Assalamualaikum wbt. Salam Ta'zim.
Fiesta Kebudayaan Zapin Johor IPTA 2012 (FEKAZ)
Pada 28-29 April 2012, di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
FEKAZ adalah acara berbentuk pertandingan tarian Zapin Johor dan juga bengkel asas tarian zapin. Penganjuran ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak Johor seluruh IPTA melalui elemen kebudayaan selain untuk membangkitkan keprihatinan belia siswa Johor bagi mempromosi dan mengembangkan Kebudayaan Zapin yang sinonim dengan negeri Johor.
FEKAZ kali pertama ini mendapat penyertaan Siswa Siswi Johor daripada 7 buah IPTA (USM, UKM, UPM, UMT, UTHM, USIM dan UiTM Shah Alam), walaupun pada awalnya penyertaan dijangka daripada 12 buah IPTA dan beberapa IPTS yang menyatakan hasrat untuk menyertai. Namun pada saat-saat akhir, penyertaan terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab, termasuk masalah pengangkutan bas dari kampus masing-masing.
Bertemakan "Kelestarian Semarak Kebudayaan", FEKAZ turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hj Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor.
TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG.
Johan; Siswa Anak Johor UiTM (Shah Alam), Naib Johan; Sekretariat Anak Johor (SOHOR), Universiti Malaysia Terengganu, dan Tempat Ketiga; Siswa Anak Johor Universiti Sains Islam Malaysia.
Kami di pihak penasihat dan penyelaras GAJ IPTA melihat penganjuran ini merupakan satu lagi kejayaan besar Mahasiswa Johor kerana FEKAZ muncul sebagai program mega ketiga yang dianjurkan di bawah GAJ pada tahun 2012 ini, selepas Karnival Sukan Anak Johor Siri Ke-2 di UTM Skudai pada Mac lalu dan Majlis Makan Malam Bersama Menteri Besar di Johor Bahru pada April lepas.
Kesemua program mega ini akan terus dilaksanakan secara bergilir oleh setiap Persatuan Mahasiswa Johor yang sedia wujud di IPT.
SYABAS dan TAHNIAH kepada IKMAR USM selaku penganjur rasmi FEKAZ 2012. Tahniah juga kepada semua peserta Mahasiswa Johor dari UKM, UPM, UMT, UTHM, USIM dan UiTM.
Delegasi IKMAR USM
Delegasi PERMAJ UKM
Delegasi Perkasa Johor UPM
Delegasi SOHOR UMT
Delegasi Siswa Johor USIM
Delegasi Siswa Johor UiTM Shah Alam
Delegasi Siswa Johor UTHM
INSYA-ALLAH, penganjuran akan datang bakal dilaksanakan pula oleh rakan-rakan dari Persatuan Kebajikan Anak Negeri Johor (PERKASA JOHOR), Universiti Putra Malaysia. - Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT
" KELESTARIAN SEMARAK KEBUDAYAAN "
Saksikan rakaman video FEKAZ. (Ihsan UMT)
0 comments:
Post a Comment