PERMOHONAN PINJAMAN YPJ SESI 3/2017
(BAGI PELAJAR TARAF IJAZAH & DIPLOMA)
Dimaklumkan bahawa permohonan Pinjaman YPJ Sesi 3/2017 bagi peringkat Diploma telah dibuka mulai 13hb sehingga 30hb OGOS 2017.
Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Pinjaman Pelajaran. [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut]
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
- Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ;
- Pemohon telah mendapat Tawaran kemasukan atau sedang menuntut di Institusi Pengajian sebelum membuat permohonan ;
- Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA ;
- Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu (1) tahun ;
- Pemohon tidak menerima apa-apa penajaan/pembiayaan sama ada pinjaman atau biasiswa dari agensi-agensi lain ;
- Kursus yang diikuti metilah SEPENUH MASA ;
- Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM8,000.00 sebulan [ Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita paling rendah ].
TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA :
- Diploma (semua IPTA, KPYPJ dan Marsah sahaja)
- Ijazah Sarjana Muda (IPTA sahaja)
CARA MEMOHON :
LANGKAH 1:
Pemohon membuat PERMOHONAN secara online : (klik) Mohon Sekarang !
LANGKAH 2 :
Semak emel untuk mencetak slip permohonan (di bahagian attachment).
LANGKAH 3 :
Pemohon dikehendaki menghantar SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 30 OGOS 2017.
LANGKAH 4 :
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).
LANGKAH 5 :
Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran pinjaman dan satu (1) set dokumen perjanjian yang dihantar melalui emel pemohon.
LANGKAH 6 :
Lengkapkan dokumen perjanjian dan hantarkan ke YPJ dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya)
- SLIP PERMOHONAN Pinjaman (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ;
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar ;
- Salinan Sijil Kelahiran Pelajar ;
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ;
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ;
- Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga [ Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan-Pinjaman YPJ 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ;
- Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan).
- Salinan Sijil SPM ;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
Keterangan lanjut, layari https://www.bantuanpendidikanypj.com/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com
SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 2 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DI ANGGAP TIDAK BERJAYA.
" SELAMAT BERJAYA "
Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR
Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html
0 comments:
Post a Comment