SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
2014/2015
2014/2015
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon adalah rakyat Negeri Johor dan menetap di Negeri Johor sahaja.
2. Pemohon telah mendapat surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
3. Ditawarkan kepada pemohon yang mula mendaftar di tahun pertama sahaja bagi mengikuti kursus pengajian sepenuh masa sahaja iaitu peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.
4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.
5. Tempoh akhir permohonan selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPTA dan perlu menyertakan resit pembayaran pendaftaran.
6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja dalam setahun untuk setiap taraf pengajian.
7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran daripada agensi -agensi lain.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN (YANG TELAH DISAHKAN)
1. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
2. Salinan Resit Pembayaran Pendaftaran (bagi yang telah mendaftar).
3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, lbu dan Bapa, atau Penjaga.
4. Salinan Akaun Bank lslam (M) Berhad sahaja.
5. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan lbu dan Bapa, atau Penjaga.
(Jika tiada Slip Gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan lbu dan Bapa atau Penjaga dan telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah sahaja).
SYARAT-SYARAT KELULUSAN
1. Pemohon berdaftar di E-Kasih perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Daerah. Jika tidak berdaftar di E-Kasih, hanya perlu mendapatkan pengesahan daripada wakil rakyat sahaja.
2. Jika pemohon tidak berdaftar di E-Kasih :
i. Pendapatan lbu dan Bapa atau Penjaga kurang daripada RM 4,000 sebulan,
ii. Perlu mendapat pengesahan daripada ADUN atau Wakil Rakyat di Negeri Johor sahaja.
Dapatkan borang permohonan di laman web YPJ:
http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/borangsbpipte-kasih8.pdf
Hantarkan permohonan lengkap ke alamat :
Yayasan Pelajaran Johor
No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya,
Kg. Dato’Onn Jaafar, Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru, Johor.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai YPJ (En Hamdi) di talian 07-2344355.
-SUMBER-
Hantarkan permohonan lengkap ke alamat :
Yayasan Pelajaran Johor
No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya,
Kg. Dato’Onn Jaafar, Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru, Johor.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai YPJ (En Hamdi) di talian 07-2344355.
-SUMBER-
Kalau smbg master boleh mohon tak
ReplyDelete@Muhammad Bin Md Hanipah
ReplyDeleteHanya untuk Sijil, Diploma dan Degree.
klau ibu bapa gaji lebih rm4000 ttpi tanggungan ank2 yg masih bersekolah ramai, macam mana? layak x?
ReplyDelete@Muzakkir Rahim
ReplyDeleteBoleh, mohon saja. Di borang ada ruang senarai tanggungan. Jadi insha allah dipertimbangkan..
macam mane kalau lahir di negeri lain..tapi dari kecil dah menetap di johor..and ibu bapa pon orang johor..layak mohon tak??
ReplyDelete@Siti Nur Farhana
ReplyDeleteBoleh sebab ibu bapa awak johor dan awak pun menetap / bersekolah di johor. lampirkan sijil berhenti sekolah.
saya tiada akaun bank islam. boleh tak guna akaun ayah saya?
ReplyDeleteKena minta cop yb juga ke? Ketua kg boleh?
ReplyDeletepemohon yg mendaftar di E-Kasih tuh mcm mana ? yg dapat duit BR1M ke ? sila jelaskan lagi.. terima ksih..
ReplyDelete@Zulfadhli Zainal
ReplyDeleteLebih baiknya guna akaun atas nama awak sendiri. Kalau tiada, buat akaun bank islam sekarang. Lagipun memang perlu ada akaun bank islam untuk masuk IPTA sebab majoriti semua bayaran biasiswa atau pinjaman atau bantuan adalah menggunakan bank islam.
@amirul123
ReplyDeleteHanya cop pengesahan oleh wakil rakyat sahaja.
@Fatimah Nuraini Kamalrudin
ReplyDeleteTiada kaitan dgn BR1M la. E-Kasih tu sistem data golongan miskin, yg digunapakai utk bantuan kebajikan. Kalau keluarga awak berdaftar dlm E-Kasih, hanya perlukan pengesahan Pejabat Daerah sahaja. Jika tiada, perlu buat pengesahan dgn pejabat wakil rakyat. Ibu atau bapa awak mesti tahu samada berdaftar E-Kasih atau tidak.
salam pelajar IPTS x boleh mohon ker?
DeletePelajar IPTS tak boleh. Jangan tanya kami kenapa tak boleh..
DeleteBle x mohon klu dh berada di tahun keempat?
ReplyDeletesaya hendak memohon bantuan pendidikan zakat johor tapi tidak tahu cara bagaimana hendak memohon? boleh terangkan cara bagaimana hendak memohon bantuan tersebut? :)
ReplyDeletePejabat Wakil rakyat area Skudai dimana ye? Mesti susah nak jumpa YB sebab diorang seallu buzy and susah nak jumpa kan..Taktahu nak mintak pegesahan Pejabat WAkil rakyat Johor di mana
ReplyDeletebantuan ini kena bayar balik tak?
ReplyDeleteborang pengesahan pendapatan ibu bapa nak dapatkan di mana?
ReplyDelete@ida amalina
ReplyDeleteTak boleh. Hanya untuk tahun pertama sahaja.
@Muhamad Fithri
ReplyDeleteAwak boleh rujuk artikel seterusnya di link berikut :
http://www.mahasiswajohor.my/2014/08/skim-bantuan-zakat-maij-pendaftaran-ipt.html
@Feroz_Logistics Expert
ReplyDeleteSimpati dengan awak. Wakil rakyat skudai dan sewaktu dengan memang terlalu sibuk, susah nak jumpa.
Saya cadangkan mungkin awak boleh pergi ke pejabat ahli parlimen pulai, di kompleks tan sri mohamed rahmat (berdekatan balai polis tampoi).
@Zhi Xuan Ko
ReplyDeleteTidak bayar balik. Bantuan ini adalah pemberian, bukan pinjaman.
@afzanur
ReplyDeleteBoleh dapatkan di link berikut. Pengesahan Pendapatan hanya boleh dilakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah sahaja.
http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/borang_pengesahan_pendapatan8.pdf
Kalau da membuat pinjaman ptptn still boleh mohon lagi ke permohonan ini?
ReplyDeletesy dah hantr borang tu lama,tapi smpai dah hbis sem tak dpt
ReplyDeletebila boleh dapat ye? macamana nak tahu berjaya ke tidak?
ReplyDeleteMacam mana nak tahu permohonan lulus atau tidak?
ReplyDeletesy dah sem3 degree, boleh mohon tak?
ReplyDeleteAwak perlu semak dgn YPJ by email ypj@johor.gov.my atau by phone 07-2344355.
ReplyDeleteSem 3 degree tidak boleh mohon. Hanya ketika sem 1.
jika saya sambung degree melalui penerapan uitm,saya akan masuk terus ke sem 2.adakah saya layak utk pemberian ini??dan jika layak,adakah setiap sem akan dapat ??
ReplyDeleteKenapa takde bantun untuk peringkat phd?? 😢
ReplyDeleteUntuk asasi boleh mohon ke?
ReplyDeleteUntuk asasi boleh mohon ke?
ReplyDeleteKalau saya datang terus ke pejabat ypj utk hantar borang, dapat terus tak cash?
ReplyDeleteSaya baru pindah pahang hampir setahun. Jadi, pengesahan daripada wakil rakyat macam mana ye? Dah call kelmarin, pihak ypj kata boleh ambik yg di pahang. Betul.ke? Takut tak di proses je
ReplyDeleteBoleh tak sya memohon walaupun x mnetap di johor ttpi sya lahir di johor bgitu juga dengan ibu bpe see????
ReplyDeleteHarap urusan bantuan ni dapat dimudahkan lagi. tak perlulah wakil rakyat,E kasih,etc. kesian anak johor susah nak dapat bantuan.
ReplyDeletepjj boleh mohon?
ReplyDeleteMacam mana nak tahu dapat bantuan ypj atau tidak? Cara semakan?
ReplyDeleteKalau nak semak guna email mcm mana?, hantar butiran diri??? Bg nama and ic ke cm mana.. ad contoh x??
ReplyDeleteKalau lahir di johor tapi menetap di negeri sembilan selama 5 tahun layak tak utk memohon?
ReplyDeleteKalau pelajar kolej vokasional yang nk masuk tahun pertama diploma boleh ke mohon?
ReplyDeleteKalau masuk ipts, boleh mohon tak?
ReplyDeleteSaya lahir di johor. Tpi sy tnggal di perak hampir 7 thun. Adakah saya layak mohon?
ReplyDeleteAssalamualaikum saya rakyat johor yg belajar di luar negeri johor. Adakah saya layak memohon? Tq
ReplyDeleteKalo nk mohon pinjaman yjp ..boleh x mohon bantuan pendaftaran ipt sekali
ReplyDeleteKlau mohon bantuan utk bljr di overseas ... dan mengmbil pilot license , bole ke saya memohon bantuan ini ?. Tq
ReplyDeleteAssalamualaikum. Boleh mohon lagi? Saya baru dapat tawaran untuk sarjana muda tahun pertama.
ReplyDeleteAssalam, saya nak tanya walaupun saya tengok dari tahun 2015 punya komen pun still tak berjawab, family saya dah duduk di Johor lebih dari 30 tahun, tapi mereka tidak lahir di johor, saya lahir di johor tetapi sekrang keluarga saya baru sahaja menetap di negeri sembilan tak sampai setahun pun lagi , still boleh mohon tak ? Dan ada satu soalan kat atas ni saya perasan dia tanya kalau UiTm penerapan terus masuk sem kedua atau ketiga, still layak mohon ke ? Sekian terima kasih
ReplyDelete@Liya Yasin, boleh mohon. YPJ akan semak dan teliti dokumen sokongan permohonan awak. Btw, ini posting lama. Boleh refer posting terbaru.
ReplyDeleteIni utk kemasukan tahun pertama sahaja. selepas itu tidak boleh walaupun dia xpenah mohon pada tahun pertama.
@Balqhis Ahmad dan SEMUA !!
ReplyDeleteIni tahun 2014 punya daa. Tengok tahun. Baca yg terbaru..
http://www.mahasiswajohor.my/2016/08/skim-bantuan-pendaftaran-universiti.html
Selamat sejahtera, sy ingin tanya cara utk semakan keputusan. Blh tak bagi contoh?
ReplyDeleteKnp link tu tak keluar? Hm saya nak mohon untuk sem2 boleh dpt tk? Masa sem1 nak mohon tarikh dh tutup. Boleh lagi tk mohon?
ReplyDeleteMemang la tak keluar. Awak tak baca tajuk ke tahun bila punya ?? Sila refer posting terbaru. Terima kasih.
Deletemngapa ipts tidak layak dapat bantuan? sedangkan anak tidak layak utk ke ipta. ipts juga dibiayai oleh ptptn dan bukan dari golongan yang senang. sila reply. tq
ReplyDeleteKlu ambil diploma sem 1 di kktm layak x mohon bantuan ini
ReplyDeleteMaaf kami tidak pasti. Perlu diajukan kepada pihak YPJ.
Delete