Tuesday, February 28, 2017

"KEPUTUSAN STPM JOHOR 2016"


KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN STPM JOHOR 2016

Bagi STPM 2016, seramai 5,220 orang calon telah mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan.

Dari segi kelulusan peringkat prinsipal bagi tahun 2016, jumlah calon yang lulus penuh 1 hingga 5 mata pelajaran telah meningkat sebanyak 0.35% iaitu daripada 98.74% pada tahun 2015 kepada 99.09% pada tahun 2016.

Sebanyak 60 daripada 85 buah sekolah telah mencapai kelulusan penuh 100% (70.59%, peningkatan sebanyak 2.41% berbanding tahun 2015).

Seramai 89 orang calon (1.84%) mendapat PNGK 4.00 berbanding dengan 50 orang calon (1.01%) dalam Peperiksaan STPM 2015 iaitu peningkatan seramai 39 orang calon (+0.83%).

Empat orang calon dari negeri Johor juga telah dipilih untuk menerima *Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan* oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Calon-calon tersebut ialah :

        1. Lim Lee Peng
            SMK Tunku Putra, Batu Pahat

        2. Ng Xin Ye
            SMK Taman Kluang Barat, Kluang

        3. Lim Xin Huo
            SMK Seri Bandar Pontian, Pontian

        4. Khairunnisaq binti Khairuddin
            SMK Bandar Mas, Kota Tinggi

Sebuah Sekolah dari negeri Johor juga akan menerima Anugerah Sekolah Terbaik Peringkat Kebangsaan iaitu SMK Bandar Tenggara, Kulai (PNGK : 3.26; Peratus Lulus Penuh : 100%; Calon Cemerlang : 6 orang).

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan sekolah, pensyarah-pensyarah Tingkatan 6 Seluruh Negeri Johor serta ibu bapa dan juga pelajar yang telah bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan ini. Semoga usaha ini berterusan untuk Tahun 2017 dan tahun-tahun akan datang.

YB DATUK HJ MD JAIS BIN HJ SARDAY
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, 
Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor
28 Februari 2017

Monday, February 13, 2017

Permohonan Pinjaman YPJ Sesi 01/2017 - Sijil, Diploma & Degree


Dimaklumkan bahawa permohonan pinjaman YPJ Sesi 01/2017 bagi peringkat Sijil (Kolej Kemahiran Teknikal Johor sahaja), Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) telah dibuka mulai 12 Februari hingga 28 Februari 2017.

Permohonan adalah secara online di web YPJ www.ypj.gov.my .

Syarat Am : 


1. Warga Negeri Johor dan menetap di Negeri Johor ;
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon ;
3. Pemohon telah terima tawaran kemasukan atau sedang menuntut di institusi sebelum menghantar permohonan ;
4. Kursus yang diikuti mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA ;
5. Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu tahun ;
6. Tiada penaja lain ;
7. Kursus yang diikutu mestilah 'Sepenuh Masa'.

Syarat Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga :
- Tidak melebihi RM8,000.00 sebulan (pendapatan kasar)

Sila muat turun atau merujuk dokumen berikut :