Sunday, June 2, 2013

PERJUMPAAN PIMPINAN SISWA JOHOR BERSAMA YAB MENTERI BESAR


Sesi pertemuan pimpinan Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ) bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin telah diadakan pada 31 Mei 2013 bertempat Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur.

Perjumpaan ini adalah kali pertama selepas sahaja YAB Dato' dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 15 Mei 2013 yang lalu. Seramai 25 orang pimpinan GAJ daripada UKM, UM, UPM, UPSI, UTHM, UTEM, USIM, UMT dan Kolej Teknologi Alpha telah terlibat dalam pertemuan ini, yang diketuai oleh Sdra Mohd Najib Bin Samingin selaku Ketua Penyelaras GAJ.

Antara perkara yang menjadi intipati pertemuan ini ialah soal kebajikan mahasiswa Johor, peranan & tanggungjawab Persatuan Mahasiswa Johor di semua IPT dan isu-isu semasa yang berlaku di Johor. 

YAB Dato' turut berkongsi perancangan beliau dalam menerajui pentadbiran negeri dan agenda untuk membangunkan Johor. Beliau juga menzahirkan harapan agar mahasiswa turut terlibat dalam menyumbang idea, pendapat dan buah fikiran dalam membantu kerajaan negeri merencanakan agenda pembangunan negeri supaya nikmat kemajuan dapat dirasai bersama oleh masyarakat Johor. 

"Pelajar Anak Johor adalah 'Stakeholders' dalam proses memajukan Negeri Johor, bukan sahaja sebagai penerima, juga sebagai penyumbang." - YAB MB. 

-------------------------------------
Kebetulan pasukan JDT turut menginap di hotel yang sama. Dapat juga peluang bergambar dengan 'Hero Harimau Selatan'. 




0 comments:

Post a Comment