Monday, September 25, 2017

KARNIVAL KERJAYA JOHOR

" Pertumbuhan Johor untuk anak Johor "



Rebut peluang kerjaya sempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017 
     Tarikh   : 7 - 8 Oktober 2017 
     Tempat : Dataran Mahkota, Kota Iskandar 
                    (Berhadapan Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak) 
     Masa    : 9.00 Pagi - 6.00 Petang 


Lebih 7,000 peluang pekerjaan ditawarkan ! 
Lebih 100 majikan terlibat !  


Ayuh Anak Johor ! 

Tuesday, September 19, 2017

JAWATAN KOSONG - Jabatan Pertanian Negeri Johor

JAWATAN KOSONG


Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim dan warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang (3) tahun berturut-turut untuk  mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi jawatan sebagaimana  berikut:

PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29 (KONTRAK) - 1 KEKOSONGAN

Sila Muat Turun : 
Tarikh tutup permohonan: 28 September 2017


Sunday, September 17, 2017

"80 MAHASISWA MANFAAT CUTI HARI MALAYSIA SERTAI EKSPLORASI DARUL TA’ZIM"

Oleh: Nur Syahirah Binti Mohammad Shah

SKUDAI, 17 Sept – Seramai 80 orang mahasiswa termasuk mahasiswa antarabangsa daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memanfaatkan cuti umum bersempena Hari Malaysia semalam dengan menyertai program Eksplorasi Darul Ta’zim. 

Program santai sehari anjuran Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) UTM itu membawa para peserta melawati beberapa lokasi tumpuan utama pengunjung di sekitar Bandaraya Johor Bahru. 

Pengarah program, Nur Syahirah binti Mohammad Shah berkata, program santai ini adalah untuk mengeratkan hubungan mesra sesama ahli dan mahasiswa UTM melalui aktiviti di luar kampus oleh persatuan. 

“Di samping kami memberi peluang kepada mereka mendapat pendedahan mengenai sebahagian lokasi-lokasi menarik yang berkait dengan warisan dan pembangunan yang terdapat di negeri ini,” katanya. 

Tambahnya, antara lokasi tumpuan yang mereka lawati termasuklah Laman Mahkota Istana Bukit Serene, Zoo Johor, Johor Bahru City Square, Bazar Karat, Legaran Sungai Segget, Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos Larkin dan makan tengah hari di Kilang Bateri. 

 

 

 

Menurut beliau lagi, ini antara program ringkas yang disusun oleh Sejati UTM pada semester ini dan akan menyusul beberapa lagi program istimewa untuk disertai oleh semua. Bukan sahaja Mahasiswa Johor di UTM, malah sesiapa juga termasuk warga masyarakat di sekitar UTM boleh terlibat sama. 

“Antaranya dalam masa terdekat ini, kami bersama rakan-rakan dari Persatuan Mahasiswa Anak Jati Johor (MAHAJJ) UTHM selaku tuan rumah akan menganjurkan program Simposium Mahasiswa Johor bagi Zon Selatan di Universiti Teknologi Malaysia pada 21 September 2017 ini,” katanya. 


Tuesday, September 12, 2017

"Simposium Mahasiswa Johor" Siri 1: Zon Utara

SATU LAGI PROGRAM UNTUK PARA MAHASISWA JOHOR SEMESTER INI

"Simposium Mahasiswa Johor" 
Siri 1 : Zon Utara 
(Kesinambungan #IMJ2017

Panggilan kepada semua Mahasiswa Johor di Utara !!!

Mari bersama dapatkan input perihal-perihal pencapaian & kemajuan negeri Johor bersama panel-panel khas yang didatangkan khas dari Kerajaan Johor ! 

Pendedahan tentang peluang, inisiatif dan sebagainya untuk Mahasiswa Johor.

Jangan ketinggalan ! 

Anugerah IKON SUKARELAWAN IHSAN JOHOR juga akan dianugerahkan kepada wakil IPTA yang outstanding !!!

Tarikh : 16 September 2017 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4 petang
Tempat : Dewan Utama Desasiswa RST, Universiti Sains Malaysia.

✅Penyertaan PERCUMA
✅Sijil Penyertaan
✅Cenderahati program / kits Program
✅Sistem merit universiti/institusi
✅Jamuan
✅Pengangkutan
✅Hadiah pemenang games

Daftar sekarang penyertaan anda melalui wakil berikut :

USM : LOGES (014-3114794)
**Dan IPT lain di Penang..

UUM : SYAHMI (011-27259647)
**Dan IPT lain di Kedah..

UNIMAP : AZMINA (013-7435381)
**Dan IPT lain di Perlis..

DIANJURKAN BERSAMA OLEH : 

Pertubuhan Ihsan Johor dan Pertubuhan Mahasiswa Johor 

#TEAMJOHOR #IMPACTJOHOR #IHSANJOHOR
#PMJ #MAHASISWAJOHOR
#GenerasiTakzim

Wednesday, September 6, 2017

YBJB - BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT 2017

Bantuan Melanjutkan Pelajaran IPT Dalam Negara 2017

AGENSI : YAYASAN BANDARAYA JOHOR BAHRU (YBJB)

Latar Belakang
Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) adalah suatu badan korporat (Yayasan) atau organisasi bukan berasaskan keuntungan (non-profit organizations – NPO) yang diperbadankan pada 1 Februari 1994 di bawah Akta Pemegang-Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.  YBJB ditubuhkan untuk membantu golongan yang miskin, cacat dan tidak bernasib baik di sekitar bandaraya Johor Bahru. 

Penubuhan Yayasan diilhamkan pada tahun 1994 bersempena kenaikan taraf Johor Bahru ke status ‘Bandaraya’. Inisiatif penubuhan Yayasan adalah hasil keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) terhadap masalah-masalah sosial dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin meningkat pada masa itu.

Objektif 
  • Mengendalikan pelbagai aktiviti serta program kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin.
  • Bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan individu untuk menyediakan peluang kepada golongan miskin.
  • Mengatur, mengendali dan menyokong skim-skim bagi meringankan segala tekanan hidup dan kesengsaraan manusia, meningkatkan taraf hidup dan secara umumnya membasmi kemiskinan.
PERMOHONAN BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN IPT 2017

Pengenalan :
Bantuan ini disasarkan kepada pelajar lepasan SPM/STPM atau Sijil yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Institut Pengajian yang diiktiraf kerajaan.  Ianya diperkenalkan untuk meringankan beban ketua isi rumah yang mempunyai anak-anak yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah dalam membuat persediaan untuk ke Institut Pengajian.

Bentuk dan Kadar Bantuan :
1. Bantuan berbentuk “One Off”sekali sahaja, jangka pendek dan sementara.
2. Bantuan untuk kemasukan ke institut pengajian sahaja.
3. Kadar bantuan:
     Sijil/Matrikulasi: RM500.00
     Diploma: RM700.00
     Ijazah: RM1,000.00
**(mengikut pertimbangan pihak pengurusan YBJB).

Syarat-syarat Kelayakan Pemohon : 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil, Matrikulasi, Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian yang diiktiraf kerajaan.
  3. Pemohon hendaklah menetap dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (Rujuk Peta Kawasan)
  4. Pendapatan Isi Rumah RM3,000.00 ke bawah dan memiliki tanggungan sekurang kurangnya 6 orang atau pendapatan perkapita RM500.00 dan ke bawah.
  5. Lain-lain syarat tambahan mengikut pertimbangan.
Cara Memohon 
Langkah 1 :
Sila muat turun borang di bawah atau dapatkan borang di pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru. >>> KLIK <<<

Langkah 2 :
Isikan borang pada Bahagian A, B, C dan D dengan HURUF BESAR dan jelas.

Langkah 3 :
Lampirkan salinan dokumen yang diperlukan (baca senarai di bawah).

Langkah 4 :
Sila hadir terus ke pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru di Tingkat 5, Bangunan JOTIC, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru (Ahad hingga Rabu 8am – 5pm, Khamis 8am – 3.30pm) untuk proses semakan borang dan temuduga permohonan. 
**Serahan melalui pos tidak diterima.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR :
  1. Salinan kad pengenalan dan MyKID pelajar, ibu bapa, anak-anak dan keluarga yang tinggal serumah.
  2. Surat tawaran ke Universiti, Politeknik, Kolej atau Institut Pengajian beserta lampiran caj yang dikenakan.
  3. Slip gaji atau pengesahan pendapatan bagi ibu-bapa, isi rumah yang bekerja sendiri disahkan oleh Penghulu, Ketua Kampung, Ahli Majlis, Ketua Penduduk, JKKK atau Persatuan Penduduk.
  4. Salinan kad OKU, Kad Bantuan JKM, Sijil kematian, Surat doktor, surat sokongan dan lain-lain (jika ada).
Tarikh Tutup : Bantuan ini boleh dimohon apabila pelajar menerima surat tawaran IPT dan semasa dalam semester pertama (1) tahun 2017 sahaja. Erti kata lain: Mohon sebelum tamat semester pertama (1) tahun 2017 atau selewatnya pada Disember 2017. 

SUMBER
" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html