Monday, August 4, 2014

"Anak Negeri lain Masuk Universiti dapat RM1,000. Anak Johor tak dapat ke?"



Ramai yang bertanya di inbox SISWA ANAK JOHOR : 

"Anak negeri lain masuk U dapat RM1,000." 
"Anak Johor tak dapat ke?" 

Berikut adalah Jawapan Kami : 

Bantuan sebegini telah disediakan bermula tahun 2010 oleh YPJ dengan nama Skim Bantuan Pendaftaran IPTA (SBP). Skim ini membantu Anak-anak Johor yg akan mula mendaftar di tahun pertama di IPTA, bagi pengajian sepenuh masa peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda. Pihak YPJ akan membantu membiayai yuran pendaftaran kemasukan. 

Bagaimana nak mohon ? 

Dapatkan borang di Pejabat YPJ Larkin atau di laman web. Isikan lengkap beserta pengesahan Pejabat Wakil Rakyat atau Pejabat Daerah. Hantarkan ke Pejabat YPJ beserta dokumen lengkap. Lampirkan Resit Pembayaran Yuran (Jika sudah bayar). Jika belum, bawa lampiran senarai yuran pendaftaran. Tempoh akhir ialah sebulan selepas pendaftaran kemasukan. Jumlah bantuan yg diberikan tertakhluk kepada jumlah yuran yg perlu dibayar. 


Selain YPJ, ada tak agensi lain yg sediakan bantuan ? 

Ada. Bantuan sama turut disediakan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) iaitu Bantuan Kemasukan Pelajar Ke IPTA. Cara memohonnya lebih kurang sama spt Skim YPJ. Bezanya jumlah bantuan. RM700 bagi semenanjung dan RM1,000 bagi Sabah/Sarawak. Namun bermula Januari 2014, bantuan ini telah dimansuhkan kerana proses penyelarasan bantuan pendidikan yg dibuat kerajaan negeri menetapkan pihak YPJ satu-satunya agensi negeri yg bertanggungjawab menyediakan bantuan pendidikan Johor. 


Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) juga ada sediakan bantuan serupa. Permohonan melalui pejabat baitulmal atau Amil setiap kawasan. Namun, bantuan ini amat terhad. Dan kini, bantuan MAIJ hanya bertumpu kepada Anak Johor yg melanjutkan pengajian di Timur Tengah seperti Mesir dan Jordan. 


Jika anda menerima tawaran kemasukan peringkat Sarjana Muda (Degree) di UTM Skudai atau UTHM Batu Pahat, anda layak memohon Biasiswa Sultan Iskandar. 

Begitu juga kepada anda yang menyambung pengajian peringkat Sarjana (Master & PhD) di mana-mana IPTA tempatan, anda juga layak memohon. 


Jika anda tidak mendapat pinjaman PTPTN atau tidak berminat membuat pinjaman PTPTN, anda boleh memohon pinjaman YPJ. 


Kenapa ramai yang tak tahu wujudnya semua bantuan ini ? 

Kami pun tak pasti kenapa ramai yg tak tahu. Mungkin sebab kurang hebahan. Bila diajukan kepada pihak berkaitan, mereka kata sudah disiarkan di laman web. Jadi, kepada anda yg telah baca artikel ini, sila peka dan kongsikan bersama kepada saudara-mara, kawan-kawan, jiran tetangga dan sewaktu dengannya. 

Juga kami ingin pesan kepada semua wakil rakyat di Johor ! 

YB semua pasti sudah maklum tentang bantuan-bantuan yg diwujudkan untuk rakyat jelata, sama ada berkaitan kebajikan sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Kenapa tidak dihebahkan kepada semua rakyat di kawasan YB ? Nama pun wakil rakyat. Kena lah peka. BUKAN PEKAK ! Mana-mana YB yg tahu tolong lah ingatkan YB yg tak tahu. Jangan selfish sangat semata-mata mahu rakyat di kawasan dia saja dapat bantuan. 

Akhir sekali, kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada YAB MB dan YB Exco Pendidikan, kerana prihatin dan ambil berat terhadap bidang pendidikan di Johor. Kepada anda yg ada masalah berkaitan pendidikan, salurkannya terus ke Pejabat MB atau Pejabat Exco Pendidikan. Insha Allah, ada yg membantu. 


Kami share artikel ini sebab prihatin. 
Anda bagaimana ?

Disediakan Oleh: Mohd Najib 

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Tumpang tanya boleh tak anak jati Johor mohon bantuan ni kalau belajar di IPTS (GMi)?

    ReplyDelete