KOTA TINGGI, 25 Dis - Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan penduduk terutama golongan nelayan di Pengerang, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama kerajaan negeri menganjurkan program khidmat masyarakat dan pemindahan teknologi melalui Program Pembinaan Bot Nelayan, di sini baru-baru ini.
Seramai 30 kakitangan dan penuntut UTM meluangkan masa untuk menyertai program berkenaan sekali gus memberi tunjuk ajar tentang teknik membuat bot daripada gentian kaca kepada 20 nelayan di kawasan berkenaan.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Azraai Kassim berkata, program khidmat masyarakat di Kota Tinggi itu merupakan edisi keempat sepanjang tahun ini selepas Batu Pahat, Pasir Gudang dan Muar.
"Kita menjalankan program pemindahan teknologi yang berbeza di setiap tempat bergantung kepada keperluan penduduk di kawasan berkenaan. - UTUSAN
0 comments:
Post a Comment