Thursday, February 7, 2013

TIP DAN PANDUAN TEMUDUGA (1)


OBJEKTIF TEMUDUGA
  • Bagi membolehkan majikan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon.
  • Untuk mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan.
  • Untuk melihat tahap kematangan dan kejujuran calon.
PERSEDIAAN AWAL
  • Selidik profail syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon. Ini merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi. 
  • Pastikan sijil-sijil asal dan salinan pendua sijil serta resume disediakan. Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatan yang dipohon
  • Cuba dapatkan nama /gelaran panel temuduga

BERLATIH
  • Ulangkaji “hardskill“. Ini juga merupakan soalan popular yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut. 
  • Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya. Membuat persediaan awal untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya dengan baik dan lancar. Selain daripada itu,calon juga dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat calon hendaklah berlatih menjawab dan bukannya menghafal jawapan.

PAKAIAN 
  • Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja
  • Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.
Etika Berpakaian dan Keterampilan Diri untuk Lelaki
  • Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak “striking”) dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaubagaimanapun, cara berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.
  • Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap.
  • Berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.
  • Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.
  • Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan “cuff-link”. Pemakaian cincin tidak digalakkan. Pemakaian anting-anting, bertindik dan bertatoo tidak dibenarkan sama sekali.
Etika Berpakaian dan Keterampilan Diri untuk Wanita
  • Memakai pakaian yang sepadan (matching).
  • Tidak memakai pakaian yang berwarna terang atau ‘striking’.
  • Tidak memakai pakaian seperti lelaki.
  • Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
  • Memakai kasut bertumit.
  • Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi atau diikat.
  • Jangan mewarnakan rambut dengan menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata seperti merah, biru, ungu dan berwarna-warni.
  • Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.
  • Tidak mengenakan solekan dan wangian yang berlebihan.

0 comments:

Post a Comment