Artikel Holistik KENALI JOHOR ini diterbitkan pada Ogos 2007.
Menyingkap kembali sejarah perkembangan 8 buah daerah di Johor iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Pontian, Kluang, Muar, Batu Pahat dan Segamat.
Daerah di Johor bertambah menjadi 10 buah daerah pada tahun 2008 apabila Ledang dan Kulaijaya diisytiharkan sebagai daerah baru pada 9 Jun dan 21 Jun oleh Almarhum Sultan Iskandar.
Johor Bahru yang dahulunya dikenali sebagai Tanjung Puteri, asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan Melayu diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggung Daeng ibrahim. Sultan Abu Bakar kemudian menamakannya sebagai Johor Bahru sewaktu baginda mengisytiharkan daerah ini sebagai kota kerajaan pada tahun 1866, berikutan peralihan pusat pentadbirannya dari Teluk Belanga di Singapura ke bandar ini. Sejak itu, Johor Bahru terus berkembang dari kegiatan perikanan kepada pertanian termasuk teh dan lada hitam, dan melangkah jauh lagi dengan menerokai bidang perindustrian.
SEGAMAT - Penghubung Utara.
Berkeluasan 2,825.4 km persegi, Segamat menjadi daerah ketiga terbesar di Johor. Berada pada kedudukan yang strategik kerana bersempadan dengan Negeri Sembilan serta Pahang, selain empat buah daerah lain iaitu Muar, Batu Pahat, Tampin dan Rompin. Buah Durian adalah salah satu daya tarikan Segamat. Mempunyai peranan tersendiri kerana menjadi jalan penghubung ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Kuantan-Segamat, selain sebagai laluan utama kenderaan ke selatan tanah air.
Ralat pada artikel Batu Pahat:
1. ADTEC terletak di Jalan Tanjung Labuh, Mukim minyak Beku, bukan di Parit Sulong. 2. Pasaraya besar yang terdapat di Batu Pahat ialah Carefour, bukan Tesco.
HOLISTIK Edisi Ogos 2007
Terbitan Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor.
Link download klik sini
0 comments:
Post a Comment