Tuesday, April 10, 2012

Majlis Makan Malam Menteri Besar Bersama Anak Johor IPTA 2012

Assalamualaikum wbt. Salam Ta'zim. 

Majlis Makan Malam Menteri Besar bersama Anak Johor IPTA 
Pada 7 April 2012, di New York Hotel, Johor Bahru.


Majlis ini adalah anjuran bersama Gabungan Anak Johor (GAJ) IPTA, Sekretariat Anak Johor (SOHOR) UMT, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Kerajaan Negeri Johor. Kira-kira 1000 orang mahasiswa Johor dari 12 buah IPTA; UMT, UKM, UPM, USM, UPSI, UUM, UTM, UM, UTHM, USIM, UMP dan UiTM telah hadir pada program ini dan turut mendengar taklimat ringkas oleh wakil Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengenai Iskandar Malaysia dan peluang pekerjaan yang ditawarkan.


YAB Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman hadir bersama barisan exco negeri, antaranya YB Datuk Maulizan Bin Bujang (Exco Pengajian Tinggi Johor), YB Md Jais Sarday (Exco Belia dan Sukan Johor) dan YB Dato' Hj Obet Bin Tawil (Setiausaha Kerajaan Johor) yang tiba dari Batu Pahat sempena lawatan YAB Perdana Menteri ke sana. Turut bersama, Pengurus Besar YPJ beserta pegawai-pegawainya dan barisan pegawai kanan negeri serta pegawai-pegawai Iskandar Malaysia.





Selesai majlis makan malam, diadakan satu pertemuan tertutup antara Menteri Besar dengan wakil-wakil anak Johor dari setiap IPTA. Pelbagai perkara telah diajukan kepada beliau, iaitu isu-isu yang berkaitan mahasiswa Johor. Daripada soal pembiayaan pengajian (pinjaman & biasiswa), peluang pekerjaan, hubungan kerajaan negeri dengan mahasiswa, isu pembangungan negeri, sehinggalah isu-isu kemasyarakatan. 

Pada keesokan pagi 8 April 2012 (Ahad), semua peserta dengan menaiki kenderaan masing-masing (bas & kereta) telah berkonvoi bergerak ke Danga Bay, Kota Iskandar dan Johor Premium Outlet sebelum pulang ke destinasi masing-masing. - Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT

>>Lagi gambar: Lihat Album Pages

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment