Monday, September 3, 2018

BIASISWA YAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHOR 2018 (IJAZAH)


LATAR BELAKANG 
Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah sebuah syarikat berhad yang telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos 1984. Yayasan ini ditubuhkan bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association").

OBJEKTIF

Antara Objektif Utama Yayasan adalah mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi tujuan-tujuan berikut :
  1. Kemajuan pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh sistem pendidikan di Malaysia.
  2. Mengukuh, menjaga dan mentadbir dana biasiswa untuk memajukan moral, intelektual dan pendidikan fizikal serta kebajikan kepada pelajar-pelajar yang sepatutnya menerima dan memerlukan.
  3. Memberi anugerah biasiswa untuk pengajian pra ijazah dan lepas ijazah.
  4. Menaja mereka yang memerlukan pertolongan daripada segi moral, tujuan sosial atau kebajikan.
  5. Memberi bantuan dan meringankan dengan apa jua cara dan hubungan kepada institusi kebajikan.
BIASISWA
1. Pra ijazah : Anak-anak Johor daripada keluarga miskin yang belajar di UTM Skudai dan UTHM Batu Pahat.
2. Lepas ijazah : Anak-anak Malaysia yang belajar di universiti-universiti tempatan.



PERMOHONAN SEDANG DIBUKA !! 

PRA IJAZAH (UTM & UTHM)

Bidang Pengajian : 

Kejuruteraan, Sains Komputer dan Alam Bina (UTM Skudai).
Kejuruteraan, Sains, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (UTHM Batu Pahat).


Nilai Anugerah :
RM11,000 setahun (tidak termasuk yuran pengajian).


Syarat Kelayakan :
  1. Dilahirkan di Johor. 
  2. Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik; ATAU Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-pusat matrikulasi; ATAU Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas. 
  3. Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM atau UTHM. 
  4. Belum menerima sebarang tawaran biasiswa atau pinjaman. 
Cara Memohon 

  1. Borang permohonan boleh didapati daripada pejabat HEMA UTM Skudai dan HEP UTHM Batu Pahat. Juga boleh dimuat turun di sini (KLIK)
  2. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. 
  3. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. 
  4. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. 
  5. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan. 
Tarikh Tutup: 10 September 2018 ( Isnin ) 

" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html


**LIKE FB SISWA ANAK JOHOR (https://www.facebook.com/MahasiswaJohor)

0 comments:

Post a Comment