11 Mac lalu, kumpulan kompang di bawah Sekretariat ISKANDAR UMP atau lebih dikenali sebagai Gema Iskandar yang dianggotai oleh 11 orang mahasiswa Anak Johor UMP telah menerima jemputan untuk membuat persembahan sempena Program Santai Anak Seni anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP di Teluk Cempedak, Kuantan bersama-sama kumpulan kebudayaan yang lain.
Turut hadir pada malam itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang YB Dato' Sri Hj Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Naib Canselor UMP Prof Dato' Dr Daing Nasir Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni) Profesor Dato' Dr Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan UMP Encik Abdul Rahman Hj Safie.
Antara rentak kompang irama yang dipersembahkan mereka ialah lagu Kopi Dangdut, Kenanganku, Pencuri Hati dan Pukulan Berarak. Persembahan tersebut berjaya memukau para penonton sekaligus mendapat pujian daripada orang ramai.
Penglibatan Gema Iskandar ini membuktikan kesenian Johor yang dibawakan semakin dikenali dan diterima masyarakat malah seiring dengan kumpulan-kumpulan kebudayaan lain UMP dalam mempromosikan warisan Johor.
Sesungguhnya bakat kesenian dan kebudayaan seperti ini perlu diiktiraf dan dipupuk supaya identiti bangsa tidak hilang dibawa arus permodenan. Tahniah diucapkan kepada kumpulan kompang Gema Iskandar kerana telah membawa nama ISKANDAR UMP ke tahap yang baharu disamping menghidupkan kembali kesenian kompang yang kian pupus di era kini. - Iskandar UMP
0 comments:
Post a Comment