Thursday, June 20, 2013

Bantuan Kemasukan Pelajar Ke IPTA 2013


Tahniah kepada semua anak Johor yang telah berjaya ditawarkan tempat di IPTA bagi kemasukan sesi akademik 2013/2014. 

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Islam Johor (PIJ) ada menyediakan Bantuan Persediaan Pelajar ke IPTA untuk anak jati Johor yang akan mendaftarkan diri di IPTA bagi kemasukan tahun 2013.

Tuesday, June 18, 2013

FINAL Piala FA: 2000 Tiket Percuma Sumbangan Kerajaan Negeri Johor

2000 Tiket perlawanan akhir piala FA 2013 akan dihadiahkan kepada anak-anak Johor


Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin mengumumkan bahawa kerajaan negeri berminat menyumbangkan sebanyak 2000 keping tiket percuma kepada rakyat Johor bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT) menentang Kelantan pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Thursday, June 13, 2013

JELAJAH JOHOR SEKRETARIAT ANAK JOHOR (SOHOR) UMT

--- SEKRETARIAT ANAK JOHOR (SOHOR), UMT ---

--- JELAJAH JOHOR FASA III, MAHASISWA CAKNA MASYARAKAT LUAR BANDAR ---


Pada cuti semester ini, 50 mahasiswa daripada Sekretariat Anak Johor (SOHOR) UMT akan mengadakan program JELAJAH JOHOR FASA III selama 10 hari di 3 buah daerah. 

Tuesday, June 11, 2013

Majlis Kepimpinan Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ) 2013-2014


PENASIHAT : TUAN HAJI MOHD JAMAL BIN ALI (019-6222564) 
KETUA PENYELARAS : MOHD NAJIB BIN SAMINGIN (017-7382852)

ZON LEMBAH KLANG

PENYELARAS : MOHD SENIN BIN MAHMOOD (019-5271840)
UKM : MOHD SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI (019-3204377)
UM    : MOHAMAD SUFI BIN ZAMZAM (017-2083318)
UPM  : MUHAMMAD HUSAINI BIN KAMISAN (013-7584686)
USIM : MOHD YAZID BIN PAIJAN (013-7433402)
UPSI  : MUHAMMAD RIDZUAN BIN SOPAH (013-5980586)
UPNM : FARAH ATIKA BINTI OTHMAN (013-3603730)
KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA : MUHAMMAD SHAMSUDDIN BIN PAIJAN (013-6862135)

UiTM : SHAH ALAM - MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAMLAN (017-7551310)
             MELAKA - FAHMI REZA BIN MUHAMAD FUAD (012-7017400)
             JOHOR - MUHAMMAD DANIEL BIN AZHARI (017-6509246)

ZON SELATAN
PENYELARAS : HASRUL AKHMAL BIN NGADIMAN (013-7189515)
UTM    : FATIN ILYANI BINTI DZULKIFLI (012-7380748)
UTHM  : MOHD HAZIQ BIN SAADON (010-8286283)
UTEM  : AZIEDA WANGI BINTI DOLHADI (013-4202384)

ZON UTARA
PENYELARAS : MOHAMAD AZIM BIN MOHD NOOR (013-7337327)
USM   : MOHAMMAD FARHAN BIN NGADIRAN (017-7925756)
UUM   : MOHAMAD FIRDAUS BIN LASNANG (017-7601374) 
UTP     : MUHAMMAD FAROUQ KHAN BIN MOHD ALI KHAN (019-7706400)

ZON TIMUR
PENYELARAS : MUHD KHAIDZIR BIN KHIRUDDIN (012-7801415)
UMT     : MUHAMMAD NAILI JAZLI BIN MOHD JAMSARI (013-7966926)
UMP : MOHD HAFIZI BIN ZAMRI (017-3193614)
ZON BORNEO
UNIMAS : MUHAMMAD AMINURASHID MD SALLEH (013-6225893)

NOTA: Kepada rakan-rakan dari UPNM, UMS dan UiTM lain-lain kampus, serta rakan-rakan dari mana-mana IPTS / Kolej / Politeknik, jika ada sesiapa yang berkomitmen tinggi ingin menjadi wakil Anak Johor di IPT masing-masing, sila tampilkan diri. Hubungi Penyelaras di atas. Terima kasih. Salam Ta'zim. 

*Kemaskini oleh Penyelaras: Mei 2013 - Mei 2014

Friday, June 7, 2013

Sunday, June 2, 2013

PERJUMPAAN PIMPINAN SISWA JOHOR BERSAMA YAB MENTERI BESAR


Sesi pertemuan pimpinan Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ) bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin telah diadakan pada 31 Mei 2013 bertempat Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur.

Perjumpaan ini adalah kali pertama selepas sahaja YAB Dato' dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 15 Mei 2013 yang lalu. Seramai 25 orang pimpinan GAJ daripada UKM, UM, UPM, UPSI, UTHM, UTEM, USIM, UMT dan Kolej Teknologi Alpha telah terlibat dalam pertemuan ini, yang diketuai oleh Sdra Mohd Najib Bin Samingin selaku Ketua Penyelaras GAJ.

Antara perkara yang menjadi intipati pertemuan ini ialah soal kebajikan mahasiswa Johor, peranan & tanggungjawab Persatuan Mahasiswa Johor di semua IPT dan isu-isu semasa yang berlaku di Johor. 

YAB Dato' turut berkongsi perancangan beliau dalam menerajui pentadbiran negeri dan agenda untuk membangunkan Johor. Beliau juga menzahirkan harapan agar mahasiswa turut terlibat dalam menyumbang idea, pendapat dan buah fikiran dalam membantu kerajaan negeri merencanakan agenda pembangunan negeri supaya nikmat kemajuan dapat dirasai bersama oleh masyarakat Johor.