Monday, April 30, 2012

Fiesta Kebudayaan Zapin Johor (FEKAZ) IPTA 2012

Assalamualaikum wbt. Salam Ta'zim. 

Fiesta Kebudayaan Zapin Johor IPTA 2012 (FEKAZ
Pada 28-29 April 2012, di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


FEKAZ adalah acara berbentuk pertandingan tarian Zapin Johor dan juga bengkel asas tarian zapin. Penganjuran ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak Johor seluruh IPTA melalui elemen kebudayaan selain untuk membangkitkan keprihatinan belia siswa Johor bagi mempromosi dan mengembangkan Kebudayaan Zapin yang sinonim dengan negeri Johor.

Tuesday, April 10, 2012

Majlis Makan Malam Menteri Besar Bersama Anak Johor IPTA 2012

Assalamualaikum wbt. Salam Ta'zim. 

Majlis Makan Malam Menteri Besar bersama Anak Johor IPTA 
Pada 7 April 2012, di New York Hotel, Johor Bahru.


Majlis ini adalah anjuran bersama Gabungan Anak Johor (GAJ) IPTA, Sekretariat Anak Johor (SOHOR) UMT, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Kerajaan Negeri Johor. Kira-kira 1000 orang mahasiswa Johor dari 12 buah IPTA; UMT, UKM, UPM, USM, UPSI, UUM, UTM, UM, UTHM, USIM, UMP dan UiTM telah hadir pada program ini dan turut mendengar taklimat ringkas oleh wakil Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengenai Iskandar Malaysia dan peluang pekerjaan yang ditawarkan.