Saturday, October 28, 2017

Sorotan Bajet Malaysia 2018 bagi segmen Pendidikan Tinggi


#Bajet2018 

Sorotan menyeluruh Bajet Malaysia 2018 bagi segmen Pendidikan Tinggi :- 

1) Biasiswa melalui JPA, KPT dan KKM : RM2.2 bilion

2) Biasiswa pengajian tinggi dan latihan Majlis Amanah Rakyat (MARA) : RM2.5 bilion

3) Bantuan Baucer Buku RM250 diteruskan.

4) Menaikkan jumlah maksimum pinjaman PTPTN bagi pelajar dari keluarga B40 : RM200 juta

5) Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan pada masa ini.

6) Diskaun bayaran balik PTPTN dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018 :
i. 20% (ditingkatkan drpd 15%) atas baki hutang untuk penyelesaian penuh.
ii. 10% untuk bayaran sekurangnya 50% drpd baki hutang dalam sekali bayaran.
iii. 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji / direct debit mengikut jadual.

7) MyBrain15 untuk manfaat 10,600 orang penuntut Sarjana & PhD yang layak : RM90 juta

8) Geran Penyelidikan dan Pembangunan kepada IPTA : RM400 juta

9) Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET : RM4.5 juta

10) Pengambilan baharu dari kalangan kaum India ke IPTA dan Penjawat Awam ditingkatkan kepada 7%.

11) Khas Orang Asli: Bantuan pengajian RM3 ribu kepada ibu bapa bagi perbelanjaan persediaan anak-anak ke IPTA.

12) MARA Graduate Employability Training Scheme (GETS) : RM200 juta


IKUTI UCAPAN PENUH BAJET 2018 OLEH YAB PERDANA MENTERI : 
https://www.najibrazak.com/bm/blog/ucapan-bajet-2018/ 

SOROTAN PENUH BAJET 2018 : 
https://bajet2018.najibrazak.com/kategori

**LIKE --> FB SISWA ANAK JOHOR (https://www.facebook.com/MahasiswaJohor)

=============
Disediakan oleh :
Pertubuhan Mahasiswa Johor 

Layari http://www.mahasiswajohor.my/
Join channel https://t.me/mahasiswajohor

Wednesday, October 25, 2017

KONSERT AMAL SOUL REVOLUTION bersempena Festival Konvokesyen UTHM 2017

Julung kalinya UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA menampilkan barisan artis terkemuka tanah air di dalam KONSERT AMAL SOUL REVOLUTION bersempena Festival Konvokesyen UTHM 2017 !


" SOUL REVOLUTION CHARITY CONCERT "

01 NOVEMBER 2017 (RABU) 
8.00 MALAM 
DEWAN SULTAN IBRAHIM, UTHM BATU PAHAT 

Pemilik tiket bertuah berpeluang memenangi Pas MEET & GREET ! 

Jangan lepaskan peluang ini !!
**Tertakhluk kepada T&C.


Dapatkan tiket anda segera ! 
Hubungi nombor yang tertera atau klik pada pautan dibawah :- 
Tempahan tiket : https://goo.gl/forms/4wguwwAXpIf5UuqB3

Pertanyaan lanjut klik pautan whatsapp dibawah : .
📱 : https://goo.gl/G1mKga
☎ : 012-7067565
☎ : 017-2827169




Ayuh semua dapatkan tiket anda sebelum kehabisan. 

' Very limited tickets available ' 
' A portion of ticket purchase will go towards less fortunate students and Cancer Organisation Johor i-Care Society. ' 

Sunday, October 15, 2017

"MAHASISWA, DAFTARLAH SUKARELAWAN SKUAD IHSAN JOHOR !"

[ PENDAFTARAN SUKARELAWAN SKUAD IHSAN JOHOR KINI DIBUKA ‼ ]

Assalamualaikum, Salam Muafakat Johor

Kini kami membuka pendaftaran sukarelawan unit khas "SKUAD IHSAN JOHOR" untuk persediaan menghadapi fenomena banjir dan bencana alam.

AYUH ! Sertai kami ‼

Anda akan diberikan latihan dan pendedahan awal persiapan dalam melaksanakan Misi Bencana apabila berlakunya Banjir, Kebakaran dan Sebagainya !

Anda juga berpeluang berkerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan negara. Jangan lepaskan peluang ! 

Maklumat lanjut dan Pendaftaran, sila klik sini : http://bit.ly/IhsanJohorSquad
Atau boleh hubungi : Encik Faisal di talian 011-23797317

====================================
HEBAHAN & PESANAN INI DICETUSKAN BERSAMA Oleh : 

- Pertubuhan Ihsan Johor & Pertubuhan Mahasiswa Johor

#skuadihsanjohor #ihsanjohor #ihsanjohorrangers #muafakatjohor #johorberkemajuan #teamjohor #volunteerSIJ #mahasiswajohor #mahasiswaprihatin

Friday, October 13, 2017

"SIMPOSIUM MAHASISWA JOHOR" Siri 2: Zon Pantai Timur

SATU LAGI PROGRAM UNTUK PARA MAHASISWA JOHOR SEMESTER INI 

"Simposium Mahasiswa Johor" 
Siri 2 : Zon Pantai Timur 

Panggilan untuk semua Mahasiswa Johor di Pantai Timur !!!

Ayuh sama-sama kita ke program :

SIMPOSIUM MAHASISWA JOHOR 2017 (Zon Pantai Timur)

Pada ketetapan berikut:

Tarikh : 28/10/2017 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang.

Mari bersama-sama kita dapatkan input mengenai perihal pencapaian & kemajuan negeri Johor oleh panel yang didatangkan khas daripada Negeri Johor.

Pendedahan mengenai peluang dan inisiatif turut dikongsikan bersama khusus untuk Mahasiswa Johor.

Pendedahan tentang kesedaran dalam kalangan Mahasiswa Johor berkaitan proses pilihanraya & Sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita.

Istimewa disediakan untuk para peserta :

✅ Sijil Penyertaan
✅ Cenderahati program
✅ Merit universiti/institusi
✅ Makanan
✅ Pengangkutan
✅ Hadiah games



Penyertaan adalah PERCUMA !!!
Penyertaan adalah PERCUMA !!!


Ayuh daftar sekarang penyertaan anda melalui wakil IPT berikut :

UMP & IPT LAIN DI PAHANG :

1. LYANA (011-28719456)
2. FARHAN (017-7189658)
Link pendaftaran untuk IPT di Pahang : https://goo.gl/forms/p8zkMPnxYm7rY3AF3

UMT & IPT LAIN DI TERENGGANU :

1. NINA (019-7617454)
2. LUKMAN (017-7384151)
Link pendaftaran utk IPT di Terengganu : https://goo.gl/forms/v4DxSTn1tdCNbkwf1

UMK & IPT LAIN DI KELANTAN :

1. SOLIHEN (0127595347)
Link pendaftaran untuk IPT di Kelantan : https://goo.gl/forms/8Y2ak18SYQPeNs9h2


======================================

DIANJURKAN BERSAMA OLEH :
Pertubuhan Ihsan Johor dan Pertubuhan Mahasiswa Johor

#PMJ #TEAMJOHOR
#IMPACTJOHOR #IHSANJOHOR
#MAHASISWAJOHOR #GENERASITAKZIM

Tuesday, October 3, 2017

Tabung Pendidikan Sarjana PDT 2018

Berita Baik buat Penuntut Sarjana Anak Johor ‼ 


Kerajaan Johor melalui Permodalan Darul Ta'zim (PDT) membuka sekali lagi Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT. 

Jangan ketinggalan utk hadir ke Tapak Pameran PDT di Ekspo Johor Berkemajuan 2017 ‼


#TabungPDT #Sarjana #BiasiswaJohor

KEMASKINI 16 OKTOBER 2017 


Berikut kami perincikan pautan web untuk memuatturun Borang PDT 2018 ini selepas ramai yang feedback kami, tidak jumpa pautan web :

1. Pautan web : - http://muafakatjohor.com/tabung-pendidikan-sarjana-pdt-2018/

2. Pautan Muat turun : Borang Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT 2018
http://muafakatjohor.com/wp-content/uploads/2017/10/Borang-Permohonan-Tabung-Pendidikan-Sarjana-PDT-2018.pdf


3. Pautan Muat turun : Borang Pengesahan Pendapatan Ibubapa
http://muafakatjohor.com/wp-content/uploads/2017/10/Borang-Pengesahan-Pendapatan-Ibubapa-TPS-2018.pdf


Selamat maju jaya !

===================
Hebahan permohonan yg dibuka pd Feb 2017 lalu :
http://www.mahasiswajohor.my/2017/01/tabung-pendidikan-sarjana-pdt-2017.html

Monday, October 2, 2017

KPYPJ Meterai MoU, Latih Tenaga Kerja Projek RAPID


JOHOR BAHRU, 1 Okt. – Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan lapan penyedia latihan dan 10 majikan daripada industri minyak dan gas bagi menyediakan tenaga kerja untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang. 


Selain itu, KPYPJ melantik lapan kontraktor utama RAPID sebagai Penasihat Jawatankuasa Teknikal bagi memantau kursus jangka pendek agar mengikut piawaian yang ditetapkan. 

Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KPYPJ, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata langkah itu bertujuan untuk membolehkan rakyat Johor dapat mengambil manfaat daripada pelaburan dan kehadiran syarikat di negeri ini. 

Beliau berkata, usaha untuk mengupayakan masyarakat perlu dilakukan dan ia sebenarnya cabaran yang lebih besar. 

“Mereka harus difahamkan bahawa tiada jalan pintas (untuk berjaya), tetapi perlu ilmu, kemahiran dan latihan. 

“Kita mahu semua pekerjaan ini dapat diambil manfaat oleh rakyat Johor dan kita yakin mereka boleh memenuhi peluang pekerjaan yang ada,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan MoU Di Antara KPYPJ dan Organisasi Industri Minyak dan Gas di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Dato’ Zulkurnain Kamisan dan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul Rashid A Rahman. 

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, penyediaan tenaga kerja industri minyak dan gas di Pengerang sememangnya adalah tumpuan, komitmen dan iltizam Kerajaan Negeri. 

“Jika tidak, rakyat Johor hanya akan jadi ‘penonton’ dan mendatangkan masalah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan. 

“Mereka juga dibimbangi akan mempunyai persepsi tidak betul seolah-olah pelaburan dan pekerjaan yang wujud adalah untuk orang luar akibat kebencian yang ditimbulkan sesetengah pihak terhadap kerajaan,” katanya. 

Mengenai kursus itu, Mohamed Khaled berkata, latihan itu tidak begitu membebankan kerana kebanyakkannya mengambil masa satu hingga dua bulan saja. 

“Permulaan gaji bagi mereka yang berkemahiran paling minima ialah RM1,500 hingga RM1,800 untuk juruteknik, manakala inspektor pemasangan perancah pula RM4,000,” katanya sambil menjelaskan kerajaan akan berusaha untuk mengubah pemikiran rakyat dalam aspek itu. 

Beliau berkata, bidang kemahiran sebenarnya mempunyai laluan kerjaya lebih baik dan sebagai alternatif kepada bidang akademik. 

Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata institusi pendidikan dan latihan tidak seharusnya terpisah daripada pihak industri. 

“Kerjasama dan sinergi sebegini boleh menjadi salah satu instrumen tanggungjawab sosial korporat yang baik dan bermakna. 

“Ini adalah permulaan baik kepada institusi seperti KPYPJ untuk menjadi peneraju dalam melahirkan graduan berkemahiran yang diiktiraf,” katanya. 

Setakat ini, KPYPJ telah melatih 276 orang dan kesemuanya telah menyertai industri terbabit. 

RAPID Pengerang memerlukan tenaga kerja mahir seramai 54,000 orang dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran, apabila ia siap dan beroperasi sepenuhnya pada 2019. 

Pertama Kali Dalam Sejarah ! Diskaun Hebat Untuk Peminjam YPJ !



Berita Baik Untuk Semua Peminjam YPJ !

Bersempena #EkspoJohorBerkemajuan pada 06 hingga 14 Oktober 2017 ini, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menawarkan DISKAUN 50% bagi pembayaran balik pinjaman YPJ secara penuh sepanjang tempoh tersebut. 

Jadi jangan lepaskan Tawaran ISTIMEWA ini !

DISKAUN 50% ‼
DISKAUN 50% ‼
DISKAUN 50% ‼

Hanya pada 06 hingga 14 Oktober 2017 sahaja ! 

Kunjungi booth pameran YPJ di lokasi Ekspo Johor Berkemajuan 2017, di Dataran Mahkota, Kota Iskandar. 

Maklumat lanjut layari : www.ypj.gov.my sekarang ATAU ;

Whatsapp untuk semak baki pinjaman anda :

011 - 1147 9753 | 011 - 1148 9753 | 018 - 874 9753



===============================
Baca juga : KARNIVAL KERJAYA JOHOR

Sunday, October 1, 2017

Lebih 700 orang Sertai Simposium Mahasiswa Johor Zon Utara !!

MAHASISWA JOHOR ZON UTARA MANTAP !!! 

Lebih 700 orang Mahasiswa Johor menyertai Simposium Mahasiswa Johor bagi Siri 1: Zon Utara pada Sabtu, 16 September 2017 baru-baru ini di kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM). 

Masing-masing peserta adalah daripada USM, UniMAP, UUM dan IPT di sekitar Zon Utara. Tahniah ! 


Simposium Mahasiswa Johor (Zon Utara) ini menampilkan barisan panel yang diundang khas membawa tajuk-tajuk menarik : 

- YBhg. Prof. Madya Dr Kassim bin Thukiman 
  Pengarah Penerbit UTM aka Pakar Sejarah Johor 
  "Aluan pembukaan & Menyingkap Sejarah Kegemilangan Johor" 

- YBhg. Tuan Haji Wan Nazrudean bin Mohd Noor 
  Timbalan Presiden Indeks Penilaian Prestasi (INPRES) 
  Pemodalan Darul Takzim 
  "Perancangan Dasar, Inisiatif Pembangunan Johor & Pencapaian Semasa Negeri Johor" 

- YBhg. Prof. Dato' Dr. Adnan Hussein 
  Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM 
  "Kesedaran Pilihanraya: Generasi Milenia Penentu Transformasi Nasional" 

- YBhg. Dato' Kolonel (K) Armand Azha Hj Abu Hanifah 
  Timbalan Pengerusi Giatmara Malaysia 
  "Sukarelawan Elektoral: Susuk Tubuh Menabur Bakti" 


Terima kasih kepada semua para peserta termasuk barisan panel. 
Terima kasih kepada pengurusan USM di atas kerjasama diberikan bagi menjayakan program ini. 
Terima kasih & penghargaan kepada; IKATAN MAHASISWA/I JOHOR (IKMAR) USM, Adhoc Mahasiswa Anak Johor UUM dan Pertubuhan Mahasiswa Johor (PMJ) Cawangan UniMAP. 


Nantikan seterusnya di Zon-zon lain seluruh negara. Sentiasa dapatkan update terkini daripada kami... 


#teamjohor #impactjohor 
#ihsanjohor #pmj #mahasiswajohor 
#ikmarusm #gemajunimap #amanahuum #generasitakzim