SALAM TA'ZIM MAHASISWA JOHOR
Gabungan Anak Johor (GAJ) bertekad untuk bergerak aktif dalam merancang dan melaksanakan program serta usaha-usaha ke arah pembangunan mahasiswa Johor yang intelek dan berwibawa serta membantu Kerajaan Negeri Johor dalam mempertingkatkan taraf hidup masyarakat dan kemajuan negeri Johor.
Bertunjangkan pada tujuan utama untuk menabur jasa dan menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat dan negeri Johor, seluruh organisasi mahasiswa Johor di bawah GAJ sentiasa merancang dalam menganjurkan program yang bermatlamat agar mahasiswa Johor pulang berbakti di negeri sendiri. Lebih-lebih lagi, bagi mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi yang berada di luar Johor. Jauh merantau di negeri orang, semangat berkobar untuk berbakti.
Baca catatan terdahulu -> klik sini.
Berikut ialah video montaj Program Anak Angkat anjuran MAJOR UPSI pada bulan Mei yang lalu dan program Jelajah Johor anjuran SOHOR UMT pada awal bulan Julai lepas:
.: GEMILANG ANAK JOHOR :.
0 comments:
Post a Comment