Tuesday, August 19, 2014

SKIM BANTUAN ZAKAT MAIJ 2014

SKIM BANTUAN ZAKAT MAIJ (PENDAFTARAN IPT) 2014
Borang Permohonan Bantuan Zakat MAIJ (Pendaftaran IPT) 
Syarat-syarat Am Permohonan: 
  1. Islam
  2. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap dengan syarat pasangan adalah warganegara.
  3. Pemohon mestilah lahir dan menetap tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut serta membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor. 
  4. Pemohon tidak mendapat bantuan/sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain.
  5. Pendapatan keluarga kurang dan tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah). 
  6. Permohonan hanya untuk kemasukan awal sahaja. 
  7. Sumbangan hanya untuk bayaran Yuran Pendaftaran sahaja. 
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN (YANG TELAH DISAHKAN)
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, lbu, Bapa dan semua tanggungan.
  2. Salinan Sijil Perceraian / Sijil Kematian ibu/bapa (jika berkaitan). 
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. 
  4. Salinan Sijil SPM.  
  5. Salinan Buku Akaun Bank lslam (M) Berhad. 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan lbu dan Bapa, atau Penjaga. (Jika tiada Slip Gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan lbu dan Bapa atau Penjaga yang dilampirkan sekali dengan Borang Permohonan).

Borang Pengesaha Pendapatan / Bantuan
Borang Permohonan boleh didapatkan di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di Pusat Islam Iskandar Johor atau di Pejabat MAIJ Daerah. 

Sebarang pertanyaan, sila rujuk atau hubungi pejabat MAIJ di alamat berikut : 

Thursday, August 14, 2014

BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL 2014

Calon-calon warga negara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk kemasukan pada sesi September 2014.

Wednesday, August 13, 2014

BIASISWA YAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHOR 2014


Latar Belakang

Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah sebuah syarikat berhad yang telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos 1984. Yayasan ini ditubuhkan bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association").

Monday, August 4, 2014

Friday, August 1, 2014

CIQ Sesak: Dua Pemandu Bas Mogok


Kesesakan memasuki Singapura dari Johor hari ini disebabkan oleh 2 PEMANDU BAS yang tidak bertanggungjawab yang telah mogok di hadapan pintu masuk ke Singapura dari Johor. 

Kerana tindakan 2 pemandu bas ini, ribuan rakyat Malaysia yang lain tidak dapat memasuki Singapura sekaligus meyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. 

Kami harap Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan keras ke atas 2 PEMANDU BAS ini. Mereka patut DIDAKWA, DIBICARA, dan DIPENJARAKAN. 

Mohon Pihak berkuasa janganlah berlembut dengan pengkhianat yang sanggup menggadaikan kepentingan beribu orang lain untuk kepentingan politik sesetengah pihak.