Bantuan Melanjutkan Pelajaran IPT Dalam Negara 2017
AGENSI : YAYASAN BANDARAYA JOHOR BAHRU (YBJB)
Latar Belakang
Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) adalah suatu badan
korporat (Yayasan) atau organisasi bukan berasaskan keuntungan (non-profit
organizations – NPO) yang diperbadankan pada 1 Februari 1994 di bawah Akta
Pemegang-Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952. YBJB ditubuhkan untuk
membantu golongan yang miskin, cacat dan tidak bernasib baik di sekitar
bandaraya Johor Bahru.
Penubuhan Yayasan diilhamkan pada tahun 1994 bersempena
kenaikan taraf Johor Bahru ke status ‘Bandaraya’. Inisiatif penubuhan Yayasan
adalah hasil keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor
Bahru (MBJB) terhadap masalah-masalah sosial dan jurang perbezaan ekonomi yang
semakin meningkat pada masa itu.
Objektif
- Mengendalikan pelbagai aktiviti serta program kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin.
- Bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan individu untuk menyediakan peluang kepada golongan miskin.
- Mengatur, mengendali dan menyokong skim-skim bagi meringankan segala tekanan hidup dan kesengsaraan manusia, meningkatkan taraf hidup dan secara umumnya membasmi kemiskinan.
PERMOHONAN BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN IPT 2017
Pengenalan :
Bantuan ini disasarkan kepada pelajar lepasan SPM/STPM
atau Sijil yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di
Institut Pengajian yang diiktiraf kerajaan. Ianya diperkenalkan untuk
meringankan beban ketua isi rumah yang mempunyai anak-anak yang dapat melanjutkan
pelajaran ke peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah dalam membuat persediaan
untuk ke Institut Pengajian.
Bentuk dan Kadar Bantuan :
1. Bantuan berbentuk “One Off”sekali sahaja, jangka pendek
dan sementara.
2. Bantuan untuk kemasukan ke institut pengajian
sahaja.
3. Kadar bantuan:
Sijil/Matrikulasi: RM500.00
Diploma: RM700.00
Ijazah: RM1,000.00
**(mengikut pertimbangan pihak pengurusan YBJB).
Syarat-syarat Kelayakan Pemohon :
- Warganegara Malaysia.
- Melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil, Matrikulasi, Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian yang diiktiraf kerajaan.
- Pemohon hendaklah menetap dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (Rujuk Peta Kawasan)
- Pendapatan Isi Rumah RM3,000.00 ke bawah dan memiliki tanggungan sekurang kurangnya 6 orang atau pendapatan perkapita RM500.00 dan ke bawah.
- Lain-lain syarat tambahan mengikut pertimbangan.
Cara Memohon
Langkah 1 :
Sila muat turun borang di bawah atau dapatkan
borang di pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru. >>> KLIK <<<
Langkah 2 :
Isikan borang pada Bahagian A, B, C dan D dengan HURUF
BESAR dan jelas.
Langkah 3 :
Lampirkan salinan dokumen yang diperlukan (baca senarai
di bawah).
Langkah 4 :
Sila hadir terus ke pejabat Yayasan Bandaraya
Johor Bahru di Tingkat 5,
Bangunan JOTIC, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru (Ahad hingga Rabu
8am – 5pm, Khamis 8am – 3.30pm) untuk proses semakan borang dan temuduga
permohonan.
**Serahan melalui pos tidak diterima.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR :
- Salinan kad pengenalan dan MyKID pelajar, ibu bapa, anak-anak dan keluarga yang tinggal serumah.
- Surat tawaran ke Universiti, Politeknik, Kolej atau Institut Pengajian beserta lampiran caj yang dikenakan.
- Slip gaji atau pengesahan pendapatan bagi ibu-bapa, isi rumah yang bekerja sendiri disahkan oleh Penghulu, Ketua Kampung, Ahli Majlis, Ketua Penduduk, JKKK atau Persatuan Penduduk.
- Salinan kad OKU, Kad Bantuan JKM, Sijil kematian, Surat doktor, surat sokongan dan lain-lain (jika ada).
Tarikh Tutup : Bantuan ini boleh dimohon apabila pelajar
menerima surat tawaran IPT dan semasa dalam semester pertama (1) tahun 2017
sahaja. Erti kata lain: Mohon sebelum tamat semester pertama (1) tahun 2017 atau selewatnya
pada Disember 2017.
SUMBER
" SELAMAT BERJAYA "
Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR
Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html
0 comments:
Post a Comment