Tuesday, September 11, 2012

22,500 KDS1M diserahkan kepada mahasiswa UM


KUALA LUMPUR, 10 Sept - Sejumlah 22,500 Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diserahkan kepada pelajar Universiti Malaya (UM). 

Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri menjangkakan proses pengedaran KDS1M kepada semua 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta selesai sebelum Oktober ini. 

Beliau berkata setakat ini, 215 syarikat melibatkan 2,363 cawangan di seluruh negara mengambil bahagian dalam program itu.

"UM merupakan universiti kelima menerima KDS1M dan bagi pelajar UM yang baru mendaftar minggu lepas, mereka akan menerima kad itu pada September juga," katanya.

Tawaran diskaun merangkumi barangan seperti alat tulis, pakaian dan kelengkapan sukan, klinik kesihatan, optometri dan cermin mata, penginapan dan pengangkutan, makanan dan minuman, pusat rawatan atau kecantikan, produk teknologi komunikasi, automotif serta peruncitan.

Tempoh sah kad ialah sehingga tamat tempoh pengajian pelajar. - Sinar Harian

<Sila rujuk Portal KDS1M>

0 comments:

Post a Comment