Kenyataan oleh: Fanpages Kesultanan Johor
28 Mei 2012.
Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat.
Kawan cuma nak kata sikit saja, "Kalau orang biasa beli no plat mahal dikatakan orang tu kerja keras, Kalau pemerintah beli no plat mahal dikatakan pemerintah tu makan duit rakyat?". Macam tu la pula eh.
Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji".
Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?
Dan anda juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu.
Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya" anda dapat lihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Kawan fikir, Johorean tak terperanjat pun, sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
# Komen Siswa Anak Johor:
Boleh dikatakan bidaan ini juga salah satu cara Tuanku membantu rakyat. Tuanku membuat bidaan ini atas dasar minat Tuanku (rakyat Johor terutamanya, sedia maklum bahawa Tuanku seorang yg gemar pada permotoran) dengan menggunakan harta peribadi Tuanku.
Duit hasil daripada semua pembida ini akan diperoleh oleh JPJ dan semestinya ia akan digunakan oleh kerajaan pusat untuk tujuan pembangunan dan pentadbiran negara. Bukankah ini konsep 'Give & Take'?
Tuanku dapat apa yang Tuanku mahukan dan disamping itu juga Tuanku memberi sesuatu yang manfaatnya akan kembali kepada rakyat (seluruh rakyat Malaysia). Maka, situasi yang berlaku ini ialah Tuanku 'memberi' kpd rakyat, bukan Tuanku 'makan' duit rakyat.
Johoreans maklum yang Keluarga Diraja Johor ni ada perniagaan sendiri. Sebab tu sultan pun kena bayar zakat sampai 1 juta. Baca sini. Sultan Johor sejak dulu lagi memang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap segala permasalahan yg berlaku di Johor. Atas dasar itu, tuanku setiap tahun akan masuk ke kampung-kampung, menjelajah pulau dan mengembara ke seluruh pelusuk negeri melalui Acara Kembara Mahkota Johor untuk bertemu, bermesra dan bergurau senda dengan rakyatnya. Hal ini sama sekali tidak berlaku di negeri-negeri lain.
Johoreans maklum yang Keluarga Diraja Johor ni ada perniagaan sendiri. Sebab tu sultan pun kena bayar zakat sampai 1 juta. Baca sini. Sultan Johor sejak dulu lagi memang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap segala permasalahan yg berlaku di Johor. Atas dasar itu, tuanku setiap tahun akan masuk ke kampung-kampung, menjelajah pulau dan mengembara ke seluruh pelusuk negeri melalui Acara Kembara Mahkota Johor untuk bertemu, bermesra dan bergurau senda dengan rakyatnya. Hal ini sama sekali tidak berlaku di negeri-negeri lain.
Kesimpulannya, elakkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dianggap mempertikaikan sesuatu perkara tanpa mengkaji atau selidik terlebih dahulu. Johoreans ada hak untuk mempertahankan sultannya sebagaimana rakyat di negeri lain yang semestinya mempertahankan sultan mereka apabila dipersenda, dipertikai, diperkata oleh pihak-pihak tertentu. Walaupun marah dan kecewa dengan pihak berkenaan, namun Johoreans masih waras dan mampu melawan kritikan balas secara sopan terhadap pihak yang mempertikaikan itu.
Bangsa Johor akan setia mempertahankan Tuanku Sultan dan seluruh Keluarga Diraja Johor.
Daulat Tuanku !
0 comments:
Post a Comment