Sunday, July 30, 2017

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

TAHNIAH ! Selamat maju jaya kepada anak-anak Johor yang bakal melanjutkan pengajian tinggi walau dimana sahaja. 

Ikhlas: Pertubuhan Mahasiswa Johor 

-------------- 
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018 

Untuk makluman, semakan keputusan bagi Program Lepasan STPM/setaraf Sesi Akademik 2017/2018 boleh mula dibuat pada :- 

3 OGOS 2017 (KHAMIS) | 12.00 TENGAH HARI

Semakan boleh dilakukan di portal rasmi UPU dan juga institusi berkaitan:


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi talian helpline (03) 8870 8200. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

Atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/


#MuafakatMahasiswaJohor 
#TeamMahasiswaJohor 
#TeamJohor 
#SoaringUpwards

Saturday, July 29, 2017

Pertemuan Pimpinan Mahasiswa Johor bersama YB Datuk Haji Md Jais Sarday & Ihsan Johor

29 Jul 2017, 01.00PM : 

Berlangsung pertemuan ringkas pimpinan mahasiswa Johor daripada 13 universiti & 3 daerah (Kulai, Segamat, Spg Renggam) diketuai oleh Setiausaha Pertubuhan Mahasiswa Johor, Mohd Najib Bin Samingin bersama Exco kanan Kerajaan Johor, YB Datuk Haji Md Jais Sarday dan Encik Azhar Zainal Abidin, Pengarah Pentadbiran Pertubuhan Ihsan Johor di M-Suite Hotel, Johor Bahru. 


Antara topik yang dibicarakan ialah ; peluang-peluang kerja di Johor untuk graduan Johor, penganjuran program-program pendidikan & kesukarelawanan yg lebih giat & rancak, dan cadangan mewujudkan platform tertinggi bagi mahasiswa Johor melontarkan idea, pandangan & usul kepada Kerajaan Johor.


Ini semua seiring dengan hasrat YAB Dato' Menteri Besar dalam menuju & mencapai Gagasan Johor Berkemajuan. - PMJ



#TeamMahasiswaJohor

Sunday, July 23, 2017

IKMAR USM: Luaskan Pasaran Produk Anda dengan BIZ@UTARA


Berita Baik buat semua Rakyat Johor !! 

Adakah anda mempunyai produk seperti 
Kerepek, Cookies, Frozen Foods, Makanan Ringan, Makanan/minuman Kesihatan ? Atau apa sahaja ? Produk IKS ? Produk Desa ? Produk Komuniti ?

Dengan syarat setiap produk tersebut adalah ASLI daripada anda.

Ikatan Mahasiswa Johor (IKMAR) Universiti Sains Malaysia kini melancarkan BIZ@UTARA untuk membantu Usahawan Rakyat Johor meluaskan lagi pasaran produk di serata Utara Tanah Air.

Bagaimana caranya ?
Nak tahu lebih lanjut ?


Hantarkan makluman berikut melalui whatsapp 014-3193020 (Fatimatul) :-
a) Nama anda
b) Alamat atau lokasi anda
c) Nama perniagaan
d) Produk anda beserta keterangan
e) Gambar produk yang menarik 


Ya mudah sangat kan ?!

Ada bayaran ke ?

Pastinya PERCUMA*
Dengan bantuan crew IKMAR kami akan membantu anda. 
Apa tunggu lagi tu ?!
Hubungi kami dan anda berpeluang untuk mengembangkan perniagaan anda.

SEBARKAN KEPADA RAKAN - MAKCIK - MAK BAPAK - KAWAN - JIRAN SEBELAH !!

Pastinya Untuk Membantu Rakyat Johor & Mendokong Saranan Menteri Besar kita...

*Terma dan syarat 

Thursday, July 20, 2017

"Pimpinan Mahasiswa Johor hadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ihsan Johor"

19 Julai 2017 

Kepimpinan mahasiswa Johor seramai 22 orang daripada USM, UTM, UPM, UPSI, UMP, UMT, USIM, UNIMAP & UNIMAS telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pertubuhan Ihsan Johor di Jalan Straits View, Johor Bahru, petang semalam.





Terima kasih Ihsan Johor di atas jemputan ini.
Semoga muafakat bersama ini dapat diperkukuhkan lagi.. 

Persatuan Kebajikan Anak-anak Negeri Johor UPM 
Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) 
IKATAN MAHASISWA/I JOHOR (IKMAR) USM 
Sekretariat Anak Johor UMT 
Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI 
Mahasiswa Anak Johor Usim -Maju- 
Ikatan Siswa Anak Darul Ta'zim UMP 
Muafakat Anak Johor UNIMAS - MAJU

Monday, July 10, 2017

15 pelajar Kolej YPJ terima Biasiswa MB Johor

DATUK Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) diiringi Adun Pasir Raja, Datuk Seri Dr Adham Baba (tujuh dari kanan) bergambar bersama penerima biasiswa Menteri Besar Johor ketika Majlis Rumah Terbuka Kumpulan Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) di Kolej YPJ, Bandar Akademi YPJ, Jalan Kulai-Kota Tinggi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
KOTA TINGGI, 9 Julai : Seramai 15 pelajar terpilih menerima Biasiswa Menteri Besar Johor daripada Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor Sdn Bhd (KPYPJ) bagi menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia adalah tahun kedua KPYPJ menyalurkan biasiswa kepada pelajar terpilih yang bermula sejak tahun lalu dengan seramai tujuh penerima. 

Katanya, tahun ini menyaksikan peningkatan seramai 15 pelajar dan usaha yang dilaksanakan KPYPJ itu juga selari dengan syarat yang diletakkan Kementerian Pengajian Tinggi. 

"Biasiswa ini membolehkan pelajar yang menerimanya ditanggung segala perbelanjaan pengajian daripada bermula mereka memulakan pengajian sehingga tamat. 

"Kita akan terus mantapkan KPYPJ sama ada terus galakkan kerjasama dengan institusi lain dan akan lihat kepada segala ruang untuk meningkat dan memantapkan lagi penyediaan tawaran pengajian di sini," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Kumpulan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di Kolej YPJ, Bandar Akademi YPJ, di sini hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique; Pengurus Besar YPJ, Ab Wahad Ridwan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor Sdn Bhd (KPYPJ) , Rashid A Rahman. 

Penerima biasiswa, Siti Najiha Jamjati, 18, berkata, beliau bersyukur dan gembira terpilih menerima Biasiswa Menteri Besar daripada KPYPJ dan berharap dengan bantuan itu dapat memudahkannya melanjutkan pengajian. 

"Saya anak kedua daripada tiga adik beradik dan rasa bersyukur serta gembira menerima bantuan ini. Harap dengan bantuan ini saya dapat meneruskan cita-cita saya menjadi guru," katanya yang kini sudah melanjutkan pengajian dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Sementara itu, penuntut Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) UTM, Nur Izati Aziz, 18, berkata biasiswa yang diterima itu sememangnya dapat membantu meringankan bebanan keluarga membiayai yuran pengajiannya. 

"Ayah saya bekerja sebagai polis bantuan di Bekok, Segamat dan saya anak kedua daripada lima beradik, jadi sedikit sebanyak ia dapat meringankan bebanan ayah membiayai segala perbelanjaan pengajian saya," katanya. - Berita Harian

Tuesday, July 4, 2017

BIASISWA YAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHOR 2017


Latar Belakang

Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah sebuah syarikat berhad yang telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos 1984. Yayasan ini ditubuhkan bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association"). 

Objektif 
Antara Objektif Utama Yayasan adalah mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi tujuan-tujuan berikut :
  1. Kemajuan pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh sistem pendidikan di Malaysia.
  2. Mengukuh, menjaga dan mentadbir dana biasiswa untuk memajukan moral, intelektual dan pendidikan fizikal serta kebajikan kepada pelajar-pelajar yang sepatutnya menerima dan memerlukan.
  3. Memberi anugerah biasiswa untuk pengajian pra ijazah dan lepas ijazah.
  4. Menaja mereka yang memerlukan pertolongan daripada segi moral, tujuan sosial atau kebajikan.
  5. Memberi bantuan dan meringankan dengan apa jua cara dan hubungan kepada institusi kebajikan.
Biasiswa
1. Pra ijazah - anak-anak Johor daripada keluarga miskin yang belajar di UTM Skudai dan UTHM Batu Pahat.
2. Lepas ijazah - anak-anak Malaysia yang belajar di universiti-universiti tempatan.

PERMOHONAN : 

1. PRA IJAZAH (UTM Skudai & UTHM Batu Pahat Sahaja)

Bidang Pengajian 
UTM Skudai : Kejuruteraan, Sains Komputer dan Alam Bina 
UTHM Batu Pahat : Kejuruteraan, Sains, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat 

Nilai Anugerah 
RM11,000 setahun (tidak termasuk yuran universiti). 

Syarat Kelayakan 
  1. Dilahirkan di Johor. 
  2. Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik; ATAU Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-pusat matrikulasi; ATAU Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas. 
  3. Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM atau UTHM. 
  4. Belum menerima sebarang tawaran biasiswa atau pinjaman. 
Cara Memohon 
Borang permohonan boleh didapati daripada pejabat HEP, UTM Skudai dan UTHM Batu Pahat. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan. 

Tarikh Tutup: Telah ditutup dan akan dibuka semula pada Ogos/September 2017. 


2. LEPASAN IJAZAH (Universiti-universiti Awam Tempatan) 

Bidang Pengajian 
Kejuruteraan, Sains, Matematik & Undang-Undang. 

Nilai Anugerah 
RM16,800 setahun (tidak termasuk yuran pengajian). 

Syarat Kelayakan 
  1. Berumur 40 tahun dan ke bawah. 
  2. Memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau PNGK 3.50 dan ke atas pada peringkat Sarjana Muda bagi pengajian Sarjana dan PNGK 3.50 dan ke atas pada peringkat Sarjana bagi pengajian Doktor Falsafah. 
  3. Boleh mendapatkan cuti belajar sekiranya sedang bekerja dengan mengemukakan surat pengesahan daripada majikan. 
  4. Mesti mendapat tawaran melanjutkan pengajian pada tahun ini. Sesiapa yang telah memulakan pengajian sebelum tahun ini tidak digalakkan memohon. 
  5. Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/pinjaman/biasiswa daripada mana-mana organisasi lain. 
Cara Memohon 
Borang permohonan boleh dimuat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap mesti dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh Tutup: 17 Julai 2017.