Tuesday, February 25, 2014

Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) 2014


KARNIVAL SUKAN ANAK JOHOR (KSAJ) atau KSAJ adalah antara program mega yang dianjurkan secara tahunan di bawah Sekretariat Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ).

Acara yang dianjurkan pada setiap tahun iaitu pada semester kedua bagi tahun akademik berkenaan adalah program yang melibatkan penyertaan seluruh Mahasiswa Johor di setiap universiti yang mempunyai Persatuan atau Kelab Anak Johor dan berdaftar sebagai organisasi gabungan di bawah Sekretariat GAJ.

Tuesday, February 4, 2014

DUTA JAUHAR - MAHASISWA JOHOR PRIHATIN


PENGENALAN

1. Duta Jauhar - Mahasiswa Johor Prihatin adalah satu program cetusan idea YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa.

2. Satu program inisiatif yang merentasi agensi kerajaan dengan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang melibatkan Mahasiswa Johor untuk melaksanakan aktiviti yang bakal memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat.