[HARI INI DALAM SEJARAH]
17 Sept 1873 - Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar diputerakan di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura.
Rakyat Johor harus berbangga dengan Mejar-Jeneral Sir Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor selama 64 tahun 1895 hingga 1959. Diputerakan pada 17 Sept 1873, baginda menaiki takhta pada 4 Jun 1895 berikutan kemangkatanayahanda baginda Sultan Abu Bakar. Baginda telah dimashyurkan pada 7 Sept 1895 dan dimahkotakan pada 2 Nov tahun yang sama.
Seorang Sultan yang berfikiran di luar kotak minda, dan percaya tidak ada apa yang mustahil bagi orang Melayu. Jika Inggeris boleh, Melayu pun boleh. Baginda percaya bahawa dengan latihan intensif, orang Melayu berkebolehan menjadi juruterbang, penembak dan juruteknik. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, baginda masih berkata berkenaan nasib melayu.
Baginda tidak bersetuju dengan kemerdekaan, ini disebabkan ketika itu Malaya tidak bersedia dari segi ketenteraan dan bila-bila masa komunis akan memberontak. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Tun Mahathir bin Mohamad dalam bukunya 'Doctor In The House'.
"Apapun yang akan terjadi, saya berharap 'JOHOR MESTI SENTIASA MENJADI JOHOR." - Sultan Sir Ibrahim (1959)
---------------------------------------------------------
Sumber: Kesultanan Johor
0 comments:
Post a Comment