Monday, September 24, 2018

"Golongan muda perlu berani lawan rasuah" - Syed Saddiq

ARAU, 24 SEPT - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata golongan muda hendaklah berani menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi menjadikan Malaysia negara 'super power' dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi.

Menurutnya mereka harus berasa jijik dengan rasuah yang telah banyak merosakkan tadbir urus sesebuah negara.

"Saya yakin dan percaya anak-anak muda hari ini lebih bijak menilai kesan gejala rasuah kerana mereka lebih banyak terdedah dengan isu-isu nasional," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KoMawAR) di Universiti Malaysia Perlis, disini, hari ini.

Konvensyen kali kedua itu dihadiri kira-kira 1,500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis dan Kedah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharain Mohd Jamil dan Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Katanya keputusan Kerajaan PH supaya semua anggota Kabinet mengisytiharkan harta dan dipamerkan dalam laman web SPRM itu penting bagi anak-anak muda untuk menilai ketelusan kerajaan PH.

"Kami mahu mendidik golongan muda membudayakan tahap integriti yang tinggi dan menolak rasuah," katanya.

Dalam siang media selepas itu Syed Saddiq berkata kes rasuah dalam bidang sukan adalah antara yang tertinggi dan beliau berhasrat menjadikan kementerian tersebut sebagai kementerian yang mendahului dalam tadbir urus telus dan bebas rasuah. - Bernama

Sunday, September 23, 2018

#PTPTN | 'Bayarlah walau hanya RM10 sebulan' - Menteri

KODIANG, 23 SEPT - Kementerian Pendidikan meminta pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang agar tidak berterusan mengaitkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata ini kerana setiap peminjam apa sekali pun, mereka perlu melunaskan hutang berkenaan termasuk dituntut di dalam Islam.

"Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.

"Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Siputeh di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Abd Aziz Selaiman dan para pegawai kanan kementerian.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tiga hari lepas kesal terhadap sikap tidak amanah peminjam PTPTN yang menjadi punca jumlah tunggakan hutang pembayaran balik pinjaman tersebut menjangkau sehingga RM36 bilion.

Mahathir berkata, kebanyakan daripada peminjam telah mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang tersebut.

Manifesto PH pada kempen pilihan raya umum lalu menyebut untuk menangguh pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan.

Saturday, September 22, 2018

'Mereka pangkah PH kerana PTPTN' - Penganalisis Politik


KUALA LUMPUR, 22 SEPT – Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan pengundi yang memangkah PH pada PRU14 lalu kerana janji manis berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hal demikian, menurut pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian adalah tidak adil melabel peminjam PTPTN yang gagal membayar hutang sebagai tidak amanah.

Bagaimanapun, Sivamurugan menjelaskan, PH secara praktikal hanya membuat penelitian data menyeluruh selepas mengambil alih kepimpinan pusat baru sedar janji ini sukar dilaksanakan buat masa ini.

“Ya sebab sebilangannya memangkah untuk pastikan hasrat ini (penangguhan bayaran PTPTN) dipenuhi.

“PH pula baru sedar keadaan kewangan meruncing ketika mengambil alih pentadbiran negara, membuatkan janji manifesto ini sukar dilunaskan.

“Walau bagaimanapun, peminjam yang terikat dengan terma perjanjian dan berkemampuan elok tampil dan membayar hutang ini untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan dana tabung pendidikan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Masyarakat USM ini turut mencadangkan agar Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan boleh mengemukakan tawaran baharu kepada peminjam sebagai alternatif kepada janji pilihan raya.

Beliau turut membahagikan beberapa kategori peminjam PTPTN antaranya, membayar ansuran seperti ketetapan PTPTN, membayar ketika mampu dengan perundingan dengan PTPTN yang menyediakan beberapa pakej tetapi ada juga yang menanti untuk tidak membayar agar ia lupus secara automatik seperti janji Pakatan Rakyat pada 2013 dan penangguhan bayaran seperti yang termaktub dalam janji PH, 2018.

“Hakikatnya, ada yang berkemampuan tetapi mengambil sikap tunggu dan lihat, namun ada juga hanya bertindak apabila nama disenarai hitam.

“Dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan bebanan bertambah, ada yang sukar mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan sijil mereka dan menjangkakan kemenangan PH akan mengurangkan beban mereka.

“Manakala bagi PH pula, keadaan semasa tidak mengizinkan untuk mereka melaksanakan janji PRU14 sepenuhnya . Peminjam dan pemegang autoriti masing-masing berada dalam dilema,” jelasnya.

Friday, September 21, 2018

#InfoKampus@PMJ | Sultan Johor hadiahkan pesawat kepada UTHM

#InfoKampus_PMJ | 21 September 2018

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menghadiahkan sebuah pesawat jenis Amphibious buatan Amerika kepada UTHM.

Baginda yang juga 
Canselor UTHM juga berkenan dan bersetuju agar landasan kapal terbang lama di Tanjung Labuh, Batu Pahat dibangunkan semula dan beroperasi sebagai pusat latihan penerbangan untuk pelajar UTHM.

Ia sebagai tanda sokongan baginda terhadap pembangunan program Aeronautik di universiti itu.

Bertuah warga UTHM. Tahniah !

Sumber : Sinar Harian

Monday, September 10, 2018

SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA 2018 (SESI SEPTEMBER)

PERMOHONAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA 2018 (SESI SEPTEMBER)
[ INSENTIF HARAPAN SISWA ] 

AGENSI: MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) 


Dimaklumkan bahawa permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara 2018 (Sesi September) - Insentif Harapan Siswa - untuk kemasukan pelajar baharu peringkat Diploma dan Ijazah (Semester Pertama) tahun 2018 telah dibuka mulai 01 sehingga 30 SEPTEMBER 2018. 

SYARAT DAN KELAYAKAN PELAJAR :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor.
  3. Bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  4. Telah mendapat surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  5. Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga tidak melebihi RM3,000.00
PERINGKAT PENGAJIAN :

  1. Diploma semester pertama
  2. Ijazah Sarjana Muda Semester pertama
CARA MEMOHON :

LANGKAH 1 :

Klik pada pautan Permohonan IPT Online (klik) Sekarang !. 
Klik pada Daftar Pengguna. Isikan lengkap segala maklumat dan butiran. 

LANGKAH 2 :

Log Masuk (Login) semula ke dalam sistem menggunakan No. KP dan kata laluan yang telah dikemaskini. Isikan lengkap segala maklumat dan butiran. Anda boleh merujuk kepada Manual Pengguna sistem (Klik Sini) ! 

LANGKAH 3 :

Setelah selesai mengisi segala maklumat dan anda telah menekan butan HANTAR, sila klik Cetak Slip sebagai rujukan permohonan dan perlu dilampirkan untuk proses selanjutnya di Kaunter MAIJ daerah. 

LANGKAH 4 :
Hantarkan SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) yang telah lengkap dan DISAHKAN ke Kaunter Pejabat MAIJ daerah sebelum atau pada 30 SEPTEMBER 2018. 

** Sila hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam Daerah berhampiran mengikut alamat yang telah didaftarkan. Rujuk sini untuk dapatkan alamat MAIJ setiap Daerah (klik sini)

SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR :
  1. SLIP Permohonan yang telah lengkap ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  4. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Semua Tanggungan ;
  5. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan atau Pengesahan Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga ; 
  6. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian ; 
  7. Salinan Sijil Akademik (SPM / STAM / STPM) ;
  8. Salinan Dokumen Yuran Pendaftaran atau Resit Pembayaran Yuran ; 
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah Terakhir
  10. Gambar Berukuran Pasport 
** Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai profesional / Pegawai gred A / Penghulu / yang setaraf dengannya.

Keterangan lanjut, layari http://www.maij.gov.my/ atau hubungi MAINJ di talian 07-2282929 / 2937 / 2941. 

SUMBER : MAINJ

" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Wednesday, September 5, 2018

Peluang Kerjaya di UEM Sunrise Berhad (Southern Region)

Career Opportunities at UEM Sunrise Berhad (Southern Region)
Position : 

- Manager, Contracts 
- Manager, Vendor Development 
- Manager, Product Development 
- Residential Manager / Assistant Residential Manager
- Senior Executive, Vendor Development 
- Senior Executive, Commercial 

Monday, September 3, 2018

Macro Dimension Concrete Sdn Bhd (MDC) Scholarship Program 2018

Macro Dimension Concrete Sdn Bhd (MDC) Scholarship Program 2018


About 

MDC was incorporated on 10th March 1997 in Jitra, Kedah Darul Aman and started with supplying ready-mixed concrete to government and private construction projects. Since then, we have established a name for ourselves as a reliable manufacturer and supplier of ready-mixed concrete in the construction sector. In March 2005, MDC extended its coverage to central (Klang Valley) and eastern (Kuantan) regions. 

Field of study :


1. Engineering
 Bachelor of Mechanical Engineering & Related Disciplines
 Bachelor of Civil Engineering & Related Disciplines
 Bachelor of Chemical Engineering
 Bachelor of Electrical Engineering & Related Disciplines

2. Business and Accountancy
 Bachelor of Accounting
 Bachelor of Business Administration
 Bachelor of Finance

Value of Scholarship : RM 5,000 per semester 


Read more Details : http://hep.uthm.edu.my/v3/images/MDC_Scholarship_Details.pdf
Download Form : http://hep.uthm.edu.my/v3/images/MDC_Application_Form.xlsx


Due date submission : 10 September 2018

Permohonan Biasiswa Sony EMCS

SONY EMCS SCHOLARSHIP APPLICATION 
FOR PUBLIC UNIVERSITY 


The objective of SONY scholarship is to provide financial assistance to the students who are pursuing their education at a greater level in the fields of their choice and thus give them a chance of employment upon graduation. 

This scholarship is ONLY valid for Malaysian Citizens pursuing Bachelor Degree in : 

  1. Bachelor of Engineering (Electrical & Electronics, Mechanical or Software) 
  2. Bachelor of Business (Human Resources, Economics, Accounting & Finance or Administration)
  3. Bachelor of IT or Computer Science 
  4. Other fields related to the above disciplines.

Eligibility :
  1. Malaysian citizen with age below 25. 
  2. Students pursuing Bachelor Degree and currently in their second or third year of study. 
  3. Outstanding academic achievements in school (SPM / O Level), pre-university (STPM / A-Level / Matriculations). 
  4. Diploma and current degree qualifications (for completed years / semesters with a minimum CGPA of 3.0. 
  5. Proficient in English, hardworking, possess excellent academic achievements matched with positive personality traits and have outstanding extra curricular activities.
Download Application Form [ Click Here ! ]

The completed application form with relevant documents should be sent to the address below by 22th September 2018 : 

Attention to: Ms Aliaa 
Human Resource Division 
Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd 
Lot 5, Jalan Kemajuan, Bangi Industrial Estate 
43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor Darul Ehsan.

Note: Please indicate "SCHOLARSHIP" on the top left corner of the envelope when submitting the application form. 

Kursus kahwin percuma untuk 12,000 pasangan

Bantuan Insentif Kursus Perkahwinan Islam Negeri Johor

Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah memperuntukkan RM 1.44 juta bagi melaksanakan Insentif Kursus Perkahwinan Islam Percuma yang akan memanfaatkan 12,000 pasangan yang ingin berkahwin di negeri ini. 

Semua warga Johor yang berkelayakan boleh memohon Bantuan Insentif tersebut. 

Syarat – syarat kelayakan memohon:

1. Warganegara Malaysia.
2. Rakyat Negeri Johor.
3. Pemastautin yang melebihi lima (5) tahun.
4. Kursus bagi perkahwinan kali pertama sahaja.
5. Kursus yang diadakan di Negeri Johor sahaja.
6. Hadir dengan jayanya Kursus Perkahwinan dengan bayaran RM120.00.
7. Kursus yang diadakan selepas 9 Mei 2018.

Dokumen yang diperlukan:

1. Salinan Kad Pengenalan;
2. Salinan buku bank / penyata bank pemohon; dan
3. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Yang Asal dan salinan. Jika Sijil hilang, pemohon perlu mendapatkan surat pengesahan kehadiran dan bukti kehadiran kursus daripada penganjur.
4. Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua Kampung atau Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah (jika pemastautin), dan dokumen sokongan (bil-bil utiliti) jika berkaitan. 


Borang Permohonan boleh di muat turun di sini : 



INFO PENTING!



Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada penganjur kursus perkahwinan selepas tamat kursus atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sijil kursus dikeluarkan.

Tuntutan yang dihantar selepas 3 bulan dari tarikh kursus tidak akan diproses.


BIASISWA YAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHOR 2018 (IJAZAH)


LATAR BELAKANG 
Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah sebuah syarikat berhad yang telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos 1984. Yayasan ini ditubuhkan bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association").

OBJEKTIF

Antara Objektif Utama Yayasan adalah mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi tujuan-tujuan berikut :
  1. Kemajuan pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh sistem pendidikan di Malaysia.
  2. Mengukuh, menjaga dan mentadbir dana biasiswa untuk memajukan moral, intelektual dan pendidikan fizikal serta kebajikan kepada pelajar-pelajar yang sepatutnya menerima dan memerlukan.
  3. Memberi anugerah biasiswa untuk pengajian pra ijazah dan lepas ijazah.
  4. Menaja mereka yang memerlukan pertolongan daripada segi moral, tujuan sosial atau kebajikan.
  5. Memberi bantuan dan meringankan dengan apa jua cara dan hubungan kepada institusi kebajikan.
BIASISWA
1. Pra ijazah : Anak-anak Johor daripada keluarga miskin yang belajar di UTM Skudai dan UTHM Batu Pahat.
2. Lepas ijazah : Anak-anak Malaysia yang belajar di universiti-universiti tempatan.



PERMOHONAN SEDANG DIBUKA !! 

PRA IJAZAH (UTM & UTHM)

Bidang Pengajian : 

Kejuruteraan, Sains Komputer dan Alam Bina (UTM Skudai).
Kejuruteraan, Sains, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (UTHM Batu Pahat).


Nilai Anugerah :
RM11,000 setahun (tidak termasuk yuran pengajian).


Syarat Kelayakan :
  1. Dilahirkan di Johor. 
  2. Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik; ATAU Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-pusat matrikulasi; ATAU Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas. 
  3. Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM atau UTHM. 
  4. Belum menerima sebarang tawaran biasiswa atau pinjaman. 
Cara Memohon 

  1. Borang permohonan boleh didapati daripada pejabat HEMA UTM Skudai dan HEP UTHM Batu Pahat. Juga boleh dimuat turun di sini (KLIK)
  2. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. 
  3. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. 
  4. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. 
  5. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan. 
Tarikh Tutup: 10 September 2018 ( Isnin ) 

" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html


**LIKE FB SISWA ANAK JOHOR (https://www.facebook.com/MahasiswaJohor)