Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Halimah Binti Mohd Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana sudi meluangkan masa menghadiri dan merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Makan Malam M@JOR UPSI 2014 pada Sabtu kelmarin 15 Mac anjuran Majlis Anak Johor (M@Jor) UPSI.
Beliau yang juga merupakan Penaung Majlis Anak Johor UPSI melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Anak Johor bukan sahaja dalam akademik, malah dalam setiap perkara yang dilaksanakan terutama penganjuran pelbagai program kemasyarakatan dan pendidikan yang berlandaskan slogan "KEPADA JOHOR BERBAKTI".
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tenggara turut menzahirkan setinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada MAJOR UPSI di atas pelaksanaan program di Sekolah Perkampungan Orang Asli Parlimen Tenggara sehingga mendapat tempat pertama bagi keputusan UPSR kategori Sekolah orang Asli peringkat Negeri Johor dan tempat kedua di peringkat kebangsaan.
Sekali lagi kami ucapkan terima kasih kepada YB Datuk Halimah kerana menjadi wakil rakyat Johor yang pertama memenuhi undangan Mahasiswa Johor bagi tahun ini, serta komitmen beliau yang sentiasa menyokong agenda Mahasiswa Johor dan komited untuk sentiasa berdamping dengan kami sebagai Anak Muda Johor bagi mendengar luahan, pandangan dan juga maklumbalas terhadap kepimpinan JOHOR khususnya.
0 comments:
Post a Comment