Friday, March 22, 2013

Panduan Memilih Kursus Melanjutkan Pelajaran

Tahniah diucapkan kepada semua calon STPM & SPM 2012 yang telah menerima keputusan peperiksaan baru-baru ini. Semoga pencapaian lebih cemerlang di peringkat Negeri Johor. 

Apa jua keputusan yang anda perolehi, percayalah bahawa anda adalah salah seorang yang telah mencipta kejayaan untuk diri sendiri. Dan selepas ini, anda bakal menempuh pelbagai cabaran untuk survival hidup anda dalam usaha mengejar lebih banyak kejayaan demi matlamat keluarga, masyarakat dan negara. 

Ikuti panduan ringkas ini untuk anda memilih kursus pengajian bagi memohon kemasukan ke IPTA/IPTS. 

PANDUAN UMUM:
  1. Kenali KELAYAKAN Anda & Analisa setiap syarat kelayakan minimum supaya kita tidak rugi apply sesuatu yang kita tidak lepasi syaratnya. 
  2. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Business? Sastera? Sains? Medic? Engineering? 
  3. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DGN DIRI ANDA, sesetengah orang tidak mahu terlalu jauh dengan keluarga.
  4. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan bincangkan bersama ibubapa, abang kakak atau cikgu anda supaya dapat nasihat daripada mereka kerana mereka mungkin ada cadangan yang bernas.
  5. Jangan ambil kursus yang anda TIDAK MINAT kerana akan mengurangkan semangat untuk belajar.
  6. KENALI KEMAMPUAN anda, jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan.
  7. Selepas buat keputusan tetapi masih dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH. Buat keputusan terbaik kerana ia merupakan hala tuju hidup anda.
FAKTOR PEMILIHAN KURSUS: 
  1. Pencapaian akademik pelajar
  2. Cita-cita! (Kerjaya)
  3. Minat!
  4. Keinginan Ibu bapa!
  5. Pengaruh Rakan Sebaya!
  6. Lokasi IPTA dan pilihan program pengajian
STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
  1. Tentukan aliran anda;
  2. Pastikan syarat minimum mencukupi;
  3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan;
  4. Pilihan program pengajian diperluaskan; dan
  5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan.
PANDUAN MEMILIH IPTS: 
  1. Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
  2. Kemudahan fizikal.
  3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
  4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain) seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
  5. Bantuan Kewangan.
  6. Tanya rakan-rakan yang penah belajar di situ.
  7. Kemudahan penginapan.

Semoga panduan ringkas ini membantu anda..Selamat Maju Jaya!

0 comments:

Post a Comment