Latar Belakang
Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah sebuah syarikat berhad yang telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos 1984. Yayasan ini ditubuhkan bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association").
Objektif
Antara Objektif Utama Yayasan adalah mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi tujuan-tujuan berikut :
- Kemajuan pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh sistem pendidikan di Malaysia.
- Mengukuh, menjaga dan mentadbir dana biasiswa untuk memajukan moral, intelektual dan pendidikan fizikal serta kebajikan kepada pelajar-pelajar yang sepatutnya menerima dan memerlukan.
- Memberi anugerah biasiswa untuk pengajian pra ijazah dan lepas ijazah.
- Menaja mereka yang memerlukan pertolongan daripada segi moral, tujuan sosial atau kebajikan.
- Memberi bantuan dan meringankan dengan apa jua cara dan hubungan kepada institusi kebajikan.
Biasiswa
1. Pra ijazah - anak-anak Johor daripada keluarga miskin yang belajar di UTM Skudai dan UTHM Batu Pahat.
2. Lepas ijazah - anak-anak Malaysia yang belajar di universiti-universiti tempatan.
PERMOHONAN :
1. PRA IJAZAH (UTM Skudai & UTHM Batu Pahat Sahaja)
Bidang Pengajian
UTM Skudai : Kejuruteraan, Sains Komputer dan Alam Bina
UTHM Batu Pahat : Kejuruteraan, Sains, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Nilai Anugerah
RM11,000 setahun (tidak termasuk yuran universiti).
Syarat Kelayakan
- Dilahirkan di Johor.
- Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik; ATAU Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-pusat matrikulasi; ATAU Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas.
- Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM atau UTHM.
- Belum menerima sebarang tawaran biasiswa atau pinjaman.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati daripada pejabat HEP, UTM Skudai dan UTHM Batu Pahat. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.
Tarikh Tutup: Telah ditutup dan akan dibuka semula pada Ogos/September 2017.
2. LEPASAN IJAZAH (Universiti-universiti Awam Tempatan)
Bidang Pengajian
Kejuruteraan, Sains, Matematik & Undang-Undang.
Nilai Anugerah
RM16,800 setahun (tidak termasuk yuran pengajian).
Syarat Kelayakan
- Berumur 40 tahun dan ke bawah.
- Memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau PNGK 3.50 dan ke atas pada peringkat Sarjana Muda bagi pengajian Sarjana dan PNGK 3.50 dan ke atas pada peringkat Sarjana bagi pengajian Doktor Falsafah.
- Boleh mendapatkan cuti belajar sekiranya sedang bekerja dengan mengemukakan surat pengesahan daripada majikan.
- Mesti mendapat tawaran melanjutkan pengajian pada tahun ini. Sesiapa yang telah memulakan pengajian sebelum tahun ini tidak digalakkan memohon.
- Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/pinjaman/biasiswa daripada mana-mana organisasi lain.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh dimuat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap mesti dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.
Tarikh Tutup: 17 Julai 2017.
Kalau saya baru mendaftar september 2016, adakah saya tidak digalakkan memohon
ReplyDelete