2000 Tiket perlawanan akhir piala FA 2013 akan dihadiahkan kepada anak-anak Johor
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin mengumumkan bahawa kerajaan negeri berminat menyumbangkan sebanyak 2000 keping tiket percuma kepada rakyat Johor bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT) menentang Kelantan pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengumuman itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada Ahad 16 Jun 2013 (Link) :
"Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.
"Saya berbangga dengan pencapaian pasukan bolasepak negeri Johor sekarang. Sebagai tanda sokongan kerajaan untuk perlawanan akhir piala FA 2013, sebanyak 2000 tiket percuma akan dihadiahkan kepada anak-anak Johor yang ingin menyaksikan perlawanan akhir tersebut. Sila layari laman facebook peribadi saya untuk maklumat lanjut. Ayuh Luaskan Kuasamu Johor."
Kepada anak-anak Johor yang berminat ingin mendapatkan tiket percuma tersebut, sila layari https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin untuk maklumat lanjut.
======================================
======================================
CARA DAPATKAN TIKET PERCUMA SEMPENA PIALA FA :
1. Ambil Gambar anda dengan apa sahaja yang beridentitikan Johor
2. Sertakan slogan: "Saya bangga menjadi anak johor kerana ......" (tidak melebihi 30 patah perkataan)
3. Emelkan gambar dan slogan ke johordarultazim@gmail.com beserta butir peribadi anda
i. Nama,
ii. No kad pengenalan
iii. Alamat rumah
iv. No Telefon
v. Tempat pengambilan tiket (JB atau KL)
v. Tempat pengambilan tiket (JB atau KL)
2000 penyertaan terawal yang terbaik layak menerima satu tiket percuma.
Senarai penerima akan diumumkan sebelum 25hb Jun 2013.
0 comments:
Post a Comment