Thursday, December 28, 2017

DANA DIDIK JAUHAR KIDS - CARUMAN RM50 AKAUN SSPN-i UNTUK BAYI LAHIR DI JOHOR PADA 2018

DANA DIDIK JAUHAR KIDS 


Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama PTPTN dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Jauhar Kids. 

Bermula pada tahun 2018, Kerajaan Negeri akan membantu pembukaan Akaun SSPN-i bernilai RM50 seorang untuk bayi yang dilahirkan di Johor pada tahun 2018. 

Syarat-syarat kelayakan: 

1. Ibu dan Bapa adalah warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada ibu yang lahir di negeri Johor)
2. Bayi yang dilahirkan di negeri Johor mulai 1 Januari 2018
3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan


Borang permohonan boleh diambil di mana-mana kaunter berikut:

1. Wad-wad bersalin hospital utama di seluruh Johor
2. Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Negeri Johor
3. Pejabat PTPTN Cawangan di negeri Johor, atau
4. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, Larkin.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian:
07-2344 355 (ext 223)  ATAU e-mel ypj@johor.gov.my

**Tempoh permohonan adalah dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kelahiran bayi

SSPN-i menawarkan keistimewaan berikut:

1. Pelepasan taksiran cukai hingga RM6,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.

2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.

3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.

4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak.

5. Simpanan dijamin oleh kerajaan.

6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

7. Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i

Tuesday, December 26, 2017

Insentif Khas Geran Sepadan RM500 SSPN1M | #Bajet2018

Insentif Khas Geran Sepadan SSPN1M | #Bajet2018 

** Simpan RM500, PERCUMA RM500 ** 



Apa itu SSPN1M ?

- SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak. 

Apa itu Geran Sepadan RM500 ?
- Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500. 
- Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis). 



Bagaimana untuk mendapatkan insentif RM500 ini ?


Jika anda ada anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun dan bersekolah rendah ; 

- Buka akaun SSPN (jika belum buka) di mana-mana cawangan PTPTN dan buat simpanan bersih mulai Januari 2018 berjumlah RM500. 

- Jika sudah ada akaun SSPN, buat simpanan baharu dalam akaun itu juga dengan jumlah bersih RM500. 


Bilakah insentif GS500 ini diberikan ?

- Insentif GS500 ini akan diberikan (deposit ke dalam akaun SSPN) pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).


Bolehkah insentif GS500 ini dikeluarkan ?

- Insentif GS500 ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun. 
- Maksudnya, simpanan ini akan kekal dalam akaun SSPN sehingga umur anak 18 tahun, barulah boleh dikeluarkan untuk belanja pendidikan anak anda. 

Jadi ibu bapa semua, jangan terlepas dapatkan insentif ini yang berhak untuk masa depan pendidikan anak anda ! 

HEBAHAN DI FACEBOOK PAGE : LINK 

Info lanjut boleh layari : www.lovesspn.com 
Atau merujuk laman ini (KLIK) sebagai sumber rujukan. 

=============
Pesanan Prihatin ini oleh :
Pertubuhan Mahasiswa Johor

**Mohon Sebarkan... Benda baik ini Untuk seluruh negara...