Wednesday, December 21, 2016

Sunday, December 11, 2016

DUTA JAUHAR Menang Anugerah Inisiatif Sukarelawan Terbaik 2016

Petaling Jaya, 10 Dis - Yayasan Pelajaran Johor berjaya memenangi Anugerah Inisiatif Sukarelawan Terbaik bagi kategori Sektor Perkhidmatan Awam pada Malam Anugerah Sukarelawan Malaysia 2016 (Volunteer Malaysia Awards 2016) anjuran 1Malaysia For Youth (iM4U) apabila mencalonkan Program DUTA JAUHAR untuk anugerah berkenaan. 
Majlis anugerah tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak bersama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor yang berlangsung gilang gemilang di Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway, Petaling Jaya disini semalam. Turut bersama, EXCO Pemegang Amanah iM4U Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif iM4U, Encik Azlan Rudy Malik. 
Pengurus Besar YPJ, Haji Ab Wahab Ridwan berkata kemenangan ini membuktikan program cetusan YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor melalui agenda "Muafakat Johor - Pemimpin, Mahasiswa dan Masyarakat" ini amat berjaya dan telah diiktiraf di peringkat kebangsaan.
"Semoga anugerah ini menjadi dorongan untuk kami semua termasuk para peserta untuk terus mencapai kejayaan ke arah Gagasan Johor Berkemajuan sepertimana yang dihasratkan oleh Menteri Besar kita," katanya. 
"Terima kasih kepada kerajaan negeri, Perdana Menteri, iM4U, Warga kerja YPJ, peserta Duta Jauhar dan seluruh rakyat Johor yang sentiasa menyokong program ini. YPJ sentiasa mempergiatkan usaha pemerkasaan Duta Jauhar dalam memastikan jumlah masyarakat yang menerima manfaat program ini meningkat setiap tahun," tambah beliau. 
Beliau yang turut diiringi oleh timbalan beliau, Encik Saifuddin Bin Abdul Rahim dan Pengurus Kanan Pengurusan & Korporat YPJ Haji Mohamed Daud Bin Osman, melahirkan rasa bangga dan ucapan tahniah kepada semua Duta Jauhar daripada siri pertama hingga terkini siri ketiga. 
Lebih membanggakan lagi, apabila Duta Jauhar turut memenangi Anugerah Pencapaian Emas kategori individu (Gold Achievement Awards) menerusi Duta Jauhar INSTEDT yang diwakili oleh Saudara Mohamad Rafi Zainol dan Encik Mohd Sharir Ramli selaku penyelia projek. 
Pada April lalu, kumpulan tersebut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inisiatif Sukarelawan Terbaik bagi tahun 2015 melalui pencalonan projek mereka bertajuk 'Knowledge For Wellness'. (Berita berkaitan
Perdana Menteri dalam ucapannya, mahu seluruh masyarakat bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan yang menjadi ejen penggerak kepada Agenda Transformasi Nasional.
Beliau berkata, aktiviti kesukarelawanan adalah gelombang besar yang akan membantu memperkukuh kekuatan dalaman negara bagi menjayakan agenda berkenaan. 
"Kekuatan negara bukan hanya bersandarkan kepada kemajuan pengangkutan awam dan bangunan pencakar langit moden, tetapi kekuatan karakter rakyat seperti menerusi kesukarelawanan turut menjadi sandaran," katanya.

Wednesday, December 7, 2016

"Tiga Sektor Utama Pemacu Perkembangan Iskandar Malaysia" – TMJ


ISKANDAR PUTERI, 6 Dis - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu tiga sektor utama iaitu keselamatan, jalinan perhubungan dan juga kewujudan peluang pekerjaaan diberi perhatian bagi memastikan Iskandar Malaysia terus berkembang pesat.

"Iskandar Malaysia Catat Pelaburan Komited RM221 Bilion" – PM


ISKANDAR PUTERI, 6 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menyatakan keyakinan dengan kemampuan Iskandar Malaysia apabila terus berjaya menarik pelaburan melepasi jangkaan selepas tempoh 10 tahun penubuhan wilayah ekonomi itu.

Thursday, November 17, 2016

Thursday, November 10, 2016

Sunday, October 16, 2016

Menteri Besar Lancar TransJohor dan Pelan Induk Pengangkutan Awam Tambahbaik Sistem Pengangkutan Awam Johor


GELANG PATAH, 16 Okt – Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) hari ini melancarkan Perkhidmatan Bas TransJohor dan Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor (PIPAJ) bagi menambahbaik aspek pengangkutan awam di Johor.

Sunday, October 9, 2016

Jangan salah guna ilmu - Sultan Johor


BATU PAHAT, 8 Oktober: Penuntut dan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) diingatkan supaya tidak menyalah guna ilmu yang dipelajari untuk tujuan tidak berfaedah termasuk menipu dan mencuri.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, ijazah yang diperoleh adalah simbol kejayaan mahasiswa atas usaha serta titik peluh mereka dan seharusnya ia tidak disia-siakan.

"Saya ingin berpesan kepada semua graduan supaya carilah rezeki yang halal dan jangan sesekali terpengaruh dengan rakan-rakan yang cetek akal.

"Janganlah graduan menyalah guna ilmu yang dipelajari untuk tujuan tidak berfaedah termasuk menipu dan mencuri.

"Kehidupan di dunia memang banyak cabaran namun jangan pilih jalan pintas untuk berjaya tetapi perlu bermula dari bawah serta sentiasa tingkatkan kualiti diri," titah baginda sempena Majlis Konvokesyen ke-16 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, hari ini.

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Gabenor Sulawesi Selatan, Indonesia, Dr Syahrul Yasin Limpo atas sumbangan dan kejayaan beliau membangunkan wilayah berkenaan.

Hadir sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang juga Pro Canselor UTHM; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang juga Pro Canselor UTHM; Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Tan Sri Dr Jamilus Md Hussin dan Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Sultan Ibrahim bertitah, graduan juga perlu sentiasa berusaha mencari kerja selepas menamatkan pengajian dan tidak terlalu memilih pekerjaan.

"Segulung ijazah tidak menjanjikan kehidupan yang baik jika tidak disertakan dengan usaha gigih apatah lagi dalam dunia penuh cabaran dan perlumbaan ini," titah baginda.

Sultan Ibrahim yang juga Canselor UTHM, turut menitahkan agar graduan tidak lupa membalas jasa serta pengorbanan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka.

Baginda bertitah, graduan tidak seharusnya sombong dengan ilmu pengetahuan yang ada kerana tanpa doa restu keluarga, kejayaan yang diperoleh tidak bermakna. 

Friday, October 7, 2016

Keusahawanan dan Inovasi Perlu Dibudayakan di Johor Demi Kemapanan Ekonomi

Keusahawanan dan Inovasi Perlu Dibudayakan di Johor Demi Kemapanan Ekonomi

SKUDAI, 6 Okt – Pembudayaan bidang keusahawanan dan inovasi di negeri Johor dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada ketahanan dan kemapanan ekonominya. 

Menteri Besar Johor, Dato’Mohamed Khaled Nordin berkata kedua-dua bidang tersebut perlu menjadi katalis jika ingin memastikan kejayaan negeri itu. 

“Johor amat serius dalam pembangunan keusahawanan dan inovasi kerana pertumbuhan ekonomi yang mapan, cergas dan lestari adalah penting untuk melahirkan negeri dan masyarakat yang sejahtera. 

“Malah, melaluinya juga kita dapat membentuk masyarakat berdaya saing serta mandiri yang tidak bergantung sepenuhnya pada kerajaan dan bingkas merebut peluang, berani mengambil risiko juga berpandangan jauh,”katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Hari Keusahawanan dan Inovasi Johor 2016, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, di sini, hari ini. 

Turut hadir Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Wahid Omar dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail. 

Mohamed Khaled turut menegaskan bahawa bidang keusahawanan menuntut masyarakat untuk membudayakan perkongsian kepakaran, ilmu, dan pengalaman serta menggalakkan sinergi antara kerajaan dengan universiti dan pelbagai pemegang taruh lain. 

“Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana yang besar untuk aktiviti penyelidikan, misalnya peruntukan berjumlah RM2.8 bilion melalui RMK9, manakala bagi RMK10 pula peruntukannya adalah sebanyak RM1.6 bilion. 

“Malah, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga telah menetapkan sasaran sejumlah 360 produk akan dikomersilkan pada tahun 2016. 

“Untuk itu, semua pihak perlu terlibat sama untuk memperbanyakkan penyelidikan yang boleh digunakan oleh rakyat dan industri tempatan secara terus dan berkesan,” katanya. 

Beliau turut menyeru agar semua pihak pihak di Johor untuk membudayakan kreativiti dan inovasi dalam setiap bidang dan sentiasa bersaing untuk membangunkan ekonomi berdasarkan idea yang kreatif bagi manfaat bersama. 

“Johor yang berkemajuan adalah Johor yang inovatif dan ekonominya dibangunkan dengan teknologi, kreativiti dan inovasi termaju. 

“Maka, jika kita bercita-cita untuk menjadi kuasa ekonomi baharu di Malaysia kita perlu membudayakannya kerana inovasi yang rancak dan berterusan akan menghasilkan sesuatu yang baru dan mempunyai nilai ekonomi,” katanya. 

Hari Keusahawanan dan Inovasi Johor atau Johor Entrepreneurial and Innovation Day (JEnID) 2016 merupakan gabungan tiga program bersekali yang disatukan menjadi satu. Ia dijadikan sebahagian daripada acara tahunan dan aktiviti di bawah Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ). 

Tuesday, August 30, 2016

Mahasiswa perlu memanfaat pendidikan negara


JOHOR BAHRU, 30 Ogos - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memanfaat pendidikan negara yang secara tidak langsung dapat menterjemahkan Malaysia sebagai sebuah negara yang produktif, sekali gus memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan mahasiswa yang holistik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha IPT bagi melahirkan individu yang berjaya, seiring dan terus berkembang dengan pembangunan negara.

"Pencapaian memasuki IPT adalah berbekalkan hasil jerih perih usaha, sikap dan kebijaksanaan bagi menyambung pengajian yang lebih tinggi, yang mana inilah langkah permulaan kepada sebuah perjalanan bagi menuntut ilmu dalam kelasnya yang tersendiri," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan, pada majlis perasmian Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sesi 2016/2017 di Dewan Sultan Iskandar, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abdul Aziz. - BERITA HARIAN

Monday, August 1, 2016

Pinjaman YPJ bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam 2016


PERMOHONAN PINJAMAN YPJ (DALAM NEGARA)
BIL 4/2016 | TARAF IJAZAH SARJANA MUDA
- UNIVERSITI AWAM SAHAJA
Dimaklumkan bahawa Permohonan Pinjaman YPJ bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Bil 4/2016 telah dibuka mulai 17 OGOS sehingga 17 SEPTEMBER 2016.

Wednesday, June 8, 2016

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ (DALAM NEGARA) SESI 3/2016 TARAF DIPLOMA

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ (DALAM NEGARA) SESI 3/2016 TARAF DIPLOMA
- UNIVERSITI AWAM & KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH) SAHAJA


Dimaklumkan bahawa Permohonan Pinjaman YPJ Sesi 3/2016 telah dibuka mulai 07 sehingga 19 JUN 2016.

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2016 (DIPLOMA)

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2016 
(TARAF DIPLOMA UNIVERSITI AWAM SAHAJA)
Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPTA kepada anak Johor daripada keluarga berpendapatan maksimum RM4 ribu bertujuan meringankan beban keluarga untuk membiayai pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Dimaklumkan bahawa Permohonan SBP IPTA 2016 (DIPLOMA) telah dibuka mulai 07hb sehingga 19hb JUN 2016.

Monday, May 9, 2016

Monday, March 14, 2016

Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta'zim 2016


BANTUAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK JOHOR (PROGRAM SARJANA)

Kerajaan Negeri Johor melalui Permodalan Darul Ta'zim (PDT) dan Yayasan Pelajaran Johor menyediakan bantuan biasiswa bagi Program Ijazah Sarjana (Masters) IPTA melalui Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta'zim 2016 kepada calon-calon Anak Johor yang berkelayakan.

Thursday, March 10, 2016