Friday, July 13, 2012

Tahniah! Anda Penentu Masa Depan Keluarga, Masyarakat dan Negara

Assalamualaikum. 
Salam Ta'zim Mahasiswa Johor. 


Hari ini 13 Julai 2012 (Jumaat), status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2012/2013 sudah boleh disemak mulai jam 12.00 tengah hari melalui saluran hebahan rasmi di Portal UPU



Semakan juga boleh dibuat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) seperti format berikut: 


Dalam pada itu, bagi calon yang memohon kemasukan ke UPM, semakan boleh dibuat mulai esok 14 Julai 2012 (Sabtu). [Rujuk sumber]. 

Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 16 Julai 2012. Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempaoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai 2012. Pengesahan setuju terima tawaran boleh dicetak melalui Laman Web IPTA seperti yang dinyatakan di Portal. 

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), sejumlah 63,467 calon lepasan STPM/Setaraf telah mengemukakan permohonan pada sesi ini. Ia menunjukkan penurunan 1.9 % berbanding sesi lepas. Seramai 27,289 (43.0%) calon memohon adalah daripada aliran Sains dan 36,178 (57.0%) adalah daripada aliran Sastera. Sementara itu, 21,336 (33.6%) calon adalah lelaki dan 42,131 (66.4%) calon adalah perempuan. 

Berdasarkan permohonan, seramai 52,430 (82.6%) adalah calon yang layak dan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian. Ia juga menunjukkan penurunan 1.5% berbanding sesi  yang lepas. Sejumlah 38,549 daripada calon yang layak telah berjaya mendapat tawaran di IPTA, iaitu 13,177 ialah lelaki dan 25,372 ialah calon perempuan. 
[Baca lanjut statistik keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM/Setaraf sesi 2012/2013 di sini]

KPT juga memaklumkan bahawa Aplikasi e-Rayuan dibuka untuk capaian melalui Portal UPU mulai 13 Julai 2012 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari. Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA sahaja dibenar mengemukakan rayuan melalui aplikasi ini dalam tempoh 10 hari. Tarikh tutup permohonan e-Rayuan pada 22 Julai 2012

Semua pelajar baru akan mula mendaftar di IPTA masing-masing pada 1 hingga 2 September 2012

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

Tahniah dan Syabas kami ucapkan kepada calon-calon terutama anak-anak Johor yang berjaya mendapat tempat dan diterima masuk ke IPTA. Kini anda semua sudah bergelar sebagai Mahasiswa. Satu lagi peringkat kejayaan dalam menempuh kehidupan. Pelbagai cabaran hebat yang bakal ditempuhi dalam menentukan destinasi matlamat dan impian. Janganlah mempersia-siakannya, kerana Anda Adalah Harapan Keluarga, Masyarakat dan Negara. - SISWA ANAK JOHOR

.: GEMILANG ANAK JOHOR :. 

0 comments:

Post a Comment