Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan skim penajaan pendidikan sulung Johor Corporation iaitu Johor Corporation Education Sponsorship bagi menaja pelajar-pelajar pra-siswazah dalam empat bidang keutamaan dan kritikal iaitu ekonomi, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan.
Biasiswa ini akan memanfaatkan seramai 100 pelajar berpotensi besar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 16 juta. Ia akan membolehkan pelajar terbaik di Johor melanjutkan pendidikan tinggi di universiti terkemuka dalam dan luar negara.
Diharapkan biasiswa ini akan diberikan keutamaannya kepada mereka yang benar-benar mempunyai potensi besar dan luar biasa, tetapi daripada latar belakang yang tidak berkemampuan.
0 comments:
Post a Comment