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ; 
  7. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan). 

Keterangan lanjut, layari https://www.bantuanpendidikanypj.com/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 1.5 BULAN (45 HARI BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN DOKUMEN LENGKAP DITERIMA, PERMOHONAN ADALAH DI ANGGAP TIDAK BERJAYA.


" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Thursday, June 1, 2017

HEBAHAN SEGERA ! SEMAK STATUS KADS1M MELALUI SISTEM


TERKINI - HEBAHAN SEGERA !

| SEMAKAN STATUS KADS1M MELALUI SISTEM |


Mahasiswa boleh menyemak status KADS1M anda mulai 01 Jun 2017 melalui pautan sistem semakan dibawah:

https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/


MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN (MPPK)
PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR (PMJ)


#soaringupwards
#TN50
#KADS1M
#MPPK
#mahasiswajohor