Friday, March 24, 2017

HARI INI DALAM SEJARAH - Tun Abdul Razak melancarkan Persatuan Peladang Kebangsaan


| Hari Ini Dalam Sejarah |

Pada hari ini dalam tahun 1972, Persatuan Peladang Kebangsaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak bin Hussein. Upacara tersebut telah diadakan di Maktab Pertanian Serdang (kini UPM) dengan dihadiri oleh 1,000 orang termasuk ahli-ahli persatuan, pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil-wakil swasta dan duta-duta asing. 

Tujuan penubuhan persatuan ini ialah untuk menyatukan persatuan-persatuan peladang dan mempelbagaikan kegiatan peladang khasnya dalam bidang perniagaan dan perusahaan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. 

Antara matlamat penubuhan Persatuan peladang adalah untuk memajukan taraf ekonomi, memperbaiki taraf hidup golongan peladang, menambah pengetahuan dan kemahiran untuk meninggikan hasil pengeluaran serta menggalakkan kerjasama antara peladang. 

Sebanyak RM4.2 juta telah diberikan oleh kerajaan sebagai modal pusingan persatuan ini. Sejak ditubuhkan, persatuan ini telah menyediakan banyak kemudahan seperti perkhidmatan kredit, membekal barang-barang keperluan ladang dan perkhidmatan pemasaran dengan harga berpatutan. 

Tarikh Peristiwa : 24-03-1972 
Sumber : ANM
Kredit    : NAS 

Monday, March 20, 2017

8 universiti dapat status Swa-akreditasi MQA


PUTRAJAYA 20 Mac - Sebanyak lapan universiti telah mendapat Perakuan Status Swa-akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hari ini.

Universiti-universiti itu termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), International Medical University (IMU) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Status Swaakreditasi itu turut diberikan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Tenaga Nasional (UniTEN) dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, status swaakreditasi merupakan satu perakuan dikeluarkan oleh MQA ke atas universiti yang terbukti mempunyai sistem jaminan kualiti dalaman kukuh dan mantap.

Katanya, perkara itu dipastikan melalui audit institusi yang dilaksanakan oleh MQA.

“Dengan status swaakreditasi ini, senat universiti terbabit diberikan kepercayaan oleh MQA untuk mengkredit sendiri program pengajian melalui sistem kualiti dalaman mereka berpandukan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta standard serta ketetapan oleh MQA dan Kementerian Pengajian Tinggi dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Thursday, March 16, 2017

KUMPULAN KOMPANG "GEMA ISKANDAR" SEMAKIN DIKENALI

11 Mac lalu, kumpulan kompang di bawah Sekretariat ISKANDAR UMP atau lebih dikenali sebagai Gema Iskandar yang dianggotai oleh 11 orang mahasiswa Anak Johor UMP telah menerima jemputan untuk membuat persembahan sempena Program Santai Anak Seni anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP di Teluk Cempedak, Kuantan bersama-sama kumpulan kebudayaan yang lain. 

Turut hadir pada malam itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang YB Dato' Sri Hj Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Naib Canselor UMP Prof Dato' Dr Daing Nasir Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni) Profesor Dato' Dr Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan UMP Encik Abdul Rahman Hj Safie. 
Antara rentak kompang irama yang dipersembahkan mereka ialah lagu Kopi Dangdut, Kenanganku, Pencuri Hati dan Pukulan Berarak. Persembahan tersebut berjaya memukau para penonton sekaligus mendapat pujian daripada orang ramai.

Penglibatan Gema Iskandar ini membuktikan kesenian Johor yang dibawakan semakin dikenali dan diterima masyarakat malah seiring dengan kumpulan-kumpulan kebudayaan lain UMP dalam mempromosikan warisan Johor.

Sesungguhnya bakat kesenian dan kebudayaan seperti ini perlu diiktiraf dan dipupuk supaya identiti bangsa tidak hilang dibawa arus permodenan. Tahniah diucapkan kepada kumpulan kompang Gema Iskandar kerana telah membawa nama ISKANDAR UMP ke tahap yang baharu disamping menghidupkan kembali kesenian kompang yang kian pupus di era kini. - Iskandar UMP 

YPJ-TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR 2017


Dimaklumkan bahawa permohonan bagi Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) 2017 telah dibuka mulai 15hb Mac sehingga 30hb April 2017

1. Syarat Permohonan, Dokumen sokongan dan Cara Memohon Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) 2017 :-

2. Borang Permohonan Online Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) 2017 :-

Keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Bantuan Pendidikan YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjtlkj@gmail.com

Thursday, March 9, 2017

700 mahasiswa hadir Forum 'Be Cara Johor' di UMP Gambang

8 Mac 2017: 
Forum 'Be Cara Johor' di UMP Gambang.

Kehadiran lebih 700 orang mahasiswa. Daripada UMP, UiTM Jengka, PoliSAS dan IPG Kuala Lipis. 
Menampilkan 2 orang Panel, Encik Johan Ropi (CEO IKLAS Johor) dan Encik Sahrihan Jani (Peguam & Ahli BOD Johor Biotech). Moderator oleh Saudara Fazli Mian (Perantis Johor Talent 3). 

Turut hadir, Encik Mohd Najib Samingin (YPJ), Encik Abd Rahman Safei (Penasihat Iskandar UMP dan beberapa pegawai pengiring IPT. 


Terima kasih & tahniah kepada Iskandar UMP selaku urus setia. Semuanya Terbaik ! Semoga kita menjadi Bangsa yg berguna. 

Thursday, March 2, 2017

MAIJ-Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi Dalam Negara Sesi 1 2017


Permohonan Bantuan Pendaftaran Ke Institusi Pengajian Tinggi Dalam Negara telah dibuka sekarang. Mulai 01 hingga 31 Mac 2017
Permohonan online di laman web www.maij.gov.my 
Muat turun Manual Pengguna Permohonan Bantuan IPT secara Online : KLIK SINI