Tuesday, August 30, 2016

Mahasiswa perlu memanfaat pendidikan negara


JOHOR BAHRU, 30 Ogos - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memanfaat pendidikan negara yang secara tidak langsung dapat menterjemahkan Malaysia sebagai sebuah negara yang produktif, sekali gus memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan mahasiswa yang holistik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha IPT bagi melahirkan individu yang berjaya, seiring dan terus berkembang dengan pembangunan negara.

"Pencapaian memasuki IPT adalah berbekalkan hasil jerih perih usaha, sikap dan kebijaksanaan bagi menyambung pengajian yang lebih tinggi, yang mana inilah langkah permulaan kepada sebuah perjalanan bagi menuntut ilmu dalam kelasnya yang tersendiri," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan, pada majlis perasmian Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sesi 2016/2017 di Dewan Sultan Iskandar, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abdul Aziz. - BERITA HARIAN

Monday, August 1, 2016

Pinjaman YPJ bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam 2016


PERMOHONAN PINJAMAN YPJ (DALAM NEGARA)
BIL 4/2016 | TARAF IJAZAH SARJANA MUDA
- UNIVERSITI AWAM SAHAJA
Dimaklumkan bahawa Permohonan Pinjaman YPJ bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Bil 4/2016 telah dibuka mulai 17 OGOS sehingga 17 SEPTEMBER 2016.