Friday, March 9, 2012

UTHM bakal jadikan Kluang bandar ilmu

Ditulis pada 20 Jan 2012 oleh Portal Rasmi Kerajaan Johor.


JOHOR BAHRU, 19 Jan - Dalam usaha meneroka, membangun serta mengembangkan ilmu pengetahuan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengorak selangkah ke hadapan dengan menubuhkan Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) di Kluang yang menfokuskan konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH).

Monday, March 5, 2012

Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) 2012

Assalamualaikum wbt. Salam Ta'zim. 

Pada 2 hingga 4 Mac 2012 yang lalu, Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) UTM dengan Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia Sukan telah menganjurkan Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) di sekitar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Program mega ini diadakan buat Siri Kedua selepas penganjuran Siri Pertama yang telah berjaya diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia anjuran PERMAJ UKM pada Januari 2011. 


Friday, March 2, 2012

Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ)

1.0 PENGENALAN GAJ 

Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ) merupakan sebuah organisasi induk yang menggabungkan seluruh organisasi kemahasiswaan Johor di IPT seluruh negara yang telah dibentuk sejak tahun 1985. Pembentukannya adalah bertujuan bagi menghimpunkan seluruh organisasi mahasiswa Johor yang terdapat di IPTA dan IPTS seluruh negara untuk bersama di dalam satu entiti gabungan dan bergerak secara bersama melalui setiap agenda dan perancangan.

Sejak ditubuhkan, GAJ bergerak aktif merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program serta usaha-usaha ke arah pembangunan mahasiswa Johor yang intelek dan berwibawa demi melahirkan generasi kepimpinan masa hadapan dan juga membantu mempertingkatkan kemajuan negeri dan negara serta taraf hidup masyarakat Johor khususnya. GAJ telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ) dan juga dibawah Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) serta daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi sebagai sebuah entiti gabungan persatuan mahasiswa Johor IPT.

2.0 MATLAMAT 

Menjalin dan mengeratkan hubungan kesepaduan kemahasiswaan Johor serta sebagai usaha melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berketrampilan dan berwawasan agar dapat mewarisi legasi kepimpinan masa hadapan khasnya untuk negeri tercinta Johor Darul Ta’zim dengan memberi sumbangan khidmat bakti demi kemajuan negeri dan juga tanah air Malaysia.

3.0 OBJEKTIF 

3.1 Menjalin dan mengeratkan hubungan kesepaduan dan kemahasiswaan Johor. 

3.2 Menghimpunkan seluruh mahasiswa Johor melalui pelbagai aktiviti dan program ke arah pembinaan mahasiswa Johor yang intelek dan berwibawa demi membantu pembangunan taraf hidup masyarakat Johor khususnya. 

3.3 Membentuk jati diri dan sahsiah yang hebat dalam kalangan mahasiswa Johor yang memiliki nilai intelektual modal insan kelas pertama bagi melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berketerampilan dan berwawasan. 

3.4 Mendedahkan seluruh mahasiswa Johor terhadap lanskap pembangunan ekonomi, politik dan sosial yang telah dan sedang berlaku di Johor. 

3.5 Memupuk semangat patriotisme terhadap negeri dan negara serta bersedia menyumbang khidmat bakti. 

3.6 Melahirkan tenaga penggerak bagi melaksanakan pelbagai program sama ada di peringkat Negeri Johor mahupun peringkat kebangsaan.

4.0 KEAHLIAN/KEANGGOTAAN

4.1 Keahlian bagi menyertai mana-mana persatuan adalah tertakhluk kepada syarat menjadi ahli mengikut perlembagaan persatuan berkenaan. 

4.2 Keanggotaan di bawah GAJ, mana-mana persatuan sama ada telah berdaftar atau belum berdaftar di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing, boleh memohon untuk menjadi sebuah organisasi gabungan di bawah GAJ. 

5.0 ORGANISASI GABUNGAN 

5.1 Organisasi Berdaftar di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) :

1. Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) UKM

2. Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM

3. Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) UM 

4. Persatuan Kebajikan Anak-anak Negeri Johor (PERKASA JOHOR) UPM

5. Majlis Anak Johor (MAJOR) UPSI 

6. Adhoc Mahasiswa Anak Johor (AMANAH) UUM

7. Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) UTM

8. Sekretariat Anak Johor (SOHOR) UMT

9. Sekretariat Mahasiswa Anak Johor (MAHAJJ) UTHM


5.2 Organisasi Belum Berdaftar di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)  :

1. Mahasiswa Johor UTEM

2. Mahasiswa Johor USIM (MAJU)

3. Sekretariat Anak Johor (SMARTUMP

4. Persatuan Anak Johor UNIMAS (PAJMAS)

5. Persatuan Mahasiswa Johor UMK

6. Sekretariat Anak Johor UNIMAP

7. Persatuan Mahasiswa Johor UiTM

8. Siswa Johor Kolej Teknologi ALPHA

6.0 PROGRAM/AKTIVITI

Sejak GAJ dibentuk dan sehingga kini, pelbagai program & aktiviti telah dianjurkan secara bersama di bawah GAJ. Antaranya ialah:

1. Program Generasi Cemerlang dengan kerjasama YPJ
2. Kursus Rekreasi dan Jati Diri Anak Johor 
3. Khidmat Masyarakat 
4. Majlis Makan Malam Gemilang Anak Johor (MAGAJ)
5. Majlis Berbuka Puasa Anak Johor IPTA Se-Malaysia
6. Pewaris Kepimpinan Iskandar Malaysia (PKIM)
7. Bantuan Bencana Banjir di Johor
8. Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) IPTA 
9. Fiesta Kebudayaan Zapin Johor (FEKAZ) IPTA

7.0 STRUKTUR ORGANISASI 

*Sila klik pautan 'ORGANISASI' di atas. 

8.0 PEJABAT URUSAN 

Sekretariat Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ-PERMAJ),
Paras 3, Bangunan Pusanika,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Faks : 03-8925 3352 (HEP)
E-Mel : siswajohor@gmail.com
Laman web : http://www.mahasiswajohor.my/

Thursday, March 1, 2012

Salam Ta'zim Mahasiswa Johor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Salam Ta'zim. Salam Mesra. 
Salam Perpaduan 1Jati Mahasiswa Johor. 

Sukacita dimaklumkan bahawa blog Gabungan Anak Johor (GAJ) ini diwujudkan sebagai wadah perhubungan dan medium untuk berkongsi dan menyampaikan segala maklumat yang berkaitan kemahasiswaan dan Johor khususnya, serta hal ehwal semasa umumnya. 

Sebelum ini iaitu sejak 2009, GAJ hanya menggunakan FanPages di Facebook sebagai medium rasmi untuk menghubungkan rangkaian mahasiswa Johor di semua IPTA & IPTS di seluruh negara, juga untuk semua mahasiswa anak Johor dan warga Johor berkongsi maklumat dan pandangan. 

Diharapkan dengan wujudnya blog ini, GAJ akan terus mengorak langkah dengan lebih komprehensif dalam melaksanakan peranan dan fungsinya mengumpulkan mahasiswa Johor melalui penganjuran pelbagai program atau aktiviti untuk seluruh mahasiswa Johor dan dapat menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan kepada semua. 

~ GEMILANG ANAK JOHOR ~

Oleh: Penyelaras GAJ 2012/2013.