Tuesday, February 4, 2014

DUTA JAUHAR - MAHASISWA JOHOR PRIHATIN


PENGENALAN

1. Duta Jauhar - Mahasiswa Johor Prihatin adalah satu program cetusan idea YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa.

2. Satu program inisiatif yang merentasi agensi kerajaan dengan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang melibatkan Mahasiswa Johor untuk melaksanakan aktiviti yang bakal memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat.

3. Jawatankuasa Pelaksanaan program dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, seorang pakar penganalisis ekonomi negara. Beliau juga merupakan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Seramai 300 orang Mahasiswa Johor daripada 15 IPTA akan dipilih sebagai Duta Jauhar iaitu penggerak utama program berasaskan aktiviti sukarelawan ini yang berimpak tinggi terhadap pembangunan 10 daerah di Johor.

5. Johor adalah negeri pertama yang akan melaksanakan program ini di peringkat seluruh negeri selepas diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2012. (Rujuk)

MATLAMAT

1. Mahasiswa sebagai Agen Perubahan & Perantaraan (Agen Transformasi) : Berperanan sebagai Agen Perubahan dan Perantaraan pihak kerajaan dengan masyarakat. 

2. Pembentukan Sifat Kepimpinan : Mahasiswa Johor dilatih supaya berkemampuan memimpin serta menjadi rujukan dan bertindak sebagai role model kepada masyarakat. 

3. Peningkatan Kualiti Hidup & Sosio-ekonomi : Meningkatkan kualiti hidup, hubungan sosial, mind-set dan ekonomi rakyat Negeri Johor. 

PENGLIBATAN

1. Pejabat Menteri Besar Johor
2. Pejabat Exco Johor (Jawatankuasa Pendidikan)
3. Yayasan Pelajaran Johor
4. Pejabat Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
5. Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPTA
6. Gabungan Persatuan Mahasiswa Johor
    - UKM, UM, UPM, USM, UTM, UPSI, UUM, UMT, UTHM,
       UTEM, USIM, UMK, UNISZA, dan Kolej YPJ.
7. Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan
8. Pejabat Daerah
9. Pejabat Penghulu / Mukim
10. Jawatankuasa Kampung
11. Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs)
12. Belia, pelajar sekolah dan masyarakat tempatan

NILAI STRATEGIK

1. Muda Belia & Bersemangat
2. Rangkaian yang luas.
3. Kreatif & Inovatif
4. Pengetahuan & Bakat
5. Kebertanggungjawaban & Kepunyaan
6. Daya Kepimpinan & Berpasukan

TERAS PROGRAM

1. Projek dibangunkan dan diperincikan oleh mahasiswa secara strategik.
2. Penerapan pendekatan Blue Ocean Strategy
3. Penglibatan secara intensif Agensi Kerajaan.
4. Penglibatan secara holistik masyarakat dan kepimpinan setempat. 

KONSEP UTAMA

E - R - R - C
1. Eliminate : Menghapuskan
2. Reduce : Mengurangkan
3. Raise : Meningkatkan
4. Create : Mencipta

PERANCANGAN & PELAKSANAAN

1. Bengkel Pra Program ; 14 - 15 Dis 2013, UKM.
2. Bengkel Perancangan Strategik ; 28 - 30 Jan 2014, UTHM.
3. Bengkel Perincian & Pemurnian ; 7 - 8 Mac 2014, UKM.
4. Mesyuarat Penyelarasan Agensi ; 15 Julai 2014, NUSAJAYA.
5. Bengkel Koordinasi dengan Agensi ; Sept 2014.
6. Kick-off Bersama Stakeholder ; Sept 2014.
7. Pelaksanaan Projek ; Mac - Dis 2014.
8. Kongres Mahasiswa Johor ; Julai 2014.

Info lanjut, sila layari:
https://www.facebook.com/duta.jauhar.9
https://www.facebook.com/pages/Duta-Jauhar-Mahasiswa-Johor-Prihatin/493465287441865
https://www.facebook.com/MahasiswaJohor

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua delegasi SISWA ANAK JOHOR daripada 15 buah IPTA yang bakal melaksanakan amanah dan tugas besar ini.

"Kepada Johor Berbakti"

0 comments:

Post a Comment