Wednesday, August 30, 2017

MAIJ-Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi Dalam Negara Sesi 2/2017


Permohonan Bantuan Pendaftaran Ke Institusi Pengajian Tinggi Dalam Negara Sesi 2/2017 telah dibuka sekarang. Mulai 27 Ogos hingga 30 September 2017

AGENSI: MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) 

Permohonan online di laman web www.maij.gov.my 

CARA MEMOHON :

LANGKAH 1 :Sila ke Laman web MAINJ atau terus ke pautan permohonan ---> (klik) Mohon Sekarang !

LANGKAH 2 : 
Setelah buka Laman web MAINJ, lihat di sudut kanan web tersebut [right sidebar] dan cari Sistem Online --> Permohonan Bantuan IPT Online (rujuk gambar) : 

LANGKAH 3 : 
Muat turun terlebih dahulu, Manual Pengguna Permohonan Bantuan IPT : KLIK SINI 
Klik Permohonan Bantuan IPT Online untuk ke Portal tersebut. 

LANGKAH 4 : 
Klik pada Daftar Pengguna untuk tindakan isian maklumat dan kata laluan.
Isikan lengkap Borang Permohonan online tersebut. 

LANGKAH 5 : 
Cetak borang maklumat yang telah lengkap diisi dan hantarkan ke Pejabat MAINJ berdekatan tempat tinggal anda beserta lampiran yang diperlukan, sebelum atau pada 30 SEPTEMBER 2017

========================================
Waktu Urusan Pejabat & Kaunter : 
Ahad – Rabu  : 8.00 pagi – 4.00 petang

Khamis           : 8.00 pagi – 3.00 petang
Jumaat & Sabtu : Cuti
ALAMAT IBU PEJABAT :
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Aras 5, Blok ‘B’,
Pusat Islam Iskandar Johor, 
Jalan Masjid Abu Bakar, 
Karung Berkunci 725, 80990, 
Johor Bahru, Johor.
TEL: 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926


PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU
Aras 2, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar
80990 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH MUAR
Jalan Petri,
84000 Muar, Johor
Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH BATU PAHAT
Jalan Bakau Condong,
83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH SEGAMAT
Batu 1, Jln. Buloh Kasap,
85000 Segamat, Johor
Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KLUANG
Aras 2, Jalan Pejabat Kerajaan,
86000 Kluang, Johor
Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH PONTIAN
Aras Bawah, Komplek Pejabat Kadi dan Mahkamah Syariah
Jalan Parit Masjid, 82000 Pontian, Johor
Tel : 07-6879493, 07-6861395
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KOTA TINGGI
Aras 5, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Tun Habab 81900 Kota Tinggi, Johor
Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH MERSING
Jalan Masjid,
86800 Mersing, Johor
Tel: 07-7991073 , Faks: 07-7996946
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH TANGKAK
D/a: Pejabat Masjid Jamek Ledang, Johor
Tel   : 06-9783479 , Faks : 06-9537209
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KULAI
No. 2930, Jalan Merbau 3, Bandar Putra, 81000,
Kulaijaya, Johor
Tel   : 07-5985104, 07-5988127, Faks : 07-5995214
PEJABAT KUTIPAN ZAKAT PASIR GUDANG
L1-05, Kompleks Pusat Bandar,
Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang
Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105

Sunday, August 27, 2017

"Mahasiswa Penentu Masa Hadapan Johor" -Khaled Nordin

Mahasiswa Penentu Masa Hadapan Johor 

JOHOR BAHRU, 26 Ogos - Golongan mahasiswa diseru agar berusaha lebih keras dalam mencapai apa jua kejayaan baik dari segi pendidikan atau aktiviti kemasyarakatan dalam mempersiapkan diri mereka sebagai pelapis negeri dan negara. 

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mahasiswa pada hari ini mempunyai peranan penting dalam menggerakkan agenda dan masa hadapan Johor. 

"Kerajaan negeri telah berusaha keras memastikan segala bentuk pelaburan dan pembangunan ekonomi Johor pada hari ini adalah untuk kesejahteraan masyarakat pada masa hadapan selain cuba menyelesaikan apa jua masalah rumit yang dihadapi pada hari ini. 

"Ini semua kita lakukan agar apabila tampuk kepimpinan kita serahkan kepada pemimpin pelapis ini, mereka tidak perlu berhadapan dengan persoalan rumit kerana semuanya telah diselesaikan oleh pemimpin terdahulu," katanya ketika berucap pada Majlis Inisiatif Mahasiswa Milenia Johor 2017 di sini hari ini. 

Beliau berkata, segala pertumbuhan ekonomi yang sedang berjalan pada hari ini adalah bentuk perancangan jangka panjang kerajaan negeri dalam memastikan mahasiswa terutamanya anak-anak Johor mendapat peluang pekerjaan di dalam negeri ini. 

Khaled berkata, kerajaan negeri pada hari ini berhasrat untuk menjadikan Johor sebagai kuasa ekonomi baharu bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau Asia Tenggara. 

"Hasrat kita jelas, untuk itu kita perlukan pemimpin yang berkebolehan untuk kita bersama-sama bergerak di bawah satu pasukan ‘Team Johor’. 

"Gagasan Johor Berkemajuan yang kita perkenalkan juga bukan sahaja lihat Johor maju tetapi kita mahu melahirkan masyarakat yang baik, yang bahagia dan sejahtera kerana kemajuan sebenar tidak boleh diukur dengan bangunan pencakar langit, pusat membeli-belah atau projek-projek mega," jelasnya. 

Hadir sama pada program itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat, Dato’ Onn (Iklas) Johan Arifin Mohd Ropi serta lebih 600 mahasiswa dan mahasiswi anak Johor dari seluruh negeri. – Bernama 

Tuesday, August 22, 2017

YPG - BANTUAN PERMULAAN PENGAJIAN IPT

PERMOHONAN BANTUAN PERMULAAN PENGAJIAN IPTA & IPTS 
(BAGI KEMASUKAN BAHARU TARAF IJAZAH SARJANA MUDA & DIPLOMA)

AGENSI: YAYASAN PASIR GUDANG (YPG) 

Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Bantuan Permulaan Pengajian IPTA & IPTS bagi kemasukan baharu tahun 2017 taraf DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA DALAM NEGARA oleh Yayasan Pasir Gudang telah dibuka sekarang.  

SYARAT AM PERMOHONAN : 

  1. Warga Negeri Johor dan alamat bermastautin di Pasir Gudang sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Surat Tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS ; 
  3. Ditawarkan kepada pelajar DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA DALAM NEGARA yang mula mendaftar kemasukan tahun pertama pada tahun 2017 ; 
  4. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000.00. 


SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN : 

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar/pemohon ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan IPT ; 
  4. Salinan Bil Air / Elektrik. 

Borang permohonan boleh didapati di : 

Pejabat Yayasan Pasir Gudang (YPG), 
Aras 2, Menara Aqabah, 
Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). 

Borang turut boleh dimuatturun di sini >> bit.ly/BantuanPermulaanPengajianIPTAIPTS <<

Pertanyaan & maklumat lanjut, hubungi : 
- Pejabat YPG : 07-254 7814 
- Hotline          : 014-690 4745 
- Emel             : ypg@mppg.gov.my


" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Sunday, August 13, 2017

Inisiatif Mahasiswa Milenia Johor 2017 (IMJ)

Salam Muafakat Mahasiswa Johor.

Anda Mahasiswa dan Graduan Johor ! 
Ingin mengetahui pencapaian Negeri Johor ?
Ingin mendengar amanat Menteri Besar ? 
Mari bersama MB Johor - YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin dalam........

[ Inisiatif Mahasiswa Milenia Johor (#IMJ2017) ]

Tarikh : 26 Ogos 2017 (Sabtu)
Tempat : Hotel M-Suites, Johor Bahru

** Pengangkutan bas disediakan di setiap daerah (luar Johor Bahru) untuk kemudahan peserta.

Jika berminat, daftarkan maklumat anda kepada setiap wakil :
- UTM       : 017-7400078 (Rusydi)
- UTHM    : 014-7741074 (Syahmi) 
- UTeM     : 018-3986447 (Rian) 
- USIM     : 013-6583100 (Nurun)
- UKM      : 011-13020702 (Nur Najmin)
- UPM      : 017-7429297 (Syafawani)
- UM         : 017-7283802 (Na'im)
- UPSI      : 016-6991614 (Nazatul)
- USM       : 013-2974001 (Faradiana) 
- UNIMAP : 013-7435381 (Azmina)
- UUM       : 017-7476736 (Razi) 
- UMT       : 019-7617454 (Amalina)
- UMP       : 011-12708350 (Hidayah) 
- UMK       : 012-7595347 (Sol) 
- UNIMAS : 014-6655343 (Irdina)

Jika tiada wakil institusi anda, daftar terus melalui : http://bit.ly/IMJ2017

Aturcara Program 

Untuk keterangan lanjut, hubungi :-
🔴 Junita - 0199888150
🔵 Syafik - 019706 7090

#IMJ2017
#TeamMahasiswaJohor

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2017 (IJAZAH & DIPLOMA)

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2017 
(BAGI KEMASUKAN PELAJAR BAHARU TARAF IJAZAH & DIPLOMA)

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) 

Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA bagi kemasukan pelajar baharu tahun 2017 taraf IJAZAH dan DIPLOMA telah dibuka mulai 13hb sehingga 30hb OGOS 2017. 

Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA. Kaedah baharu terkini ialah permohonan dibuat secara atas talian (online). [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut] 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 

  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Surat Tawaran kemasukan ; 
  3. Ditawarkan kepada pelajar DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA (Universiti Awam Sahaja) yang TELAH mendaftar kemasukan tahun pertama pada tahun 2017 ; 
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah satu (1) tahun atau lebih ; 
  5. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000.00 ; 
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja dalam setahun untuk setiap taraf pengajian ; 
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain. 


CARA MEMOHON :

LANGKAH 1 :
Isikan lengkap Borang Permohonan secara online : (klik) Mohon Sekarang !

LANGKAH 2 : 
Semak emel untuk mencetak slip permohonan, borang pengesahan pendapatan & borang sokongan wakil rakyat (di bahagian attachment). 

LANGKAH 3 : 
Lengkapkan Borang sokongan wakil rakyat (wajib). 

LANGKAH 4 : 
Pemohon dikehendaki menghantar SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 30 OGOS 2017. 

LANGKAH 5 : 
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).


LANGKAH 6 : 
Wang bantuan akan dimasukkan ke akaun pelajar secara Electronic Fund Transfer (EFT). 


SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR 
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / Pegawai gred A / Penghulu / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya) 
  1. SLIP PERMOHONAN (lihat attachment) ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  5. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja. [Nota: 1. Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima. 2. Pelajar perlu membuka akaun Bank Islam jika tiada. ] 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ; 
  7. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan). 
  8. Borang sokongan wakil rakyat (lihat attachment) 

Keterangan lanjut, layari https://www.bantuanpendidikanypj.com/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 1.5 HINGGA 2 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN DOKUMEN LENGKAP DITERIMA, PERMOHONAN ADALAH DI ANGGAP TIDAK BERJAYA.


" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ SESI 3/2017 (IJAZAH & DIPLOMA)

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ SESI 3/2017 
(BAGI PELAJAR TARAF IJAZAH & DIPLOMA

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)

Dimaklumkan bahawa permohonan Pinjaman YPJ Sesi 3/2017 bagi peringkat Diploma telah dibuka mulai 13hb sehingga 30hb OGOS 2017

Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Pinjaman Pelajaran. [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut] 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 
  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Tawaran kemasukan atau sedang menuntut di Institusi Pengajian sebelum membuat permohonan ; 
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA ; 
  4. Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu (1) tahun ; 
  5. Pemohon tidak menerima apa-apa penajaan/pembiayaan sama ada pinjaman atau biasiswa dari agensi-agensi lain ; 
  6. Kursus yang diikuti metilah SEPENUH MASA ; 
  7. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM8,000.00 sebulan [ Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita paling rendah ]. 
TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA : 
  1. Diploma (semua IPTA, KPYPJ dan Marsah sahaja)
  2. Ijazah Sarjana Muda (IPTA sahaja)
CARA MEMOHON :

LANGKAH 1: 
Pemohon membuat PERMOHONAN secara online : (klik) Mohon Sekarang !

LANGKAH 2 : 
Semak emel untuk mencetak slip permohonan (di bahagian attachment). 

LANGKAH 3 : 
Pemohon dikehendaki menghantar SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 30 OGOS 2017. 

LANGKAH 4 : 
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).


LANGKAH 5 : 
Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran pinjaman dan satu (1) set dokumen perjanjian yang dihantar melalui emel pemohon.


LANGKAH 6 : 
Lengkapkan dokumen perjanjian dan hantarkan ke YPJ dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima. 

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR 
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya) 
  1. SLIP PERMOHONAN Pinjaman (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar ; 
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga [ Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan-Pinjaman YPJ 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ; 
  7. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan). 
  8. Salinan Sijil SPM ; 
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah. 
Keterangan lanjut, layari https://www.bantuanpendidikanypj.com/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 2 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DI ANGGAP TIDAK BERJAYA. 

" SELAMAT BERJAYA "

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 


Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html