Pilihan raya Parlimen Belia Malaysia dijangka Mac 2013
PUTRAJAYA, 22 Nov - Pilihan raya Parlimen Belia Malaysia (PBM) dijangka dilaksanakan pada Mac tahun depan, secara dalam talian, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
_____________________________________________________
Pendaftaran Pemilih untuk Parlimen Belia Malaysia telah dibuka. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan http://interaktif.kbs.gov.my/parlimenbelia/.
Syarat untuk mendaftar menjadi Pengundi, Pencalon dan Pencadang :
1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun, termasuk belia di luar negara.
2. Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.
3. Tidak muflis.
4. Mendapat sokongan minimum 50 orang yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun dari kawasan Parlimen yang diwakili.
Parlimen Belia Malaysia (PBM) diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Mei 2011 semasa Himpunan Sejuta Belia tahun lepas, ia antara enam inisiatif Makmal Transformasi Belia yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Inisiatif ini lebih kepada keahlian yang lebih besar daripada Majlis Perundingan Belia Negara untuk melibatkan belia yang berpersatuan dan tidak berpersatuan daripada 222 kawasan parlimen. Pelaksanaan inisiatif ini diharap dapat menjadi platform kepada belia untuk bersuara, berpeluang mengutarakan isu-isu berkaitan belia, memberi pendedahan awal mengenai sistem demokrasi berparlimen dan menjadi perantara belia dengan kerajaan.
0 comments:
Post a Comment