Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempelawa mahasiswa warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM bagi kemasukan Sesi 2016/2017 untuk memohon Biasiswa Endowmen Alumni UTM.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. KELAYAKAN AKADEMIK
a) Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi atau Program Diploma dengan mendapat PNGK ≥ 3.00.
b) Mendapat PNGK ≥ 3.00 dalam peperiksaan Semester 1 Sesi 2016/2017
2. SYARAT LAIN
a) Keutamaan diberikan kepada :
i. Ibu/bapa/penjaga adalah alumni UTM; atau
ii. Jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebih RM 3,500.
b) Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa.
NILAI BIASISWA
Nilai Biasiswa yang ditawarkan adalah RM9,000.00 setahun.
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh dimuatnaik dalam laman web www.utm.my/studentaffairs.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 APRIL 2017.
Iklan dan Borang Permohonan boleh dirujuk DI SINI (KLIK).
PERTANYAAN
Sila hubungi di talian 07-5530513 / 07-5530185 atau emel kepada : biasiswaendowmen@utm.my
================================
Disediakan oleh :
Biro Pendidikan
0 comments:
Post a Comment