Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

Sunday, February 11, 2018

"Sistem Pendidikan mampu lahir Modal Insan berkualiti" - Zahid

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap di hadapan siswa dan siswi baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Sesi Bersama Kepimpinan Negara Sempena Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu Program Sarjana Muda UTHM, di Parit Raja hari ini. - Foto BERNAMA

BATU PAHAT, 10 Feb : Kerajaan memberi keutamaan terhadap aspek pendidikan negara bagi melahirkan lebih ramai modal insan berketerampilan dan berkualiti. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan juga menyediakan peruntukan besar dalam Bajet setiap tahun khusus untuk pendidikan awal atau pendidikan tinggi negara. 

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan melabur dengan jumlah yang besar dalam pendidikan tinggi kerana mahu Malaysia menjadi negara maju dengan sasaran 60 peratus tenaga kerja memiliki diploma atau ijazah pertama. 

"Kebanyakan pemimpin di negara ini juga lahir dari kejayaan sistem pendidikan negara ini yang dibentuk dengan baik. 

"Pihak yang menuding jari bahawa sistem pendidikan negara kita salah dan tidak berkualiti perlu melihat diri mereka sendiri dan tanya apa yang disumbangkan mereka dalam menambah baik sistem sedia ada. 

"Mana mungkin saya berdiri di hadapan tuan-tuan hari ini jika tanpa sistem pendidikan negara yang baik. Saya sendiri anak seorang ustaz tapi mampu menjadi pemimpin disebabkan pendidikan negara yang disusun begitu baik. 

"Kita harus berterima kasih kepada kerajaan yang sudah membentuk sistem pendidikan yang baik dengan pelbagai kemudahan sehingga mampu mengeluarkan sekian banyak graduan berkualiti," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Pemimpin Negara Sempena Minggu Haluan Siswa (MHS) Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2017/2018, di Dewan Tunku Mahkota Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Naib Canselor UTHM, Prof Dr Wahid Razzaly. 

Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk pembangunan baharu Kampus UTHM Tanjong Laboh. 

Sementara itu, Ahmad Zahid sempat meluangkan masa menziarahi Senator Rahemah Idris di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, di sini. 

Rahemah,59, yang juga Ketua Wanita UMNO Ayer Hitam sejak 2004 itu dikejarkan ke HSNI awal pagi semalam berikutan diserang angin ahmar. 

Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak Disember 2016 itu kini dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan doktor. 

Ahmad Zahid dan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis meluangkan 10 minit bertanya khabar Rahemah selain memberi kata-kata semangat kepadanya. - BH ONLINE

Tuesday, December 26, 2017

Insentif Khas Geran Sepadan RM500 SSPN1M | #Bajet2018

Insentif Khas Geran Sepadan SSPN1M | #Bajet2018 

** Simpan RM500, PERCUMA RM500 ** 



Apa itu SSPN1M ?

- SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak. 

Apa itu Geran Sepadan RM500 ?
- Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500. 
- Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis). 



Bagaimana untuk mendapatkan insentif RM500 ini ?


Jika anda ada anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun dan bersekolah rendah ; 

- Buka akaun SSPN (jika belum buka) di mana-mana cawangan PTPTN dan buat simpanan bersih mulai Januari 2018 berjumlah RM500. 

- Jika sudah ada akaun SSPN, buat simpanan baharu dalam akaun itu juga dengan jumlah bersih RM500. 


Bilakah insentif GS500 ini diberikan ?

- Insentif GS500 ini akan diberikan (deposit ke dalam akaun SSPN) pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).


Bolehkah insentif GS500 ini dikeluarkan ?

- Insentif GS500 ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun. 
- Maksudnya, simpanan ini akan kekal dalam akaun SSPN sehingga umur anak 18 tahun, barulah boleh dikeluarkan untuk belanja pendidikan anak anda. 

Jadi ibu bapa semua, jangan terlepas dapatkan insentif ini yang berhak untuk masa depan pendidikan anak anda ! 

HEBAHAN DI FACEBOOK PAGE : LINK 

Info lanjut boleh layari : www.lovesspn.com 
Atau merujuk laman ini (KLIK) sebagai sumber rujukan. 

=============
Pesanan Prihatin ini oleh :
Pertubuhan Mahasiswa Johor

**Mohon Sebarkan... Benda baik ini Untuk seluruh negara...

Saturday, October 28, 2017

Sorotan Bajet Malaysia 2018 bagi segmen Pendidikan Tinggi


#Bajet2018 

Sorotan menyeluruh Bajet Malaysia 2018 bagi segmen Pendidikan Tinggi :- 

1) Biasiswa melalui JPA, KPT dan KKM : RM2.2 bilion

2) Biasiswa pengajian tinggi dan latihan Majlis Amanah Rakyat (MARA) : RM2.5 bilion

3) Bantuan Baucer Buku RM250 diteruskan.

4) Menaikkan jumlah maksimum pinjaman PTPTN bagi pelajar dari keluarga B40 : RM200 juta

5) Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan pada masa ini.

6) Diskaun bayaran balik PTPTN dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018 :
i. 20% (ditingkatkan drpd 15%) atas baki hutang untuk penyelesaian penuh.
ii. 10% untuk bayaran sekurangnya 50% drpd baki hutang dalam sekali bayaran.
iii. 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji / direct debit mengikut jadual.

7) MyBrain15 untuk manfaat 10,600 orang penuntut Sarjana & PhD yang layak : RM90 juta

8) Geran Penyelidikan dan Pembangunan kepada IPTA : RM400 juta

9) Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET : RM4.5 juta

10) Pengambilan baharu dari kalangan kaum India ke IPTA dan Penjawat Awam ditingkatkan kepada 7%.

11) Khas Orang Asli: Bantuan pengajian RM3 ribu kepada ibu bapa bagi perbelanjaan persediaan anak-anak ke IPTA.

12) MARA Graduate Employability Training Scheme (GETS) : RM200 juta


IKUTI UCAPAN PENUH BAJET 2018 OLEH YAB PERDANA MENTERI : 
https://www.najibrazak.com/bm/blog/ucapan-bajet-2018/ 

SOROTAN PENUH BAJET 2018 : 
https://bajet2018.najibrazak.com/kategori

**LIKE --> FB SISWA ANAK JOHOR (https://www.facebook.com/MahasiswaJohor)

=============
Disediakan oleh :
Pertubuhan Mahasiswa Johor 

Layari http://www.mahasiswajohor.my/
Join channel https://t.me/mahasiswajohor

Sunday, December 27, 2015

"Beri Peluang Kepada Perdana Menteri Selesaikan Isu Rakyat." - Sultan Ibrahim


JOHOR BAHRU, 27 Dis - Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi peluang seperti perdana menteri terdahulu yang juga melakukan kesilapan.

Friday, September 28, 2012

BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013)


Pembentangan Belanjawan 2013 (BAJET 2013) oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen pada 28 September 2012.

Berikut adalah antara kandungan Bajet 2013 yang di"HIGHLIGHTS"kan.

FOKUS 1: MENGARANG AKTIVITI PELABURAN

Insentif Untuk Nelayan

12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan - manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan - perlindungan hingga RM100,000

FOKUS 2: MEMPERKASA PENDIDIKAN & LATIHAN
Memperkasa Pendidikan Dan Latihan