Friday, December 28, 2012

Iskandar Malaysia Pusat Seni dan Budaya


JOHOR BAHRU, 18 Dis - Iskandar Malaysia akan muncul sebagai pusat kebudayaan dan kesenian sejajar dengan kekayaan warisan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negeri ini.Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) berhasrat mewujudkan satu persekitaran di Iskandar Malaysia bagi mengembangkan seni dan budaya.

“Peranan YWJ bukan sahaja untuk menjadi pusat seni awam, tetapi juga untuk menjadi saluran yang memupuk dan menggalakkan rasa cinta terhadap sejarah seni, dan budaya.

“Melalui YWJ, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan persekitaran bagi membolehkan bakat tempatan boleh berkembang maju, merangsang industri seni yang menarik dan meriah, serta menyediakan saluran antarabangsa bagi karya seni tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pameran Lukisan Antarabangsa LINK di bangunan Muzium Tokoh di sini semalam.

Pameran yang berlangsung bermula semalam dan berakhir 28 Februari tahun depan itu mempamerkan karya-karya daripada empat pelukis terkenal antarabangsa, iaitu Yusof Ghani, Masaaki Shibata, Widodo Soerno dan Gerard Van Den Oetelaar. - MEDKOM 

0 comments:

Post a Comment