Monday, November 24, 2014

DUTA JAUHAR USIM1: Program Cinta Ilmu Masyarakat Orang Asli Segamat Kecil



Majlis Perasmian Penutup Duta Jauhar: Program Cinta Ilmu Masyarakat Orang Asli pada 23 November 2014 (Ahad) di Perkampungan Orang Asli Segamat Kecil, Segamat. 

Majlis disempurnakan oleh Encik Wan Assim Wan Sekh, Pengarah JAKOA Negeri Johor. Turut hadir Encik Mohd Najib Bin Samingin, Pegawai YPJ; Encik Mohd Firli Amin, Pegawai Penilai UKM; Haji Elias, Pengerusi JKKK dan Tok Batin Kampung Orang Asli Segamat Kecil. 

Duta Jauhar: Program Cinta Ilmu Masyarakat Orang Asli dilaksanakan oleh Kumpulan Duta Jauhar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM1) bagi lokasi projek di daerah Segamat. 

Matlamat program ini, antaranya :
1. Memberi bantuan pendidikan dari sudut bahan belajar dan prasarana, di samping meningkatkan tahap kesedaran dan minat belajar terhadap anak-anak orang asli. 
2. Memupuk kesedaran terhadap penjagaan kesihatan diri. 
3. Memotivasikan mereka untuk bersaing dengan masyarakat bandar yang lain. 

Kami amat mengalukan mana-mana kumpulan Mahasiswa Johor daripada mana-mana IPT, terutama UiTM Segamat untuk melaksanakan apa-apa program yang bermanfaat untuk masyarakat di Segamat. 



TAHNIAH DUTA JAUHAR USIM !
------------------------------------------------------


Siswa USIM anak Johor anjur program dekati Orang Asli

JOHOR BAHRU 27 Nov. – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menganjurkan Program Cinta Ilmu Masyarakat Orang Asli di perkampungan Orang Asli Segamat Kecil, Segamat, baru-baru ini.


Program tiga hari dua malam itu adalah antara pendekatan yang diambil untuk menyahut seruan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ingin melahirkan mahasiswa anak Johor yang sentiasa cakna dengan keadaan sekeliling.



Pengarah program, Muhammad Amir Hamzah Jamal, inisiatif itu merupakan salah satu platform untuk penuntut USIM termasuk yang berasal dari Johor, ager lebih mengenali masyarakat luar termasuk Orang Asli.



“Objektif program adalah untuk melahirkan masyarakat orang asli yang bersifat keterbukaan dan sentiasa mementingkan ilmu pengetahuan,” katanya dalam satu kenya­taan yang dikeluarkan semalam.



Program itu turut mendapat so­kong­­an daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Pengarah JAKOA Johor, Wan Assim Wan Shekh turut memuji inisiatif yang dijalankan penuntut USIM dengan memilih perkampungan orang asli sebagai kawasan untuk menjalankan program.



“Ini bermakna, masyarakat khususnya penuntut pengajian tinggi (IPT) masa kini peka terhadap kehidupan dan turut tidak meminggirkan Orang Asli.



“Saya juga menyeru kepada semua penuntut IPT agar sentiasa mengambil peluang dalam aktiviti sebegini, kerana peluang yang demikian tidak akan di dapati dalam bilik kuliah,” katanya ketika ber­ucap merasmikan program ber­kenaan.


SUMBER; Utusan Online


0 comments:

Post a Comment