Monday, February 18, 2013

Festival Layang-layang Sedunia 2013

Festival Layang-layang Sedunia Ke-18 

Tarikh: 20 - 24 Februari 2013 
Tempat: Bukit Layang-layang, Pasir Gudang

Festival Layang-layang Kali Ini Lebih Unik

JOHOR BAHRU, 15 Feb - Terdapat beberapa kelainan dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ini, sekali gus menjadikan edisi ke-18 ini lebih unik kepada peminat layang-layang, pelayang dan orang ramai yang bakal hadir di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang dekat sini. 

Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Md. Zanal Misran berkata, antara kelainan dalam festival selama lima hari itu ialah memperkenalkan Pertandingan Layang-layang Peringkat Sekolah ASEAN dan Seminar Wau/Layang-layang Peringkat Sekolah Kebangsaan. Antara kelainan lain ialah penyertaan peserta antarabangsa daripada Satun Kite Festival di Thailand yang dianjurkan selang seminggu selepas Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang. 

Beberapa negara baharu iaitu Zambia, Colombia dan Bhutan juga sudah mengesahkan penyertaan manakala Rusia, Turki dan Ukraine dijangka turut serta," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment