Ditulis pada 7 Jun 2012 oleh Portal MEDKOM
Setiausaha Pertubuhan WIEF, Tan Sri Ahmad Fuzi (kiri sekali), Pengerusi Pertubuhan WIEF, Tan Sri Musa Hitam (dua dari kiri), Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman (dua dari kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil sedang melakukan gimik pelancaran laman sesawang WIEF ke-8 sempena sidang akhbar WIEF di Hotel Thistle, Johor Bahru. |
JOHOR BAHRU: Johor Bahru akan menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ke-8 yang akan berlangsung mulai 4 hingga 6 Disember 2012 dengan sasaran 1,500 peserta.
Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata Johor Bahru sesuai untuk penganjuran WIEF berikutan pembangunan rancak yang sedang berlaku di dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia termasuk dari segi infrastruktur, logistik dan kedudukan strategiknya.
"Johor mempunyai kedudukan strategik kerana berdekatan dengan Singapura dan menjadi pintu laluan untuk ke negara-negara ASEAN, selain merupakan negeri yang pantas membangun dan kondusif untuk tempat tinggal, hiburan, persekitaran hijau dan perniagaan ke arah metropolis.
"Johor mempunyai kedudukan strategik kerana berdekatan dengan Singapura dan menjadi pintu laluan untuk ke negara-negara ASEAN, selain merupakan negeri yang pantas membangun dan kondusif untuk tempat tinggal, hiburan, persekitaran hijau dan perniagaan ke arah metropolis.
"Selain itu, sehingga suku pertama tahun ini, Iskandar Malaysia berjaya menarik pelaburan bernilai RM87.56 bilion, iaitu RM31.29 bilion pelaburan untuk sektor pembuatan dan RM25.08 bilion untuk sektor hartanah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar WIEF di Hotel Thistle Johor Baru, di sini, hari ini.
Jelasnya, kerajaan negeri Johor mengalu-alukan kedatangan wakil ke WIEF ke negeri ini.
Pada majlis sama, Pengerusi pertubuhan WIEF, Tun Musa Hitam, berkata antara agenda yang akan dibincangkan untuk pertama kali adalah soal wakaf yang dicadangkan oleh negeri Johor.
Katanya, Johor adalah sebuah negeri yang ke hadapan berkaitan isu itu dan sudahpun ada institusi yang melaksanakannya.
Jelasnya, wakaf adalah satu perkongsian baik di mana umat Islam dapat berkongsi kekayaan bersama golongan yang kurang berkemampuan dan jika ia dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa, maka lebih ramai golongan berkenaan dapat dibantu.
Beliau berkata, WIEF juga akan memberi penekanan kepada golongan belia yang akan menjadi pemimpin pada masa depan.
0 comments:
Post a Comment